Gambar dan cerita di atas di petik daripada akhbar KOSMO 7 Februari 2012. Gambar yang sama terbit juga dalam akhbar Utusan Malaysia 7 Feruari 2012.
Baginda DYMM Al Sultan Muhammad V, bukan sahaja Sultan Kelantan, tetapi juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang.
Walaupun saya di perantauan mencari rezeki, namun saya menerima pelbagai cerita mengenai baginda yang amat menarik tentang kebaikan, ketegasan menegak keadilan, membasmi kemungkaran, rajin menyusur membantu/sokongan moral kehidupan rakyat, tidak sangat nmementingkan protokol, sifat prihatin, dan seumpamanya, yang amatlah menyentuh jiwa rakyat, termasuk saya sebagai anak watan Kelantan.
Sama-samalah kita mendoakan kehadhrat Allah SWT atas kesejahteraan kepada KDYMM Baginda, kesihatan yang terbaik, keberkatan dalam kehidupan Baginda, pengekalan sifat terpuji, dipermudahkan Allah SWT dalam segala urusan Baginda, dan Baginda senantiasa mendapat semua pembantu yang terbaik sifatnya untuk membantu Baginda. Aamiiiin....
Kami berbangga mempunyai "Kalifah" seperti KDYMM Tuanku.
Di bawah ini gambar satu kain rentang yang saya ambil semasa saya menyusur malam di Bandar Kota Bharu pada 7 Mac 2012
...dalam zaman moden ini amat jarang ditemui personaliti raja seperti baginda...Rakyat bersyukur dianugerahkan seorang pemimpin seperti baginda.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDelete