Feb 28, 2012

Sub-Contractor And Supplier

The principles and Concept

In traditional system of construction works, the whole of the works is given to the contractor (also known as  the main contractor). The strict rule is: the contractor must perform the works under the contract himself. Neither the client nor the contractor may assign his rights, interest or benefits under the contract. However the main contractor may sub-let portions of the works to other party known as sub-contractor. But, before sub-letting, the main contractor must obtain prior written approval or consent from the client of the project. Most standard form contracts   (PWD 203/203A, CIDB 2000 and PAM 1998) make sub-let or sub-contract by the contractor subject to the client’s written consent.

In construction contract, sub-contractors tend often to be specialists who carry out parts of the works, such as piling, roofing, elevator, tiling, etc.

We must always remember that there is no direct legal linkages between sub-contractor and the client of the project. The sub-contractor is under the the obligations of main contractor. The main contractor remains responsible to the client for the whole operation and coordination of the works. Performance by a sub-contractor constitutes performance on behalf of the main contractor. The main contractor remains fully responsible for the works done by the sub-contractor.

Do you know, the same above-mentioned principles is also applies to suppliers.

There are two types of sub-contractors and suppliers—the contractor’s own sub-contractors or suppliers (i.e. those who are appointed by the contractor, subjected to  prior written consent by the client), and sub-contractors and suppliers named by the client and then appointed by the contractor. The former is also known as “domestic sub-contractors” or “domestic suppliers”, and the latter is also known as “nominated sub-contractor” or “nominated suppliers”.

In appointing his own sub-contractor (contractor’s own sub-contractor)(and also known as domestic sub-contractor) the contractor may choose any person he wishes except he has to conform to certain minimum requirements such as competent person or the person registered or licensed under certain relevant laws relating to his works.

Nomination and Selection

The right of selection of nominated sub-contractors or nominated suppliers lies with the client of the project.

The usual procedure for a nominated sub-contract (works or supply) is for the architect or engineer (for PAM or IEM forms of contract, respectively) or Superintending Officer (S.O.)(for PWD 203/203A form of contract) to obtain quotations or tender direct from prospective sub-contactors or suppliers. For this quotations or tender purposes, tender documents including drawings, specifications, bill of quantities/summary of tender, etc. shall be prepared by the architect or engineer or S.O (for and on behalf of the client). Sometime, main contract permits the contractor to tender for some items or works.

The officer (i.e. the architect or engineer or S.O) must ensure that the invitation of tenders or quotations be timely and suit the contractor’s programme of works.

Usually, the main contract gives the contractor a right to object to a nomination which does not contain certain beneficial terms, or nomination is unreasonable (price, quantity, etc.). The terms and conditions of the sub-contract shall be settled before the nomination.

If all matters mentioned above settled, the successful tenderer is then nominated by way of a letter (known as Letter of Nomination of Sub-contractor or Supplier) to the contractor.

Seroja

Seroja, sebagai tumbuhan, ada dinyatakan oleh Wikipedia (2012)...

Seroja atau lotus (Nelumbo nucifera Gaertn.) adalah spesies tumbuhan air tahunan dari genus Nelumbo yang berasal dari India. .... Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai. Seroja pernah dikenal dengan nama binomial Nelumbium speciosum (Willd.) atau Nymphaea nelumbo.



"Seroja" juga digunakan sebagai nama orang (seperti Nur Sabihah Seroja, Putri Seroja)

Ia juga digunakan untuk nama taman perumahan, jenis rumah, nama bilik, nama dewan, nama kampung, nama pangsapuri, jalan, dan seumpamnya.

Terdapat juga pantun, puisi, sajak dan sepertinya yang menggunakan "seroja" sebagai tema atau isinya.

Nama makanan juga ada digunakan nama "seroja" (misalnya, biskut seroja)

Terdapat juga nama perniagaan/syarikat yang menggunakan nama "Seroja".

Malah terdapat nama novel yang menggunakan perkataan "seroja".

Jangan lupa, pokok (termasuk akar, batang, daun dan bunga) seroja boleh dijadikan makanan dan bahan makanan.

Tidak kurang juga seroja dijadikan perhiasan (tanaman perhiasan, dikeringkan dan dijadikan bahan perhiasan), dan juga dijadikan motif lukisan.

Kini semakin banyak penyelidikan perubatan dan kesihatan (termasuk kosmetik), yang telah menjadi produk, yang menggunakan tumbuhan seroja sebagai bahan utamanya (terutama kerana kewujudan bahan kimia flavonol miquelianin (Quercetin 3-O-glucuronide), dan juga alkaloids (+)-1(R)-coclaurine serta (-)-1(S)-norcoclaurine, terutama pada bahagian daunnya).

Sehinggakan, seroja juga menular dalam inti keugamaan sebahagian agama (tidak termasuk agama Islam).

Jangan lupa, ada juga dukun/bomoh/pawang yang menjadikan seroja sebagai elemen dalam perdukunan/perbomohan/pemawangan mereka.

Tidak lupa juga terdapat nama lagu, atau sebahagian nama lagu yang mengunakan perkataan "seroja", dan dalam pelbagai versi. Namun lagu SEROJA nyanyian Akhil Khay (yang diubah sedikit senikata asalnya) amat menarik untuk dihayati...

video


Feb 27, 2012

Contract Documents And Standard Forms (in Construction Projects)

As we know, in a project it consists several different parties. Before project begins we must ensure  that each party has a defined and agreed set of duties and responsibilities. All these duties and responsibilities are incorporated in various contract documents.

Some transactions, including in construction industry, are governed entirely by predetermined standard terms and conditions. This type of terms and condition are known as standard form contract. This can provide more convenient to parties involve, and may avoid ambiguity and disputes.

Usually standard form contracts are written (with assistance by Attorney General Depatment) and used by government departments (especially by Public Works Department)(PWD) and agencies (including statutory bodies) for contracts that they pay for. In Malaysia, the most famous form of this type is PWD 203/203A (the latest is 2010 version).

Another type of standard form contract  is written by a professional body for private sector clientele, such as form PAM 2006 version written by Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) together with the Institution of Surveyors Malaysia (ISM).

The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) has introduced IEM form for works mainly of civil engineering construction. This standard form is known as IEM.CE 1/89.

In year 2000,  the Malaysian Construction Industry Development Board (CIDB) introduced a standard form of contract for building works, commonly known as CIDB 2000 form.

To support, and in addition to the above-mentioned forms, each respectively authorities or bodies has their own standard forms of sub-contracts, such as:

i.    PWD 203N—for nominated sub-contract works for government projects;
ii.   PAM sub-contract form—for nominated sub-contract works under PAM main  contract;
iii.  IEM Sub-contract form for civil engineering works; and
iv.  CIDB standard form of sub-contract—for nominated sub-contractor.

Kari Udang Lipan


Bahan-bahan
6 ekor udang lipan yang besar
Satu peket rempah kari ikan
2 susu kecil rempah kari daging/kurma
6 biji cili merah
Sedikat garam
Sedikit gula
3 susu besar minyak masak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
10 helai daun kari
Seketul (sebesar ibu jari halia)(dipotong halus)
2 keping asam gelugor (atau sesudu kecil asam jawa)
Secawan santan pekat.

Caranya
Basuh udang lipan, buangkan bahagian yang tajam, dan rebus sekitar seminit di dalam air mendidih. Toskan dan buang airnya.
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
Panaskan kuali dan masukkan minyak makan.
Goreng bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga berbau wangi.
Bancuhkan serbuk kari ikan dan kari daging menjadi pes, dan masukkan ke dalam kuali tadi, serta halia, dan teruskan menumis sehingga berbau harum wangi.
Kemudian masukkan santan, garam, gula, dan asam keping. Biarkan sekali mendidih.
Masukkan udang dan tunggu sehingga sekali mendidih, dan masukkan cili merah.
Ini la kari udang lipan tu....

Eik??? Mana kuahnyer...Ops, terlupa lak nak letakkan kuahnya semasa gambar ni diambil.. Maaf la yer....

Feb 24, 2012

Tersasul

Perkataan "tersasul" ini mempunyai konotasi yang pelbagai, hasil yang pelbagai, dan respon/reaksi yang juga pelbagai. Apapun, kita perlu sentiasa menanam baik sangka terhadap yang tersasul, kerana ia berlaku, antaranya kerana kelemahan kita sebagai manusia. Percakapan/tulisan juga kadangkala tersasul...

Nak sebut/tulis...                    Disebutnya/ditulisnya...
Tomorrow morning                   Tomoning morrow                    
Speed trap                                  Sped trip
Alumni                                      Aluminium
Pelancong                                  Pelancung
Akuan                                        Akaun
Kondominium                           Kondomminium
Solat jamak                               Solat jimak
Apex                                          Apek
Kolokium                                  Kolkium
Teh                                            The
Ulaman                                     Ulman
Makna                                       Makan
Makan pagi                               Makan padi
Kelapa                                       Kepala
Siasatan                                     Siatatan
Makan                                       Makam/maman
Imam                                         Iman
Jamak                                        Jimak
Brek                                           Berek
Membantu                                  Membatu
dan seumpamanya...

Terdapat juga orang yang tersasul sehingga terkeluar perkataan yang tak senonoh, lucah, atau melampau (termasuk yang amat sensitif terhadap agama, bangsa, warna kulit, suku kaum), dan seumpamanya.

Apapun, jika kita berhati-hati, dan berfikir dahulu sebelum menyebut, mungkin kadar atau kebarangkalian tersasul boleh dikurangkan/diminimakan.

Apapun, cuba tahan diri daripada mengaibkan, menempelak, mentertawakan, memperli, dan seumpamanya orang yang tersasul itu.

Maafilah dia...betulkanlah dia.

Pernah di hadapan saya sendiri, orang yang tersasul tadi diherdik oleh seorang pegawai yang diamanahkan mengetuai satu perbicaraan. Saya dapat melihat orang yang diherdik tadi menundukkan muka dan memandang ke arah lantai dengan wajah amat sugul. Hiba dan terkilan sangat rasa hati saya melihat adegan tersebut....

Hari ini hari dia, mungkin besok hari kita pula


SALAM PAGI JUMAAT YANG MULIA
Cuba sama-sama hayati lagu "Suara Hidayah" nyanyian Akhil Hayy dan Nazrey...

video


Feb 21, 2012

Cucor Udang Geragau

Bahan-bahan dan Caranya
2 cawan tepung gandum (dibancuh separuh cair dengan air sejuk)(yakni air yang berada di dalam peti sejuk). Masukkan pula sesudu besar kelapa parut, sebiji telor ayam, sedikit garam, dan sebiji bawang besar (dipotong mayang), 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder), 2 sudu besar udang geragau (yang telah dibasuh dan ditoskan), sebatang daun bawang (dipotong sekitar 3sm panjang).

Panaskan minyak (betul-betul panas) di dalam kuali, dan masukkan bancuhan tepung tadi sekitar 2 sudu besar setiap tompok ke dalam kuali tadi. Tunggu sehingga masak dan warnanya menjadi sedikit kekuningan dan nampak sudah rangup, dan angkat. Sejatkan di dalam penyejat (atau diletakkan di atas pinggan beralaskan tisu dapur). Potongkan ikut suka hati la wey...

Kemudian...tunggu apa lagi?? Ngap jer la, sebab cucor goreng ni sedap dimakan semasa panas (tetapi bukan semasa terlalu panas, sebab makruh memakan makanan yang amat panas). Makan la dengan pencicah sos.

Cara mudah membuat pencicah sos ialah mencampurkan sos cili dan sos tomato dengan kadar sama banyak, dan dicampur sedikit gula dan air, dan bancuhlah rata-rata. Boleh juga ditambah sedikit air asam jawa.



Feb 16, 2012

Paru-paru Goreng Rangup

Paru-paru lembu (pelempung) adalah salah satu organ dalaman lembu (yer la..namanya pun "paru-paru lembu"...kan?). Kambing, unta, kerbau, biri-biri, kijang, seladang, rusa, pelanduk pun ada paru-paru (dan boleh juga kita makan...)
Salah satu masakan paling mudah tetapi sedap, adalah paru-paru goreng rangup.

Bahannya
Paru-paru lembu/kambing (sekitar setengah kilogram)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kunyit (eloknya kunyit segar yang dikisar halus)
Minyak untuk mengoreng

Caranya:
Rebus paru-paru tersebut sekadar sekali mendidih. Keluarkan dan dipotong sekitar setengah sentimeter lebar (besarnya ikut suka). Gaulkan dengan garam, gula dan kunyit. Peram sekitar setengah jam.
Kemudian panaskan kuali, dan masukkan minyak makan secukupnya, dan biarkan betul-betul panas. Kemudian masukkan paru-paru tadi, dan gorenglah sampai garing (jangan sampai hangit, tau!!!).

Nota:
Selain sedap dimakan bersama nasi putih, ia juga sedap dimakan bersama pulut, dan nasi kerabu.




Feb 7, 2012

Kueh apa? "Kelambu Buruk". Kueh apa? "Kelambu Buruk!!!"

Ini sejenis kueh (manisan?) yang dijual di selatan Thailand. Kali pertama saya melihatnya (dan merasainya..he he). Namanya pun, kali pertama saya dengar..ha ha ha..

Ni kueh ggapo? (Ni kueh apa?)
Kelambu buruk
Kelambu buruk???
Yo...
Berapo hargonyo?
20...
20 rial???? (20 ringgit). Mahal nyo!!!
20 kot (20 baht)
Oooo..ambo ingat 20 rial....
ha ha ha... Masing-masing gelak...

Rasanya seperti apom, tetapi agak manis, dan lebih liat. Saya dapat rasai, antara ramuannya ialah manisan, tepong pulut, dan telor.


Setelah dibawa pulang, hanya saya seorang sahaja yang memakannya. Orang lain cakap, "Tak berapa minat"..he he he.... Pssst...tak minat tu kerana namanya? atau rasanya? atau rupanya? ops...psssttt....

Sultan Yang Saya Kagumi


SULTAN MUHAMMAD V (tengah) berbual dengan Ruslan (dua dari kiri) semasa melawat keluarga mangsa lemas itu di Kampung Tualang Salak, Bachok, kelmarin.


Gambar dan cerita di atas di petik daripada akhbar KOSMO 7 Februari 2012. Gambar yang sama terbit juga dalam akhbar Utusan Malaysia 7 Feruari 2012.

Baginda DYMM Al Sultan Muhammad V, bukan sahaja Sultan Kelantan, tetapi juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang.

Walaupun saya di perantauan mencari rezeki, namun saya menerima pelbagai cerita mengenai baginda yang amat menarik tentang kebaikan, ketegasan menegak keadilan, membasmi kemungkaran, rajin menyusur membantu/sokongan moral kehidupan rakyat, tidak sangat nmementingkan protokol, sifat prihatin, dan seumpamanya, yang amatlah menyentuh jiwa rakyat, termasuk saya sebagai anak watan Kelantan.

Sama-samalah kita mendoakan kehadhrat Allah SWT atas kesejahteraan kepada KDYMM Baginda, kesihatan yang terbaik, keberkatan dalam kehidupan Baginda, pengekalan sifat terpuji, dipermudahkan Allah SWT dalam segala urusan Baginda, dan Baginda senantiasa mendapat semua pembantu yang terbaik sifatnya untuk membantu Baginda. Aamiiiin....

Kami berbangga mempunyai "Kalifah" seperti KDYMM Tuanku.

Di bawah ini gambar satu kain rentang yang saya ambil semasa saya menyusur malam di Bandar Kota Bharu pada 7 Mac 2012

Feb 5, 2012

Laku Musnah (Vandalism)

Bahasa apakah yang terpapar di papan notis ini yer?
Inilah contoh perbuatan "laku musnah" (vandalism), iaitu,
BAHASA ORANG YANG TAK TAHU BAHASA....

Feb 3, 2012

Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 4

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar SANTAI-SANTAI BERSAMA AHLI KELUARGA saya yang kebanyakannya daripada Selatan Thailand. Saya ada 2 kakak di sana, dan kebanyakan orang yang kelihatan di dalam gambar-gambar ini adalah sama ada kakak, abang ipar, anak-anak saudara, cucu-cucu saudara, dan ada yang dah bertaraf  "cicit saudara", he he he.. Mesra dan meriah sungguh hari tu.. Maklum la, lama kami tak bersua muka...










Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 3

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar PENGANTIN (MEMPELAI), SET PERSANDINGAN dan DULANG HADIAH. Semoga anak saudara saya (yang perempuan) dan pasangannya ini kekal berkeluarga, mendapat anak-anak yang baik-baik, murah rezeki, dan rukun damai...




Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 2

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar MAKAN KENDURI.. Lauk, ulam, sambal dan sayur banyak jenis, sedap-sedap pulak tu... Best....




video



video

Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 1

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar PERSEDIAAN KENDURI yang dibuat secara gotong royong sepenuhnya. Penglibatan jiran, saudara-mara amatlah baik.





video

Tanggungjawab sebagai Penjawat/pekerja

Kita sebagai penjawat (kerajaan/badan berkanun) atau staf swasta, mempunyai tanggungjawab MEMBERIKAN PERKHIDMATAN/MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK DAN PENUH SETIA KEPADA MAJIKAN



Feb 2, 2012

Di Selatan Thailand

Pada sabtu 28 Januari 2012, saya dan ahli keluarga telah ke selatan Thailand, dengan kenderaan sendiri, menggunakan laluan Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, dan Buketa, Weng, Thailand. Gambar-gambar berikut mempunyai ceritanya yang tersendiri...



video

video



Kenduri Kahwin

Pada 23 Januari 2012, satu keluarga di Taman Perumahan JPN 1, Bandar Baru Gua Musang, Kelantan, mengadakan jamuan walimatul urus (kenduri perkahwinan). Saya kagum dengan situasi yang santai, tak ada nampak rasmi, tanpa kasta (sebab ada kenduri yang pernah saya hadiri yang "memisahkan" meja VIP dan meja  kumpulan marhain, dan waktu yang berbeza, menu makanan pun berbeza...terguris hati, kan?), dan mesra antara semua hadirin. Dapat juga bertemu rakan lama.