Angka atau nombor SATU (1) membawa pelbagai makna/maksud/tujuan dan falsafah disebaliknya...
Allah (swt) hanya satu.
DijadikanNya 1 bumi dalam satu cekarawala yang mempunyai satu matahari dan satu bulan. Dengan itu kita ada satu siang dan satu malam (tidak boleh ada kedua-duanya serentak).
Hanya satu sahaja agama yang diktirafNya iaitu Islam.
Hanya satu makhluk yang berada di bumi yang diletakkan amanah dan mempunyai pelbagai keistimewaan iaiatu manusia, yang cuma ada satu nyawa, dan hanya satu peluang hidup. Manusia ini kelak akan melalui satu alam, iaitu alam barzakh, dan pada akhir proses perjalanan, akan melalui satu pintu, iaitu sama ada Pintu Syurga atau Pintu Neraka (Namun jika pada mulanya terpaksa melalui satu pintu yang bernama Pintu Neraka, maka bagi segolongan orang, dia berpeluang pula untuk memasuki Pintu Syurga). Terdapat satu laluan yang namaya Lalau Sirotholmustaqem)
Hanya ada satu sahaja arah menghadap solat (atau berdoa) iaitu Kaabah (dan Kaabah hanya ada satu).
Pada awalnya di atas dunia yang satu ini, hanya satu sahaja manusia yang diwujudkan, iaitu Nabi Adam (as), iaitu satu orang lelaki. Ia diikuti satu perempuan bernama Hawa. Kita sendiri pula hanya ada satu ibu dan satu bapa.
Satu sahaja Rasul penamat dan terakhir iaitu Nabi Muhammad (saw)
Pada tubuh kita, kita cuma ada satu nyawa, satu otak, satu jantung, satu hati, satu mulut, dan satu kepala.
Apabila kita ingin menempa kejayaan, biasanya kita mahukan orang ke satu (pertama) dan mendapat nombor satu (yang terbaik, yang tertinggi). Dalam kelas/kuliah atau peperiksaan, kita nak Nombor 1. Malah dalam perlawanan/sukan, atau kejohanan, misalnya berlari, main bola, lawan kayak, hatta main guli dan seumpamanya, pun kita nak jadi johan (iaitu nombor 1)
Dialam pekerjaan, persatuan, kesatuan, parti politik/sahsiah pun, ramai yang bercita-cita untuk menjadi Orang nombor 1 (ketua).
Kalau daripada aspek lain, kebanyakan kita mahu jadi orang nombor satu terkaya, orang nombor satu terhebat, orang nombor satu terhensem atau tercantik....
Cuma, kalau kita ditakdirkan tahu tarikh kematian kita (Maha Suci Allah, Dia menjadikan ini salah satu rahsia untukNya sahaja), dan diberikan peluang memilih, kebanyakan kita (kalau bukan semua) kita akan memilih nombor terakhir. Kenapa yer?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.