Feb 21, 2012

Cucor Udang Geragau

Bahan-bahan dan Caranya
2 cawan tepung gandum (dibancuh separuh cair dengan air sejuk)(yakni air yang berada di dalam peti sejuk). Masukkan pula sesudu besar kelapa parut, sebiji telor ayam, sedikit garam, dan sebiji bawang besar (dipotong mayang), 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder), 2 sudu besar udang geragau (yang telah dibasuh dan ditoskan), sebatang daun bawang (dipotong sekitar 3sm panjang).

Panaskan minyak (betul-betul panas) di dalam kuali, dan masukkan bancuhan tepung tadi sekitar 2 sudu besar setiap tompok ke dalam kuali tadi. Tunggu sehingga masak dan warnanya menjadi sedikit kekuningan dan nampak sudah rangup, dan angkat. Sejatkan di dalam penyejat (atau diletakkan di atas pinggan beralaskan tisu dapur). Potongkan ikut suka hati la wey...

Kemudian...tunggu apa lagi?? Ngap jer la, sebab cucor goreng ni sedap dimakan semasa panas (tetapi bukan semasa terlalu panas, sebab makruh memakan makanan yang amat panas). Makan la dengan pencicah sos.

Cara mudah membuat pencicah sos ialah mencampurkan sos cili dan sos tomato dengan kadar sama banyak, dan dicampur sedikit gula dan air, dan bancuhlah rata-rata. Boleh juga ditambah sedikit air asam jawa.



2 comments:

  1. Salam Prof

    Nampak montel cucur udangnya.

    Prof lah yang masak resepi resepi dalam blog ni?

    ReplyDelete
  2. Salam
    Yerrrr..saya masak sendiri..dan...masuk perut sendiri. Rasa sedap...jadi saya kongsikan la ilmu tu ngan orang lain...he hehe..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.