Saya "hilang" seminggu dari rumah saya di Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang (22-28 Januari 2018), dan bila lihat di beranda (tingkat 16), ada penghuni ini yang menumpang...he he he
Pada pagi 4 Februari 2018, saya bercadang nak siram pokok-pokok berpasu tu....tapi bimbang burung tu lari . Akhirnya saya buka pintu cermin tu perlahan-lahan, dan kata kat burung tu..."Mu jangan lari deh...aku nak siram pokok ni jer...". Alhamdulillah dia tak lari semasa saya menyiram pokok-pokok tu...he he he
Pada 28 Februari 2018 merpati ini sudah mendapat anak seekor. Sebiji lagi tak menetas
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.