Nak sebut/tulis... Disebutnya/ditulisnya...
Tomorrow morning Tomoning morrow
Speed trap Sped trip
Alumni Aluminium
Pelancong Pelancung
Akuan Akaun
Kondominium Kondomminium
Solat jamak Solat jimak
Apex Apek
Kolokium Kolkium
Teh The
Ulaman Ulman
Makna Makan
Makan pagi Makan padi
Kelapa Kepala
Siasatan Siatatan
Makan Makam/maman
Imam Iman
Jamak Jimak
Brek Berek
Membantu Membatu
dan seumpamanya...
Siasatan Siatatan
Makan Makam/maman
Imam Iman
Jamak Jimak
Brek Berek
Membantu Membatu
dan seumpamanya...
Terdapat juga orang yang tersasul sehingga terkeluar perkataan yang tak senonoh, lucah, atau melampau (termasuk yang amat sensitif terhadap agama, bangsa, warna kulit, suku kaum), dan seumpamanya.
Apapun, jika kita berhati-hati, dan berfikir dahulu sebelum menyebut, mungkin kadar atau kebarangkalian tersasul boleh dikurangkan/diminimakan.
Apapun, cuba tahan diri daripada mengaibkan, menempelak, mentertawakan, memperli, dan seumpamanya orang yang tersasul itu.
Maafilah dia...betulkanlah dia.
Pernah di hadapan saya sendiri, orang yang tersasul tadi diherdik oleh seorang pegawai yang diamanahkan mengetuai satu perbicaraan. Saya dapat melihat orang yang diherdik tadi menundukkan muka dan memandang ke arah lantai dengan wajah amat sugul. Hiba dan terkilan sangat rasa hati saya melihat adegan tersebut....
Hari ini hari dia, mungkin besok hari kita pula
SALAM PAGI JUMAAT YANG MULIA
Cuba sama-sama hayati lagu "Suara Hidayah" nyanyian Akhil Hayy dan Nazrey...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.