Jun 20, 2011

Bengkang Special

Pernah makan bengkang ubi kayu? Rasanya anda dah pernah makan, kan? Sedap? Sedaaaap....! Nak lagi sedap, atau ubah citarasa? Nie dia..
5 tongkol bengkang ubi kayu
Sebiji telor (telor ayam la wey...)
Sesudu besar majerin
Sebiji kuali (ops....!)

Caranya:
Panaskan majerin di dalam kuali, dan kemudian masukkan bengkang. Kemudian masukkan telor di sekeliling dan di bahagian atas bengkang. Biarkan sehingga wangi, dan balikkan bengkang. Boleh diangkat dan..... ehammm...
Nie dia....


Bestnyer...kalu dapat makan ngan teh "o" ais limau....emmmm, nyam, nyammm, nyammmm......

Nombor 1

Angka atau nombor SATU (1) membawa pelbagai makna/maksud/tujuan dan falsafah disebaliknya...

Allah (swt) hanya satu.

DijadikanNya 1 bumi dalam satu cekarawala yang mempunyai satu matahari dan satu bulan. Dengan itu kita ada satu siang dan satu malam (tidak boleh ada kedua-duanya serentak).

Hanya satu sahaja agama yang diktirafNya iaitu Islam.

Hanya satu makhluk yang berada di bumi yang diletakkan amanah dan mempunyai pelbagai keistimewaan iaiatu manusia, yang cuma ada satu nyawa, dan hanya satu peluang hidup. Manusia ini kelak akan melalui satu alam, iaitu alam barzakh, dan pada akhir proses perjalanan, akan melalui satu pintu, iaitu sama ada Pintu Syurga atau Pintu Neraka (Namun jika pada mulanya terpaksa melalui satu pintu yang bernama Pintu Neraka, maka bagi segolongan orang, dia berpeluang pula untuk memasuki Pintu Syurga). Terdapat satu laluan yang namaya Lalau Sirotholmustaqem)

Hanya ada satu sahaja arah menghadap solat (atau berdoa) iaitu Kaabah (dan Kaabah hanya ada satu).

Pada awalnya di atas dunia yang satu ini, hanya satu sahaja manusia yang diwujudkan, iaitu Nabi Adam (as), iaitu satu orang lelaki. Ia diikuti satu perempuan bernama Hawa. Kita sendiri pula hanya ada satu ibu dan satu bapa.

Satu sahaja Rasul penamat dan terakhir iaitu Nabi Muhammad (saw)

Pada tubuh kita, kita cuma ada satu nyawa, satu otak, satu jantung, satu hati, satu mulut, dan satu kepala.

Apabila kita ingin menempa kejayaan, biasanya kita mahukan orang ke satu (pertama) dan mendapat nombor satu (yang terbaik, yang tertinggi). Dalam kelas/kuliah atau peperiksaan, kita nak Nombor 1. Malah dalam perlawanan/sukan, atau kejohanan, misalnya berlari, main bola, lawan kayak, hatta main guli dan seumpamanya, pun kita nak jadi johan (iaitu nombor 1)

Dialam pekerjaan, persatuan, kesatuan, parti politik/sahsiah pun, ramai yang bercita-cita untuk menjadi Orang nombor 1 (ketua).

Kalau daripada aspek lain, kebanyakan kita mahu jadi orang nombor satu terkaya, orang nombor satu terhebat, orang nombor satu terhensem atau tercantik....

Cuma, kalau kita ditakdirkan tahu tarikh kematian kita (Maha Suci Allah, Dia menjadikan ini salah satu rahsia untukNya sahaja), dan diberikan peluang memilih, kebanyakan kita (kalau bukan semua) kita akan memilih nombor terakhir. Kenapa yer?

Jun 19, 2011

Harapkan Pegar...

Kita sudah biasa dengan peribahasa berikut:
"HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI"
(Nota: "Pegar" adalah sejenis burung yang suka memakan ulat atau serangga, tetapi ia juga makan padi, terutama padi huma)

Ertinya, Apabila kita meletakkan kepercayaan kepada seseorang untuk menjaga sesuatu/amanah, tapi malangnya orang yang kita harapkan itu pula yang melanggar amanah/kepercayaan itu.

Secara harafiah, pada masa dahulu, apabila orang bersawah terutama sawah huma (padi tugal tanpa bendang)(terutama menanam padi bukit di kawasan ulu sesuatu negeri) maka mereka akan membuat pagar bagi melindungi padi mereka daripada dimakan haiwan, terutama babi hutan.

Peribahasa di atas, pada masa kini amat relevan, dan ianya ada kaitannya dengan pecah amanah kewangan, rasuah, melanggar kewajipan undang-undang dan sebagainya. Cerita-cerita berikut adalah relevan:

Pertama
Pegawai yang diamanahkan mencegah penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah, namun dia sendiri mengedar dadah.

Kedua
Pegawai yang diamanahkan menguatkuasakan undang-undang anti-rasuah, namun dia sendiri yang melakukan rasuah.

Ketiga
Seorang bapa/guru lelaki yang sememangnya diamanahkan (oleh keluarga, agama, negara, masyarakat dan seumpamnaya) untuk melindungi seseorang kanak-kanak perempuan, tetapi dia pula yang mencabul, merogol, atau menyiksa (secara fizikal atau mental) kanak-kanak tersebut.

Keempat
Pengawal peribadi yang diamanahkan majikannya melindungi majikan tersebut daripada segala ancaman, namun dia sendiri yang membunuh atau merompak majikan tersebut.

Kelima
Seorang pegawai bank/institusi kewangan yang diamanahkan menjaga akaun pelanggannya, namun dia pula yang "menjual" atau membuka rahsia butiran akaun pelanggannya, atau dia sendiri yang mencuri wang pelanggan

Keenam
Seorang ketua yang diamanahkan menjaga, antaranya, kebajikan orang-orang di bawahnya, namun dia pula yang menzalimi, bersikap "kuku besi" dan menganiaya orang-orang tersebut.

Ketujuh
Seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan tugas mencegah penyeludupan (makanan, bahan subsidi seperti disel subsidi, senjata dan sebagainya), namun didapati dia sendiri yang melakukan perbuatan menyeludup.

Kelapan
Seseorang yang diamanahkan atau ditugaskan membahagikan/mengagihkan bahan makanan kepada mangsa-masang banjir/tsunami/gempa bumi dan lain-lain, namun dia pula yang mengambil bahan makanan tersebut untuk dirinya/dijual.

Kesembilan
Seorang yang diberikan tanggungjawab menjaga pesakit (nota: tidak semestinya doktor) tetapi dia pula yang "mengambil kesempatan" (misalnya merogol) pesakit tersebut.

Kesepuluh
Seorang pegawai penguatkuasaan diamanahkan, antaranya, mencegah lumba haram, namun dia sendiri pula yang berlumba secara haram.

Contoh-contoh berita yang menggambarkan perkara di atas adalah seperti berikut:


Jun 16, 2011

Kenapa kemalangan jalan raya berlaku?

Pada suatu masa makan tengah hari di satu kafeteria beberapa tahun lepas, seorang jurutera sivil mencuit bahu saya, katanya,
"Ziz, you nak tau kenapa sebenarnya kemalangan jalan raya berlaku"?
"Nak tau jugak"
"Begini. Kemalangan jalan raya berlaku kerana terdapatnya kenderaan, kedua kerana adanya manusia, dan ketiga kerana adanya jalan. Kalau ada kenderaan, tetapi tiada jalan raya, macam mana kemalangan jalan raya boleh berlaku. Begitu juga jika adanya pemandu (manusia) dan jalan raya, tetapi tak ada kenderaan, macam mana kemalangan berlaku, kan?"
Eh, betul la tuuuu...
Cuma kalau ketiga-tiga tu ada, iaitu jalan raya, kenderaan dan pemandu, tak semestinya berlaku kemalangan jalan raya, kan?
Yang penting, bagi mengelakkan atau meminimakan berlakunya kemalangan jalanraya, SEMUA ITU MESTI BERKUALITI TINGGI:
PEMANDU YANG BERKUALITI TINGGI
KENDERAAN YANG BERKUALITI TINGGI
JALAN RAYA YANG BERKUALITI TINGGI

Apapun, kematian akibat kemalangan jalan raya tentunya membawa kenangan pahit dan menyedihkan yang paling mendalam kepada orang-orang tertentu.....

video

Sungai....(2)

TAKRIF SUNGAI

Ilustrated Dictionary of Essential Knowledge (1995) memberi takrif “sungai” sebagai air “yang bermula daripada aliran keluar daripada tasik, mata air, cairan salji atau glasier”. Dictionary of Current English (1998) mentakrif “sungai” sebagai “air yang mengalir banyak mengikut suatu jaluran ke laut atau tasik dan lain-lain”. Stein (1980) pula mentakrifkannya sebagai “suatu aliran air semulajadi yang agak besar juga saiznya yang mengalir mengikut perjalanan tertentu”.
Dari aspek geografi pula, sungai bolehlah ditakrifkan sebagai “sebarang bentuk air tawar yang memperoleh sumber daripada mata air atau aliran air cabang alor yang mengalir dari kawasan tinggi ke suatu tasik yang besar atau laut” (Mertes, 2003). Meybeck, et al. (1996) secara tidak langsung mentakrif “sungai” sebagai “kumpulan air daratan yang mengalir, dimana proses kejadiannya mengambil masa bertahun-tahun”.
Daripada aspek undang-undang, takrif sungai juga ada diberikan. Menurut seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, “sungai “ ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya. Takrif ini pernah dirujuk dalam kes-kes Steven Phoa Cheng Loon & 72 orang lagi lwn. Highland Properties Sdn. Bhd. & 9 yang lain (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Guaman Sivil No. 55-21-174-1996) (dikenali juga sebagai “Kes Highland Tower”) dan Azizah Zainal Abidin dan lain-lain lwn. Dato Bandar Kuala Lumpur [(1995)5 C.L.J. 565]. Mengenai takrif “aliran air” itu sendiri [termasuk bagi maksud takrifan perkataan itu di bawah seksyen-seksyen 53 dan 54 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965], ianya termasuklah sungai dan anak sungai (Kes Azizah Zainal Abidin). Takrif “sungai” juga ada diberikan di bawah seksyen 2 Akta Air 1920, yakni termasuklah cawangan sungai dan mana-mana alur atau aliran air semulajadi  dan juga terusan yang tertakluk kepada Akta ini.

BIDANGKUASA PENGURUSAN DAN PENGAWALAN SUNGAI

Seperti yang dibincangkan oleh Abdul Aziz (2000) yang merujuk kepada Senarai Kedua bagi Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bahawa hal ehwal mengenai air adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Perkara yang sama telah juga diputuskan dalam kes Highland Tower pada 11 Ogos 2000, dimana Mahkamah menyebut bahawa perkara berkaitan air dan sungai adalah dalam bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri. Antara perkara-perkara mengenai air yang diletakkan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri ialah bekalan air, sungai-sungai dan terusan-terusan, kawalan kelodak, dan hak riparian (tebing sungai). Malah sungai itu sendiri adalah harta, dan diletakhak kepada, Pihak Berkuasa Negeri (seksyen 3 Akta Air 1920).
Mengikut seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa (dan tanggungjawab?) untuk menyelenggara, antaranya, aliran air (yakni termasuklah sungai) yang terletak dalam kawasan bidang kuasanya. Ini termasuklah mengawal mudarat dan pembersihan aliran air (masing-masing seksyen 53 dan 54 Akta yang sama).
Sungai juga berada di bawah bidangkuasa Jabatan Pengairan dan Saliran berkaitan kerja saliran (Akta Kerja-kerja Saliran 1954) dan di bawah Jabatan Perikanan berkaitan kawalan perikanan darat (seksyen 38 Akta Perikanan 1985).
Di bawah peruntukan Bahagian VIII (merangkumi seksyen-seksyen 69 hingga 71) Akta Kerajaan Tempatan 1976, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang menyebabkan mudarat dan pencemaran mana-mana bahagian sungai yang terletak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan tersebut. Perkara ini akan dibincangkan pada penghujung kertas ini.

FUNGSI DAN MANFAAT SUNGAI

Apabila disebut sungai, komponen paling utama adalah airnya. Air sungai, mengikut kegunaannya semenjak turun temurun, adalah sebagai air minum, bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga haiwan dan tumbuhan (Al-Qur’an 8 :11, 50 : 9)(Abdul Aziz, 2000). Sebagai contoh, bekalan air untuk kegunaan air domestik dan industri di Malaysia adalah sebanyak 7.66 bilion liter sehari dalam tahun 1995, 11.6 bilion liter sehari pada tahun 2002, dan dijangka menjadi 20 bilion liter sehari pada tahun 2020 (JAS 1999). Selain daripada itu, air sungai juga digunakan untuk pertanian, seperti saliran air daripada sungai ke tali air (Akta Kawasan Pengairan 1953). Air sungai juga akan diguna sebagai sumber mengawal kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (Akta Perkhidmatan Bomba 1988).
Kita juga sudah maklum bahawa sungai, sejak sekian lama menjadi daya tarikan untuk manusia menghuni ditebingnya kerana ia digunakan sebagai laluan perjalanan, sumber makanan (ikan, siput, tumbuhan air dan lain-lain), hidroelektrik, dan lain-lain tujuan (Mertes, 2003).
Sungai juga dijadikan sebagai salah satu aktiviti pelancongan alam semulajadi (Serakaya & Sisidharan, 1999) seperti berkayak, berakit, memancing, mandi manda dan menyelam. Ia sebahagian daripada eko-pelancongan (Ashton & Ashton, 1993; Higgins, 1996). Sungai boleh dikatakan termasuk aset semulajadi pelancongan, seperti air dan hidupan airnya (Gunn, 1988). Sungai diletakkan dibawah kategori “pelancongan sungai” oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Md. Salleh, 1998) dan juga di peringkat sejagat (Opperman & Chan, 1999). Malah dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) dinyatakan sungai akan dijadikan sebagai salah satu tarikan untuk pelancong.
Di bawah seksyen-seksyen 46, 49 dan 353(2) Kanun Tanah Negara 1965, sungai adalah sempadan semulajadi tanah-tanah berimilik (dan jika sungai berubah, maka sempadan tanah turut berubah, yakni mengecilkan tanah berimilik tersebut).
Dengan demikian sungai menyumbang kepada banyak kegunaan. Namun dalam hal ini perlulah kita ingat bahawa ‘sic utere tuo ut alienum non laedas’, yakni jika pun kita menikmati (misalnya harta kita), janganlah pula sampai mendatangkan bahaya kepada orang lain. Daripada perspektif kerakusan penggunaan sungai hari ini, ungkapan ini ada kebenarannya.

Rujukan

Abdul Aziz Hussin. 2002 “River Maintenance and Rehabilitation of Sg. Tebrau and Sg. Segget – Legal Perspective”. Kertas Seminar Universiti Teknologi Malaysia & Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Johor Bharu, 30 Oktober 2002.
Abdul Aziz Hussin. 2000. Undang-Undang Berkaitan Dengan Air. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al Qur’an 8 : 11 & 50 : 9
Allen, W. 1992. “Increased Dangers to Caribbean Marine Ecosystems”. BioScience, 42(5), m.s. 330 – 335.
Andrews, W.A. 1972. Guide to Study of Environmental Pollution. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Ashton, R. & Ashton, P. 1993. An Introduction to Sustainable Tourism (Ecotourism) in Central America: Paves Pantera Ecotourism Program. Gainesville, FL: Wildlife Conservation International.
Berita Harian, 19 Mac 2000.
Boo, E. 1990. Ecotourism: The Potential and Pitfalls. Washington D.C, World Wildlife Fund.
Bos, E. & Bergkamp, G. 2001. “Water and the environment”. 2020 Focus 9 (Overcoming Water Scarcity and Quality Constraints), Brief 6 of 14. Oktober 2001. IFPRI. http://www.ifpri.org/2020/focu/focus09/focus09_06.htm., m.s.1
Department of Environment. 1999 Classification of Malaysia Rivers – Vol. 9. Penang River.
Dictionary of Current English. 1998. Oxford: Oxford University Press.
DOE-ASMA. 2000. Average of Year 2000 Water Quality Analysia.
Eisenberg, J.N.S., Bartram, J. & Hunter, P.R. 2001. “A public health perspective for establishing water-related guidelines and standards”, dlm. World Health Organization (WHO). Water Quality: Guidelines, Standards and Health. London: IWA Publishing.
Environmental Law Institute. 1997. “Enforceable State Mechanisms for the Control of Nonpoint Source Water Pollution”. United States of America: ELI Project No. #970300.
Falconer, R.A. & Lin, B. 2003. “Hydro-environmental model of riverine basin using dynamic rate and partitioning coefficients”. Int.J. River Basin Management. Vol.1, No.1 (2003), m.s.81-89.
GEC 2000. Water Quality Monitoring Report for Sg. Pinang River Basin – September 2000.
Gunn, C.A. 1988. Tourism Planning. 2nd. Edition, New York: Taylor & Francis.
Hierta, E. 1994. “Resuing the Reff”. National Parks, 68 (11-12), m.s. 32 – 37.
Higgins, B.R. 1996. “The global structure of the nature tourism   industry: Ecotourists, tour operators, and local businesses” .Journal of Travel Research, Fall  1996, Vol. Issue 2, m.s. 11.
http://www. enviromalaysia.com.
IUCN. 2000. “Vision For Water: A world strategy for conservation and sustainable management of water resources in the 21st. century”. London. 7 Februari 2000.
Ilustrated Dictionary of Essential Knowledge. 1995. London: Reader’s Digest Association Ltd.
Legal Information Institute. 2002. Environmental Law: An Overview. United States of  America: Cornell University.
Ioannides, D. 1994. “Planning for International Tourism in Less Developed Countries: Toward Sustainability?” Journal of Planning Literature, Feb. 95, Vol. 9, Issue 3. m.s. 235.
Kerajaan Malaysia. 1999. Laporan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK 8).
Klien, L. 1962. River Pollution 11, Causes and  Effects. London : William Clowes & Sons Ltd.
Kraemer, R.A., Choudhury, K. & Kampa, E. 2001. ”Protecting Water Resources: Pollution Prevention”. Secretariat of the International Conference on Freshwater --  Bonn, m.s. 2.
Lickorish, L.J. & Jenkins, C.L. 1997.  The Experience of the World Bank in the Legal, International and Financial Aspects of Regional Environmental Programs (Washington. D.C., World Bank).
Mathieson, A. & Wall, G. 1982. Tourism : Economic, Physical and Social Impacts. New York : Longman Group Ltd.
Md. Salleh Osman. 1998. “Industri Pelancongan Negara”. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Kertas bagi Kursus Peningkatan Pengusaha Chalet dan Budget Hotel. Kota Bharu, Kelantan.
Mertes, L.A.K. 2003. “Rivers”. Microsoft®Encarta.Online Encyclopedia 2003. http://encarta.msn.com., m.s.1-9.
Meybeck, M., Kuusisto, E., Makela, A. & Malkki,E. 1996. “Water Quality”. Water Quality Monitoring – A Practical Guide to the Design and Implementation of Freshwater Quality Studies and Monitoring Programmes. UNEP/WHO: Geneva. http://www.who.int/docstore/water_sanitation_health/wqmonitor/., m.s.4.
M.J. 1998. “Focus on Freshwater and the role of Industry”. United Nations Commission for Sustainable Development – Congresses. Environmental Policy & Law, June 98, Vol. 28. Issue 3 / 4, m.s. 116.
Norris, R. 1994. “Ectourism in the National Parks of Latin America” National Parks, 68 (2) : m.s. 33 – 37.
Opperman, M. & Chan, K.S. 1999. Tourism in Developing Countries. London: International Thomsan Business Press.
Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) 1980. “The Impact of Tourism on Environment”. Paris : OECD.
Scanlon, J. & Bergkamp, G. 2002. “Progress in Water Management at the Level of River Basins over the World”. International Mobilizing Projects. IUCN Water and Nature Initiative. International Network of Basin Organization (INBO). 20 Mac 2003: Shiga. WANI. http://www.waterandnature.org/., m.s.2
Serakaya, E. & Sisidharan, V. 1999. “Redefining Ecotourism: The Need for a Supply – Side View.” Journal of Travel Research. Nov. 99, Vol. 38. Issue 2, m.s.68.
Smith, A. 1990. Environmental Health Reference Book. London.
Smith, R.A. 1992. “Beach Resort Evolution Implications For Planning”. Annals of Tourism Research 19, 2 : m.s. 304 – 322.
Stein, J. (Ed.). 1980. The Random House Dictionary. New York : Random House Incorporated.
UNEP.Net. 2003. “Water and Ecosystems”.UNEP.Net © 2003. United Nation Development Programme.http://freshwater.unep.net/index.cfm?issue=water_ecosys. m.s.1.
Utusan Malaysia 6 Februari 2003.
Warner, E. 1991. “Ecotourism: New Hope for Rainforests?” American Forests, 97 (3-4) : m.s. 37 – 44.
World Health Organization (WHO). 2001. Water Quality: Guidelines, Standards and Health. Fewtrell, L. & Bartram, J. (Eds.). London: IWA Publishing.
Yee, C.Y. et.al. 2002. “Oh! My Sungai Pinang” .Kajian Kes untuk Kursus RMB 511. MSc (Project Management)(HBP,USM).  November 2002.
Zaini Ujang, 1992. “Penjagaan Alam Sekitar Perlu Pengawalan Bersepadu”. Utusan Malaysia, 3 November 1992.

Di atas adalah sebahagian daripada kandungan (yang diubahsuai) daripada artikel Abdul Aziz Hussin, Abdullah Mahmood & Abdul Rashid Abdul Aziz (2003) Ke Arah pengurusan Sungai yang Baik: kajian Kes Sungai Pinang. Journal of Humanities. 10: 101-120.

Jun 15, 2011

Bunuh Diri...(2)

Pada malam tadi, 14 Jun 2011, dalam slot HALAQAH: SENTUHAN KALBU, TV9, tajuk yang diketengahkan adalah "Bunuh Diri". Pada 5 Mac 2011, saya ada juga mengemukakan tajuk yang sama di dalam blog ini, namun ianya daripada perspektif undang-undang. Ia juga dalam kategori "bunuh diri secara langsung" (direct).

Entah dimana silapnya makhluk Allah bernama "manusia" ini, kerana ada pula sekelompok lagi "bunuh diri yang tidak langsung" (indirect) yang nampaknya sengaja diwujudkan... Contohnya:

Pertama
Agama dan undang-undang duniawi menyatakan bahawa arak itu najis dan memabukkan dan di sisi agama Islam, hukumnya haram. Namun ada manusia yang tetap meminumnya, dan mabuk. Apabila mabuk, manusia ini memandu pula kenderaan, walaupun otaknya sudah tidak berfungsi dengan waras dan hilang pertimbangan (memandu semasa dalam pengaruh alkohol juga satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987). Maka berlakulah kemalangan, dan silap haribulan, dia mati, atau, orang lain yang tak bersalah pula yang terkorban. Bukankah ini sejenis bunuh diri?

Kedua
Ada juga manusia pelik yang tak ada kerja lain yang nak dibuat, kecuali menghisap dadah, menyuntik dadah ke tubuhnya sendiri (menjadi doktor peribadi untuk peribadinya). Dah berbuih mulut pihak kerajaan, ahli akademik, doktor, dan lain-lain menasihatkan (dan  bertindak, termasuk menangkap, menghukum), namun makhluk manusia jenis ini tetap juga melakukan perbuatan tersebut. Maka mereka ini pada akhir harinya akan menajdi "patung bernyawa", menghidap penyakit yang pelik-pelik, atau terkujur maut. Bukankah ini sejenis bunuh diri?

Ketiga
Pihak berkuasa sering menasihatkan bahawa, apabila menaiki bot, perahu, dan seumpamanya (hatta mahu memancing), pakailah jaket keselamatan. namun, kerana alasan "Saya pandai berenang", atau, "Tak apa la", atau, "Nak cepat", dan lain-lain, maka jaket keselamatan tidak dipakai. Jika berlaku kemalangan (misalnya bot tenggelam, dipukul ombak, berlanggar), maka kematian boleh berlaku akibat lemas dan panik. Bukankah ini juga sejenis bunuh diri? Hal yang sama juga kepada pemakaian topi keledar, topi keselamatan di tempat kerja, atau tali keledar keselamatan. Bukankah ini sejenis bunuh diri?

Keempat
Memandu laju, walaupun daripada jenis kenderaan mewah, mahal dan mempunyai ciri keselamatan yang tinggi, tetap terdedah kepada kemalangan, dan kalau makin laju, maka kemungkinan untuk berlaku kemalangan semakin tinggi. Kalau sedemikian, selain daripada menjadi kesalahan pemanduan (dan menunggang) jika memandu/ditunggang melebihi had laju, maka bukankah ini sejenis bunuh diri? Cuba bayangkan, jika kita memandu/menunggang sekitar 120km/j, berlanggar dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan yang dipandu/ditunggang pada kadar 80km/j. Secara mudah (tanpa mengira kadar perlahan kerana membrek kecemasan), kita terlibat dalam perlanggaran pada kadar selaju 200km/j! Bukankah ini sejenis bunuh diri?

Kelima
Dinasihatkan kita JANGAN MEROKOK, kerana merokok (termasuk menghisap cerut) membahayakan kesihatan daripada pelbagai sumber (narkotina, racun, karbon monoksida dan lain-lain). Ahli agama juga melarang merokok. Namun kita masih merokok, walaupu harga roko amat mahal! Bukankah ini sejenis bunuh diri?

Keenam
Sifat pengotor sebahagian kita, seperti tidak menjaga kebersihan di dalam rumah dan persekitaran rumah (yang mengundang lalat dan nyamuk, serta tikus dan lain-lainnya) tentunya mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit merbahaya, seperti yang ada kaitan dengan e-coli, denggi, leptospirosis dan seumpamanya. Bukankah ini sejenis bunuh diri?

Ketujuh
Kegiatan pelacuran ada kaitannya dengan pelbagai penyakit seperti AIDS (selain penyakit sosial...). Namun ada sekelompok manusia yang masih berdegil untuk terus menjadi pelacur (sehingga ada yang menjadikannya sejenis perniagaan!), dan melanggan pelacur.  Bukankah ini juga sejenis bunuh diri?

Jun 14, 2011

Ingkar Perintah (Insubordination/disobedience)

Takrif "ingkar perintah"
Ingkar perintah dalam perkhidmatan awam
Ingkar perintah dan dihukum dibuang kerja
Konsep umum: Pematuhan kerja atas perintah yang "sah" dan "munasabah"
Apakah "perintah yang sah"?
Apakah "perintah yang munasabah"
Contoh-contoh kes ingkar perintah (sektor awam dan swasta)









Bagaimana membaca...(3)

Pernah tak membaca seseorang menulis seperti berikut:

"Saya baru pulang daripada melancung"
"Melancung adalah salah satu gaya kehidupan sosial"
"Kegemaran/minat saya adalah melancung"

Sebenarnya, dalam konteks di atas, perkataan "MELANCUNG" adalah salah. Menurut Kanun Kesiksaan (Akta 574) dan juga Kamus Dewan (DBP), melancung ertinya "memalsukan" (counterfeit)(lihat takrifan penuh di bawah seksyen 28 Kanun Kesiksaan), misalnya melancung wang siling (seksyen 232 Kanun Kesiksaan).

Jika kita merujuk kepada perbuatan melawat/mengunjungi tempat orang, termasuk untuk bersiar-siar makan angin, itu sebenarnya merujuk kepada "MELANCONG" (tour) dan PELANCONGAN (tourism).

Jadi, ingat la yer, kesilapan menulis juga membawa makna yang amat berbeza....

Jun 10, 2011

Bagaimana membaca...(2)

Semasa mendengar radio dan menonton tv, atau seseorang berucap, terperasankah anda bahawa orang tersebut menyebut, misalnya RM12, disebut, "Ringgit Malaysia dua belas", atau, "Ringgit Malaysia Ar Em dua belas", atau "Ringgit Malaysia dua belas ringgit".
Tak ada la pula orang Thailand menyebut "Baht sepuluh" bagi B10.
Sebenarnya dan seeloknya serta sebetulnya, bagi RM12, dibaca "Dua belas ringgit". Ini kerana:
1. Seksyen-seksyen 2 dan 3 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975;
2. Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967; dan 
3. Seksyen 61 Akta Bank Negara Malaysia 2009,
ungkapan yang digunakan hanyalah, "RINGGIT".

NOTA:
Kalau nak sebut wang DOLLAR, memang la kena sebut US Dollar, atau AUS DOLLAR, atau SINGAPURA DOLLAR, atau NZ DOLLAR dan lain-lain, kerana DOLLAR diguna dan disebut di beberapa negara mengikut dollar masing-masing. Mana ada negara lain selain Malaysia menggunakan RINGGIT????

Bagaimana membaca... (1)

Semasa mendengar radio dan menonton tv, atau seseorang berucap, saya terperasan orang tersebut menyebut, misalnya angka 12.1348, disebut, "Dua belas perpuluhan seribu tiga ratus empat puluh lapan".
Bagi angka 7.689, disebut, "Tujuh perpuluhan enam ratus lapan puluh sembilan". Begitu juga angka  9.11 dibaca, "Sembilan perpuluhan sebelas".
SEPATUTNYA:
12.1348, disebut, "Dua belas perpuluhan satu tiga empat lapan"
7.689, disebut, "Tujuh perpuluhan enam lapan sembilan"
TETAPI
KALAU SETAKAT DUA ANGKA SELEPAS TITIK,
9.11 boleh dibaca, "Sembilan perpuluhan sebelas".
Namun, seeloknya, dibaca "Sembilan perpuluhan satu satu"

Prosedur dan Proses Tindakan Surcaj



Apakah "surcaj"?

Sejarah pengenaan surcaj

Skop surcaj (Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000)

Prosedur melaksanakan surcaj
(Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000)

Rujuk seksyen-seksyen 18-22, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

Kaedah alternatif surcaj

Jun 4, 2011

Menziarahi tempat orang: Sekitar Bali, Indonesia

Diantara pengalaman dan ilmu yang dapat kita perolehi, tambah, banding dan seumpamanya adalah dengan menziarahi tempat orang (disebut juga "melancong"). Apabila kita melancong, cuba kita ambil pendekatan MEMPEROLEHI FAKTA iaitu dengan kaedah 4W1H (Who=siapa, What=apa, Where=di mana, When=bila, How=bagaimana). Juga untuk mengetahui lebih lanjut, teroka lah lagi dengan W terakhir iaitu Why=kenapa. Jangan setakat."..ooo....oic...wow...ha...cantik...ha tengok tu....." Kalau sebagai orang Islam, kita ambil pendekatan di atas dengan pespektif Islamnya.....
Di bawah adalah lawatan dan seminar yang saya hadiri di Bali, Indonesia 2-5 November 2010.

Tasik Beratan, Bali: Simbol kekuatan?

Tasik Beratan, Bali: Sebuah Masjid terletak diantara deretan kuil...
Tasik Beratan, Bali: Masjid itu makin jelas kelihatan, Singgahlah solat di dalamnya...

Malam di Denpasar, Bali: Beli buahtangan kenangan...
NAMUN, MALAM INI SENDIRI MEMPUNYAI STIGMANYA YANG TERSENDIRI DAN KITA PERLU BERHATI-HATI...

video

Tanah Tinggi Kintamani, Bali: Makan tengahari, lauk  banyak, namun saya makan ikan dan sayur sebab...

Tanah Tinggi Kintamani, Bali: Baru siap jamak solat zuhur-asar. Amat sejuk airnya, menggigil semasa berwuduk, tapi suraunya tak terjaga....

Melawat logi kumbahan Kuta, Bali. Mereka berusaha gigih untuk kebersihan

Pantai Sanur, Bali: Lihat hasil kerja kraftangan mereka yang menggambarkan budaya, adat dan pegangan agama mereka...

Restoran di Sanur, Bali: Lihat budaya permainan muzik mereka yang menggambarkan budaya, adat dan pegangan agama mereka...

Pantai Sanur, Bali: Lihat hasil kerja kraftangan mereka yang menggambarkan budaya, adat dan pegangan agama mereka...

Pantai Sanur, Bali: Lihat kesantaian kehidupan petang mereka, sambil mencari prawisata (pelancong) untuk menyewa motosikal mereka...

Bersedia untuk membentangkan kertas seminar di Hotel Sanur Paradise Plaza, Bali


Berdiskusi selepas membentangkan kertas seminar di Hotel Sanur Paradise Plaza, Bali

Pekan Ubud, Bali: Melawat dan merayau serta mencari buahtangan dari salah satu tempat bersejarah.


Pekan Ubud, Bali: Melawat tempat bersejarah-- hanya untuk mengenal budaya. Menjadi tumpuan pelancong antarabangsa

video
Green School, Ubud, Bali: Pembinaan menggunakan bahan tempatan. Mesra alam? Orangnya mesra..

Green School, Ubud, Bali: Pembinaan menggunakan bahan tempatan. Mesra alam? Boleh bertahan lama?

Green School, Ubud, Bali: Pembinaan menggunakan bahan tempatan. Mesra alam? Antara teknologi dan kreativiti

Green School, Ubud, Bali: Pembinaan menggunakan bahan tempatan. Mesra alam? Antara teknologi dan kreativiti... Penjimatan? Penyenggaraan?

Jun 2, 2011

Mudahnya kita berubah...

Kes Pertama:
Dua hari lepas, iaitu 31 Mei 2011, dilaporkan di dalam akhbar dan juga televisyen bahawa sebuah lori yang membawa muatan beras telah terbalik di lebuhraya Utara-Selatan, kerana tayar depannya pecah. Dilaporkan ada ramai pemandu yang singgah dan mencuri beras, sebelum pihak PLUS dan pemilik beras datang mencegah perbuatan tersebut. Kita pun tahu bahawa itu bukan beras kita, dan ia berada di situ kerana kemalangan. Namun, sifat baik kita (saya percaya begitu), tiba-tiba berubah menjadi pencuri beras, apabila ada "peluang" sedemikian. Mudahnya kita berubah daripada sifat baik, kepada pencuri (atau cuba mencuri).
Yang saya catatkan di atas, bukanlah satu-satunya kes sedemikian. Ada banyak lagi kes, misalnya kes lori yang membawa muatan limau terbalik, dan orang berdekatan termasuk pemandu (dan penumpang) yang lalu turut berebut "rezeki" haram. lori yang membawa ayam yang terbalik pun menerima nasib yang sama. Pernah lori yang membawa petrol yang terbalik pun masih ramai yang berebut "petrol percuma". Mungkin kalau lori yang membawa daging yang terbalik pun akan ada orang berdekatan dan pemandu yang singgah mengambil daging "percuma", tanpa memeriksa daging itu daging apa.. (silap haribulan, selepas makan baru mereka tahu mereka mencuri dan memakan daging khinzir). Begitulah, mudahnya kita berubah menjadi orang yang hilang pertimbangan....

Kes Kedua:
Ada orang datang (datang secara bersemuka, atau "datang" melalui email, dan lain-lain) menemui kita menyatakan dia sedang mencari rakan pelaburan. Katanya, pelaburan itu amat menguntungkan, dan berjela-jelalah penerangan yang diberikannya, dan kita pun terkebil-kebil mendengar penerangan yang memukau fikiran. Kita pun akhirnya bersetuju melabur (RM100, atau RM1000. atau RM10000, atau...). Kita pun memberikan nombor akaun bank kita. "Rakan pelabur" tagi pun berlalu, dan kita pun menunggu, dan menunggu...dan menunggu...dan menunggu...dan akhirnya barulah kita sedar, kita telah TERTIPU! Mudahnya kita memberikannya wang sebanyak itu, tanpa terfikir, atau berfikir panjang, mentelaah, dan menira, serta bertanya, antaranya:
1. Dalam seramai orang di dunia ni, kenapa anda datang menemui saya untuk dijadikan rakan pelaburan anda?
2. Kalau perniagaan/pelaburan tersebut amat menguntungkan, dan menjanjikan pulangan besar, adakah SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT, ORANG RAPAT anda sudah melabur? Dan kemudiannya barulah anda datang menemui saya...
3. Siapakah anda? Sudahkah diselidiki sedalam-dalamnya dan daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai tentang siapa dia, tinggal dimana, perniagaannya, dan sebagainya..
Mudahnya kita kita berubah kerana terpukau dan kerana $$$$$$$, kan?

Kes Ketiga:
Semasa kita kesempitan kewangan (untuk makan, belajar, berniaga, dan lain-lainnya), kita pun berusaha mendapatkan pinjaman (daripada rakan, teman sepejabat, kedai runcit, bank, PTPTN, MARA, TEKUN dan sebagainya). Kita pun amat gembira dan selesa kerana kita mendapat bantuan yang dihajati. Namun, apabila kita sudah lega, selesa, ada pendapatan lumayan, perniagaan maju, KITA SECARA SELAMBA DAN PENUH RASA TIDAK BERSALAH, enggan membayar hutang. Malah bersedia ke tahap "bermusuh" dengan orang/pihak yang membantu kita. Mudahnya kita berubah menjadi seorang yang tidak mengenang budi dan mungkir janji....

Kes Keempat:
Beberapa tahun yang lalu, saya terserempak dengan seorang rakan lama, di suatu tempat yang mewah. Saya menegurnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun dia cuma berjabat salam sambil lalu dan terus berbual dengan rakan-rakannya yang saya nampak hebat-hebat belaka. Dia dan rakan-rakannya terus beredar..... Dia pun memang sudah kaya dan berjawatan besar. Namun, sebelum dia menjadi kaya dan menjadi "orang besar", saya adalah diantara orang-orang yang pernah membantunya, dalam kewangan dan sebagainya. Bukan saya ingin mengungkit, tetapi terasa aib dan kecewa yang teramat sangat apabila dia melakukan adegan sedemikian terhadap saya, di hadapan rakan-rakannya. Mudahnya kita berubah.....

Kes Kelima:
Kita terima sms yang mencatatkan lebih kurang seperti berikut:

"Jangan delete sms ini! Pada suatu malam, Sheikh Ahmad bermimpi dia berada di tepi Kaabah, dan dia melihat Rasulullah (saw) berada di sisinya dan berpesan supaya membaca selawat kepadanya 20 kali, dan meminta disebarkan kepada 20 orang. Jika disebarkan segera maka dalam 20 hari orang itu akan mendapat banyak kebaikan, dan jika tidak disebarkan maka orang itu akan mendapat bala"

Kita pun terus menyebarkan kepada 20 orang, dan orang yang menerima seterusnya akan melakukan perkara yang sama, dan begitu juga kumpulan orang berikutnya. Mungkin kita sendiri tidak sempat membaca selawat sebelum menyebarkan sms itu kerana "takut bala" menimpa. Kita juga tidak memeriksa, "Siapa Sheikh Ahmad"?, "Betulkah cerita itu"?, "Bila kejadian itu berlaku"?, dan benarkah jika sesuatu perbuatan yang hukum asalnya sunat (itu berselawat ke atas Nabi saw) jika tidak dilakukan, maka akan mendapat bala? Tidak terfikirkah bahawa sms itu disebarkan oleh pihak musuh Islam? Atau mungkin juga "skim piramid" bagi mendapatkan keuntungan penyebaran sms dan kos sms mereka akan dapat! Apapun, mudahnya kita berubah tindakan akibat "ancaman palsu" sedemikian....

Kes Keenam:
Beberapa tahun lepas, terdapat satu keluarga yang miskin, yang saya merasakan patut dibantu. Saya pun menggunakan prinsip. "Jika dia diberikan ikan, ikan itu akan habis dimakan. Jika kita memberikan jala, ia akan dapat menggunakan jala itu mencari ikan, dan terus mencari ikan, dan dia akan dapat kerap makan ikan". Saya pun memberikannya modal untuk membeli 2 ekor lembu betina, dan menyebut, "Kita pawah, yer. Jika dapat hasil, kita bahagi dua". Setelah 5 tahun berlalu, saya dapat bertemu keluarga tersebut, dan dia beritahu lembu sudah tinggal seekor. Seekor lagi sudah mati, dan 2 ekor lembu tu tak pernah beranak, kecuali sekali, tetapi anak lembu itu mati. Apabila diselidik, rupa-rupanya lembu 2 ekor itu telah melahirkan anak 7 ekor, tetapi orang tadi telah menjualnya. Malah satu induk lembu betina itu pun sudah dijualnya. Dek kerana sedikit keuntungan segera, mudahnya kita berubah...dan menjadi orang yang pecah amanah....
Betullah seperti kata seorang pendita yang berbunyi lebihkurang begini: "Ada orang Melayu yang bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin fikiran"

Kes Ketujuh
Sekitar empat tahun lepas, semasa saya sedang memandu bersendirian di Jalanraya Timur-Barat, dari arah Jeli, Kelantan ke arah Gerik, Perak, sekitar 20 kilometer daripada jambatan Pulau Banding (Tasik Temenggor), saya terserempak dengan sebuah kereta yang dipandu perlahan (sekitar 60km/j)(dengan beberapa penumpang), dan saya memotong. Sebaik sahaja saya memotong, kereta tadi memecut mengekori rapat di belakang saya (dengan kelajuan antara 90-100km/j)(melebihi had laju la pulak...), tetapi enggan memotong saya walaupun saya "memberi jalan". Sesampai di kepala jambatan pertama Pulau Banding, saya terserempak dengan deretea 5 kenderaan di hadapan (dengan yang paling hadapan adalah treler panjang membawa balak). Saya mengekori deretan kenderaan (yang kelajuannya cuma 30 km/j). Saya tak memotong di atas jambatan (yang terdapat dua garisan berkembar), dan bercadang akan memotong selepas tamat melalui jambatan, atau semasa mendaki, selepas kem tentera Pulau Banding). Namun kereta tadi telah memotong deretan 6 kenderaan termasuk kenderaan saya dengan lajunya sambil pemandunya menoleh kepada saya. Malangnya, di hujung jambatan, di atas pulau, sebuah kereta peronda polis sedang menunggu dan seorang anggota polis trafik mengibarkan bendera merah kepada kereta tadi....
Saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini: Kenapa dia bersikap sedemikian terhadap saya? Kerana memotong kenderaannya? Itu sahaja.... Mudahnya kita berubah, daripada pemandu yang cermat, kepada pemandu yang membuli, tidak sabar, dan melanggar undang-undang, hanya kerana rasa tercabar kerana kenderaan kita dipotong.....