Jun 16, 2011

Sungai....(2)

TAKRIF SUNGAI

Ilustrated Dictionary of Essential Knowledge (1995) memberi takrif “sungai” sebagai air “yang bermula daripada aliran keluar daripada tasik, mata air, cairan salji atau glasier”. Dictionary of Current English (1998) mentakrif “sungai” sebagai “air yang mengalir banyak mengikut suatu jaluran ke laut atau tasik dan lain-lain”. Stein (1980) pula mentakrifkannya sebagai “suatu aliran air semulajadi yang agak besar juga saiznya yang mengalir mengikut perjalanan tertentu”.
Dari aspek geografi pula, sungai bolehlah ditakrifkan sebagai “sebarang bentuk air tawar yang memperoleh sumber daripada mata air atau aliran air cabang alor yang mengalir dari kawasan tinggi ke suatu tasik yang besar atau laut” (Mertes, 2003). Meybeck, et al. (1996) secara tidak langsung mentakrif “sungai” sebagai “kumpulan air daratan yang mengalir, dimana proses kejadiannya mengambil masa bertahun-tahun”.
Daripada aspek undang-undang, takrif sungai juga ada diberikan. Menurut seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, “sungai “ ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya. Takrif ini pernah dirujuk dalam kes-kes Steven Phoa Cheng Loon & 72 orang lagi lwn. Highland Properties Sdn. Bhd. & 9 yang lain (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Guaman Sivil No. 55-21-174-1996) (dikenali juga sebagai “Kes Highland Tower”) dan Azizah Zainal Abidin dan lain-lain lwn. Dato Bandar Kuala Lumpur [(1995)5 C.L.J. 565]. Mengenai takrif “aliran air” itu sendiri [termasuk bagi maksud takrifan perkataan itu di bawah seksyen-seksyen 53 dan 54 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965], ianya termasuklah sungai dan anak sungai (Kes Azizah Zainal Abidin). Takrif “sungai” juga ada diberikan di bawah seksyen 2 Akta Air 1920, yakni termasuklah cawangan sungai dan mana-mana alur atau aliran air semulajadi  dan juga terusan yang tertakluk kepada Akta ini.

BIDANGKUASA PENGURUSAN DAN PENGAWALAN SUNGAI

Seperti yang dibincangkan oleh Abdul Aziz (2000) yang merujuk kepada Senarai Kedua bagi Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, bahawa hal ehwal mengenai air adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Perkara yang sama telah juga diputuskan dalam kes Highland Tower pada 11 Ogos 2000, dimana Mahkamah menyebut bahawa perkara berkaitan air dan sungai adalah dalam bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri. Antara perkara-perkara mengenai air yang diletakkan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri ialah bekalan air, sungai-sungai dan terusan-terusan, kawalan kelodak, dan hak riparian (tebing sungai). Malah sungai itu sendiri adalah harta, dan diletakhak kepada, Pihak Berkuasa Negeri (seksyen 3 Akta Air 1920).
Mengikut seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa (dan tanggungjawab?) untuk menyelenggara, antaranya, aliran air (yakni termasuklah sungai) yang terletak dalam kawasan bidang kuasanya. Ini termasuklah mengawal mudarat dan pembersihan aliran air (masing-masing seksyen 53 dan 54 Akta yang sama).
Sungai juga berada di bawah bidangkuasa Jabatan Pengairan dan Saliran berkaitan kerja saliran (Akta Kerja-kerja Saliran 1954) dan di bawah Jabatan Perikanan berkaitan kawalan perikanan darat (seksyen 38 Akta Perikanan 1985).
Di bawah peruntukan Bahagian VIII (merangkumi seksyen-seksyen 69 hingga 71) Akta Kerajaan Tempatan 1976, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang menyebabkan mudarat dan pencemaran mana-mana bahagian sungai yang terletak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan tersebut. Perkara ini akan dibincangkan pada penghujung kertas ini.

FUNGSI DAN MANFAAT SUNGAI

Apabila disebut sungai, komponen paling utama adalah airnya. Air sungai, mengikut kegunaannya semenjak turun temurun, adalah sebagai air minum, bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga haiwan dan tumbuhan (Al-Qur’an 8 :11, 50 : 9)(Abdul Aziz, 2000). Sebagai contoh, bekalan air untuk kegunaan air domestik dan industri di Malaysia adalah sebanyak 7.66 bilion liter sehari dalam tahun 1995, 11.6 bilion liter sehari pada tahun 2002, dan dijangka menjadi 20 bilion liter sehari pada tahun 2020 (JAS 1999). Selain daripada itu, air sungai juga digunakan untuk pertanian, seperti saliran air daripada sungai ke tali air (Akta Kawasan Pengairan 1953). Air sungai juga akan diguna sebagai sumber mengawal kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (Akta Perkhidmatan Bomba 1988).
Kita juga sudah maklum bahawa sungai, sejak sekian lama menjadi daya tarikan untuk manusia menghuni ditebingnya kerana ia digunakan sebagai laluan perjalanan, sumber makanan (ikan, siput, tumbuhan air dan lain-lain), hidroelektrik, dan lain-lain tujuan (Mertes, 2003).
Sungai juga dijadikan sebagai salah satu aktiviti pelancongan alam semulajadi (Serakaya & Sisidharan, 1999) seperti berkayak, berakit, memancing, mandi manda dan menyelam. Ia sebahagian daripada eko-pelancongan (Ashton & Ashton, 1993; Higgins, 1996). Sungai boleh dikatakan termasuk aset semulajadi pelancongan, seperti air dan hidupan airnya (Gunn, 1988). Sungai diletakkan dibawah kategori “pelancongan sungai” oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Md. Salleh, 1998) dan juga di peringkat sejagat (Opperman & Chan, 1999). Malah dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) dinyatakan sungai akan dijadikan sebagai salah satu tarikan untuk pelancong.
Di bawah seksyen-seksyen 46, 49 dan 353(2) Kanun Tanah Negara 1965, sungai adalah sempadan semulajadi tanah-tanah berimilik (dan jika sungai berubah, maka sempadan tanah turut berubah, yakni mengecilkan tanah berimilik tersebut).
Dengan demikian sungai menyumbang kepada banyak kegunaan. Namun dalam hal ini perlulah kita ingat bahawa ‘sic utere tuo ut alienum non laedas’, yakni jika pun kita menikmati (misalnya harta kita), janganlah pula sampai mendatangkan bahaya kepada orang lain. Daripada perspektif kerakusan penggunaan sungai hari ini, ungkapan ini ada kebenarannya.

Rujukan

Abdul Aziz Hussin. 2002 “River Maintenance and Rehabilitation of Sg. Tebrau and Sg. Segget – Legal Perspective”. Kertas Seminar Universiti Teknologi Malaysia & Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Johor Bharu, 30 Oktober 2002.
Abdul Aziz Hussin. 2000. Undang-Undang Berkaitan Dengan Air. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al Qur’an 8 : 11 & 50 : 9
Allen, W. 1992. “Increased Dangers to Caribbean Marine Ecosystems”. BioScience, 42(5), m.s. 330 – 335.
Andrews, W.A. 1972. Guide to Study of Environmental Pollution. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Ashton, R. & Ashton, P. 1993. An Introduction to Sustainable Tourism (Ecotourism) in Central America: Paves Pantera Ecotourism Program. Gainesville, FL: Wildlife Conservation International.
Berita Harian, 19 Mac 2000.
Boo, E. 1990. Ecotourism: The Potential and Pitfalls. Washington D.C, World Wildlife Fund.
Bos, E. & Bergkamp, G. 2001. “Water and the environment”. 2020 Focus 9 (Overcoming Water Scarcity and Quality Constraints), Brief 6 of 14. Oktober 2001. IFPRI. http://www.ifpri.org/2020/focu/focus09/focus09_06.htm., m.s.1
Department of Environment. 1999 Classification of Malaysia Rivers – Vol. 9. Penang River.
Dictionary of Current English. 1998. Oxford: Oxford University Press.
DOE-ASMA. 2000. Average of Year 2000 Water Quality Analysia.
Eisenberg, J.N.S., Bartram, J. & Hunter, P.R. 2001. “A public health perspective for establishing water-related guidelines and standards”, dlm. World Health Organization (WHO). Water Quality: Guidelines, Standards and Health. London: IWA Publishing.
Environmental Law Institute. 1997. “Enforceable State Mechanisms for the Control of Nonpoint Source Water Pollution”. United States of America: ELI Project No. #970300.
Falconer, R.A. & Lin, B. 2003. “Hydro-environmental model of riverine basin using dynamic rate and partitioning coefficients”. Int.J. River Basin Management. Vol.1, No.1 (2003), m.s.81-89.
GEC 2000. Water Quality Monitoring Report for Sg. Pinang River Basin – September 2000.
Gunn, C.A. 1988. Tourism Planning. 2nd. Edition, New York: Taylor & Francis.
Hierta, E. 1994. “Resuing the Reff”. National Parks, 68 (11-12), m.s. 32 – 37.
Higgins, B.R. 1996. “The global structure of the nature tourism   industry: Ecotourists, tour operators, and local businesses” .Journal of Travel Research, Fall  1996, Vol. Issue 2, m.s. 11.
http://www. enviromalaysia.com.
IUCN. 2000. “Vision For Water: A world strategy for conservation and sustainable management of water resources in the 21st. century”. London. 7 Februari 2000.
Ilustrated Dictionary of Essential Knowledge. 1995. London: Reader’s Digest Association Ltd.
Legal Information Institute. 2002. Environmental Law: An Overview. United States of  America: Cornell University.
Ioannides, D. 1994. “Planning for International Tourism in Less Developed Countries: Toward Sustainability?” Journal of Planning Literature, Feb. 95, Vol. 9, Issue 3. m.s. 235.
Kerajaan Malaysia. 1999. Laporan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK 8).
Klien, L. 1962. River Pollution 11, Causes and  Effects. London : William Clowes & Sons Ltd.
Kraemer, R.A., Choudhury, K. & Kampa, E. 2001. ”Protecting Water Resources: Pollution Prevention”. Secretariat of the International Conference on Freshwater --  Bonn, m.s. 2.
Lickorish, L.J. & Jenkins, C.L. 1997.  The Experience of the World Bank in the Legal, International and Financial Aspects of Regional Environmental Programs (Washington. D.C., World Bank).
Mathieson, A. & Wall, G. 1982. Tourism : Economic, Physical and Social Impacts. New York : Longman Group Ltd.
Md. Salleh Osman. 1998. “Industri Pelancongan Negara”. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Kertas bagi Kursus Peningkatan Pengusaha Chalet dan Budget Hotel. Kota Bharu, Kelantan.
Mertes, L.A.K. 2003. “Rivers”. Microsoft®Encarta.Online Encyclopedia 2003. http://encarta.msn.com., m.s.1-9.
Meybeck, M., Kuusisto, E., Makela, A. & Malkki,E. 1996. “Water Quality”. Water Quality Monitoring – A Practical Guide to the Design and Implementation of Freshwater Quality Studies and Monitoring Programmes. UNEP/WHO: Geneva. http://www.who.int/docstore/water_sanitation_health/wqmonitor/., m.s.4.
M.J. 1998. “Focus on Freshwater and the role of Industry”. United Nations Commission for Sustainable Development – Congresses. Environmental Policy & Law, June 98, Vol. 28. Issue 3 / 4, m.s. 116.
Norris, R. 1994. “Ectourism in the National Parks of Latin America” National Parks, 68 (2) : m.s. 33 – 37.
Opperman, M. & Chan, K.S. 1999. Tourism in Developing Countries. London: International Thomsan Business Press.
Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) 1980. “The Impact of Tourism on Environment”. Paris : OECD.
Scanlon, J. & Bergkamp, G. 2002. “Progress in Water Management at the Level of River Basins over the World”. International Mobilizing Projects. IUCN Water and Nature Initiative. International Network of Basin Organization (INBO). 20 Mac 2003: Shiga. WANI. http://www.waterandnature.org/., m.s.2
Serakaya, E. & Sisidharan, V. 1999. “Redefining Ecotourism: The Need for a Supply – Side View.” Journal of Travel Research. Nov. 99, Vol. 38. Issue 2, m.s.68.
Smith, A. 1990. Environmental Health Reference Book. London.
Smith, R.A. 1992. “Beach Resort Evolution Implications For Planning”. Annals of Tourism Research 19, 2 : m.s. 304 – 322.
Stein, J. (Ed.). 1980. The Random House Dictionary. New York : Random House Incorporated.
UNEP.Net. 2003. “Water and Ecosystems”.UNEP.Net © 2003. United Nation Development Programme.http://freshwater.unep.net/index.cfm?issue=water_ecosys. m.s.1.
Utusan Malaysia 6 Februari 2003.
Warner, E. 1991. “Ecotourism: New Hope for Rainforests?” American Forests, 97 (3-4) : m.s. 37 – 44.
World Health Organization (WHO). 2001. Water Quality: Guidelines, Standards and Health. Fewtrell, L. & Bartram, J. (Eds.). London: IWA Publishing.
Yee, C.Y. et.al. 2002. “Oh! My Sungai Pinang” .Kajian Kes untuk Kursus RMB 511. MSc (Project Management)(HBP,USM).  November 2002.
Zaini Ujang, 1992. “Penjagaan Alam Sekitar Perlu Pengawalan Bersepadu”. Utusan Malaysia, 3 November 1992.

Di atas adalah sebahagian daripada kandungan (yang diubahsuai) daripada artikel Abdul Aziz Hussin, Abdullah Mahmood & Abdul Rashid Abdul Aziz (2003) Ke Arah pengurusan Sungai yang Baik: kajian Kes Sungai Pinang. Journal of Humanities. 10: 101-120.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.