Feb 7, 2012

Kueh apa? "Kelambu Buruk". Kueh apa? "Kelambu Buruk!!!"

Ini sejenis kueh (manisan?) yang dijual di selatan Thailand. Kali pertama saya melihatnya (dan merasainya..he he). Namanya pun, kali pertama saya dengar..ha ha ha..

Ni kueh ggapo? (Ni kueh apa?)
Kelambu buruk
Kelambu buruk???
Yo...
Berapo hargonyo?
20...
20 rial???? (20 ringgit). Mahal nyo!!!
20 kot (20 baht)
Oooo..ambo ingat 20 rial....
ha ha ha... Masing-masing gelak...

Rasanya seperti apom, tetapi agak manis, dan lebih liat. Saya dapat rasai, antara ramuannya ialah manisan, tepong pulut, dan telor.


Setelah dibawa pulang, hanya saya seorang sahaja yang memakannya. Orang lain cakap, "Tak berapa minat"..he he he.... Pssst...tak minat tu kerana namanya? atau rasanya? atau rupanya? ops...psssttt....

4 comments:

  1. Assalamualaikum Prof

    Nampak sedap juga. Macam rasa berlemak lemak manis hipotesis awalan saya. Macam roti jala pun ada untuk perbandingan.

    Ada cicah dengan apa apa?

    Prof pernah makan kuih serabai? Tak pasti pula apa bahan buatan kuih serabai. Rasa tawar tawar lemak. Cicah dengan air gula pekat.

    ReplyDelete
  2. Tu la...macam mana saya baru terjumpa kueh/manisan macam ni...he he...
    Ia tak dicicah apa-apa..terus ngap jer...
    Kueh serabai tu antara yang saya minat.....Sedap...tapi makanan macam tu orang-orang muda jarang yang minat, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, tambah pula susah nak jumpa kuih manisan pelik pelik sekarang ni.

      Prof tulislah buku tentang kuih pelik pelik ni.

      Delete
  3. Tulis buku tu boleh..tapi rasanya sebuah jer kuit yang terjual...he he he...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.