Seroja atau lotus (Nelumbo nucifera Gaertn.) adalah spesies tumbuhan air tahunan dari genus Nelumbo yang berasal dari India. .... Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai. Seroja pernah dikenal dengan nama binomial Nelumbium speciosum (Willd.) atau Nymphaea nelumbo.
"Seroja" juga digunakan sebagai nama orang (seperti Nur Sabihah Seroja, Putri Seroja)
Ia juga digunakan untuk nama taman perumahan, jenis rumah, nama bilik, nama dewan, nama kampung, nama pangsapuri, jalan, dan seumpamnya.
Terdapat juga pantun, puisi, sajak dan sepertinya yang menggunakan "seroja" sebagai tema atau isinya.
Nama makanan juga ada digunakan nama "seroja" (misalnya, biskut seroja)
Terdapat juga nama perniagaan/syarikat yang menggunakan nama "Seroja".
Malah terdapat nama novel yang menggunakan perkataan "seroja".
Jangan lupa, pokok (termasuk akar, batang, daun dan bunga) seroja boleh dijadikan makanan dan bahan makanan.
Tidak kurang juga seroja dijadikan perhiasan (tanaman perhiasan, dikeringkan dan dijadikan bahan perhiasan), dan juga dijadikan motif lukisan.
Kini semakin banyak penyelidikan perubatan dan kesihatan (termasuk kosmetik), yang telah menjadi produk, yang menggunakan tumbuhan seroja sebagai bahan utamanya (terutama kerana kewujudan bahan kimia flavonol miquelianin (Quercetin 3-O-glucuronide), dan juga alkaloids (+)-1(R)-coclaurine serta (-)-1(S)-norcoclaurine, terutama pada bahagian daunnya).
Sehinggakan, seroja juga menular dalam inti keugamaan sebahagian agama (tidak termasuk agama Islam).
Jangan lupa, ada juga dukun/bomoh/pawang yang menjadikan seroja sebagai elemen dalam perdukunan/perbomohan/pemawangan mereka.
Tidak lupa juga terdapat nama lagu, atau sebahagian nama lagu yang mengunakan perkataan "seroja", dan dalam pelbagai versi. Namun lagu SEROJA nyanyian Akhil Khay (yang diubah sedikit senikata asalnya) amat menarik untuk dihayati...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.