Feb 27, 2012

Kari Udang Lipan


Bahan-bahan
6 ekor udang lipan yang besar
Satu peket rempah kari ikan
2 susu kecil rempah kari daging/kurma
6 biji cili merah
Sedikat garam
Sedikit gula
3 susu besar minyak masak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
10 helai daun kari
Seketul (sebesar ibu jari halia)(dipotong halus)
2 keping asam gelugor (atau sesudu kecil asam jawa)
Secawan santan pekat.

Caranya
Basuh udang lipan, buangkan bahagian yang tajam, dan rebus sekitar seminit di dalam air mendidih. Toskan dan buang airnya.
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
Panaskan kuali dan masukkan minyak makan.
Goreng bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga berbau wangi.
Bancuhkan serbuk kari ikan dan kari daging menjadi pes, dan masukkan ke dalam kuali tadi, serta halia, dan teruskan menumis sehingga berbau harum wangi.
Kemudian masukkan santan, garam, gula, dan asam keping. Biarkan sekali mendidih.
Masukkan udang dan tunggu sehingga sekali mendidih, dan masukkan cili merah.
Ini la kari udang lipan tu....

Eik??? Mana kuahnyer...Ops, terlupa lak nak letakkan kuahnya semasa gambar ni diambil.. Maaf la yer....

4 comments:

  1. Salam Prof

    Jarang saya dapat jumpa dan makan UDANG lipan ni.Goreng pun sedap dah.Lemak manis kenyal.

    Pernah sekali mengikut kawan balik kampung di Kuala Sanglang,Kedah. Kami dijamu antaranya lauk UDANG lipan goreng goreng kecil kecil saiznya.Ranggup.

    Salah tengok atau baca macam udang LIPAN goreng.

    ReplyDelete
  2. Salam
    He he... betul la tu...
    Saya beli udang tu di pasar Gelugor, PPinang.. Sipenjual tu beria-ia sangat menerangkan apa yang boleh dibuat (masakan) ngan udang tu....

    ReplyDelete
  3. 1st time tahu pasal udang lipan.... kt pasar borong kl ni tak dok pn :( ..

    ReplyDelete
  4. Kak Long. Kat pasar Gelugor ni pun abah amat jarang jumpa udang ni... Tapi tak la sesedap udang galah...he he he...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.