Sep 28, 2015

SUSTAINABILITY OF WATER SUPPLY SYSTEM



The issue with sustainable development became a subject of debate around 1970’s. It is a concept that was mainly allied within the interest of protecting the environment by Safeguarding natural resources and ecological system. The United Nations (1987) defined sustainable development as that development that meets the present generation without compromising the ability of the future generations to meet their own needs. In the same vein Sustainable water supply system has been define by different authors from different perspective, and almost all the definitions are relatively based on same factors such as financing, cost of operations and maintenance, external assistance and continued flow of benefits over a long period of time (Parry-Jones et al., 2001). Black (1998) posited that achieving sustainable water supply strongly defends on sources of fund for services delivery, the needs to make project self-sufficient, and cost sharing among users. In their own study Tadess et al. (2013) argued that the grasp of sustainability in water supply enthrals the realization of enduring beneficial services in urbanite water supply services. Accordingly adopting a dedicated concept as a framework is very crucial in order to paved ground for accomplishing sustainable water supply scheme. Ample researchers have either developed or adopted similar conceptual framework purposely to show-case the significance of sustainability in water supply system. Over the years this conceptualized framework has been shared by many other scholars since it has five key dimensions which are financial, technical, environmental, social, and organizational (Abrams, 1998). By this framework sustainable water supply is subject to changes over a long period of time since all the listed factors are collaborative and they also defend on one another. In addition all stakeholders must be willing to work together, stakeholders here includes communities, government, non-governmental organization (NGO) and most importantly private sector partners in form of partnerships (Harvey et al., 2002).

NOTE:
The above statements are abstracts of an article, Abdelnaser Omran, Abdullahi Nafiu Zadawa, Auwalu Sani Shehu & Abdul Aziz Hussin, APPLICATION OF PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIPS PROCUREMENT OPTION FOR SUSTAINABLE  DEVELOPMENT OF WATER SUPPLY PROJECT IN BAUCHI CITY METROPOLIS, NIGERIA, INTERNATIONAL JOURNAL of ACADEMIC RESEARCH Vol. 7. No. 2. Iss.1. March, 2015, pp. 218-226.

Sep 20, 2015

Run For Peace USM Induk

Bermula seawal jam 6 pagi, ahad 20 September 2015, kampus induk USM Pulau pinang telah mula sibuk...banyak kenderaan, terutama bas yang masuk...Dan bermula jam 7 pagi, acara RUN FOR PEACE pun bermula....


 Dua gambar di atas, Acara Perasmian Larian di Padang Minden.







Eh, yang seorang tu, naper pelik pulak? Dia jer berbaju kuning... Baru balik makan di Restoran Subaidah kampus...

Sep 17, 2015

Lawatan Kerja "National Blue Ocean Strategy" (NBOS) Ke Sarawak

Pada 14-16 September 2015, sekumpulan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan pesyarah-pesyarah UiTM, UKM, UNIMAS, Politeknik Kuching, USM telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah dan JPN Kuching.
Berikut rakaman aktiviti dan juga persekitaran Kuching yang berjerebu.














Sep 13, 2015

Lawatan Akademik Nagoya City University

Pada jumaat 11 September 2015, pihak Nagoya City University mengunjungi Pusat Pengajian Perumahan, Banguna Dan Perancangan, USM, Pulau Pinang, dan telah mengadakan perbincangan ke arah mewujudkan Perjanjian Kerjasama diantara dua institusi.




HEBAT SANGATKAH DIRIKU? HEBATKAH DIRIMU?



MUHASABAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI, DAN INGIN SAYA KONGSIKAN DENGAN SEMUA SAHABAT DIKASIHI

Sifat Ujub dan Senarionya
Ujub adalah sikap merasa kagum dan hebat yang luar biasa serta terpesona kepada diri sendiri, serta rasa hebat diri, dan kita memiliki kelebihan dan kehebatan melebihi orang lain tanpa bersandarkan bahawa semuanya itu adalah atas kurniaan Allah SWT. Dalam hal ini Imam al-Ghazali ada menyatakan bahawa, "Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang pada suatu kurniaan dan merasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah." Manakala Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada diri sendiri sehingga dia merasa bahawa dia lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding orang lain.
Dalam sebuah hadis, ada Rasulullah SAW menyebut, “Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada kejahatan), dan ujub (takjub pada diri sendiri).” (Hadis riwayat Abdur Razaq, Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Perasaan ujub boleh timbul dari dalam sendiri atau setelah dipuji dan dipuja oleh orang lain. Perasaan ujub boleh datang semasa kita berseorangan dan juga semasa berada bersama-sama orang lain. Misalan-misalan situasi yang boleh menwujudkan rasa ujud adalah seperti berikut:
Orang yang berpelajaran dengan pelbagai ijazah digengami, merasa kagum tentang kehebatannya.
Orang yang kerap menghulurkan sedekah dan derma, merasa kagum dengan sedekah dan dermanya.
Orang yang kerap melakukan ibadat berjemaah merasa kagum dengan ibadatnya.
Orang yang rupawan atau hensem, merasa kagum dengan rupa parasnya.
Orang yang kaya raya serta berjawatan tinggi, merasa kagum dan hebat dengan kekayaan dan jawatannya.
Imam Nawawi rahimahullah berkata, ”Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya".
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman, “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri” (Surah An-Nisaa' 4:36) |
Cara Menghilangkan Atau Mengubat Ujub
Diantara cara untuk menghilangkan atau menentang atau menghalang sifat dan penjelmaan ujud, adalah seperti berikut:
1.  Seperti diperingatkan oleh Allah SWT,
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).” (Surah An-Nisa’: 86)
2.  Istighfar (meminta ampun) dan taubat sebanyak-banyaknya kepada Alla SWT.
3.  Sentiasa bermuhasabah diri dan mengingati bahawa diri kita adalah kepunyaan Allah SWT dan kepada-Nya kita akan kembali.
Dalam memuhasabah diri, cuba kita renungi apa yang diluahkan oleh Muthrif rahimahullah: “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Abu Ubaidah al-Jarrah (sahabat Rasulullah SAW) telah mengimami sautu solat berjemaah. Sebaik sahaja beliau selesai solat, beliau segera berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Sep 7, 2015

Dato' Arifin Said Kembali Ke Rahmatullah

Dato' Arifin Said (yang lebih selesa dipanggin "Abe Fin") adalah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan pada akhir 1970an, yang sebelum itu adalah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang pertama, dan sebelum itu lagi adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Sekitar tahun 1990an beliau menjawat jawatan Pengerusi KESEDAR. Saya berpengalaman berkhidmat di bawah beliau semasa saya menjadi Pegawai Undang-undang KESEDAR. Beliau seorang yang tegas, dan begitu juga saya. Pada peringkat permulaan, beliau "kurang meminati" saya. Namun setelah bersemuka dan mengenali hati budi dan prinsip masing-masing, kami menjadi pasangan yang akrab. Banyak kali juga beliau meluahkan kisah dan perkara peribadinya kepada saya, dan ada beberapa kali beliau "secara tidak langsung, menyelamatkan saya daripada perangkap tertentu". Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Syarikat Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) dimana saya menjawat jawatan Penasihat Undang-undangnya.
Saya kerap juga menyediakan Kertas Lembaga Pengarah KPSB dan Lembaga KESEDAR. Kerap saya diberitahu, apabila beliau meyemak kertas-kertas Lembaga dan Lembaga Pengarah, beliau secara spontan akan berkata, "Hah, yang ini mesti Aziz yang buat..." dan ada juga beliau berkata, "Aziz ni banyak jugak buat kertas Lembaga"
Setelah saya meninggalkan KESEDAR awal tahun 1999, hubungan kami telah terputus (tanpa disedari).
Pada 22 Ogos 2015, beberapa sahabat lama mengirimkan gambar mereka menziarahi Dato' Arifin yang uzur, di Hospital. Disusuli pula lawatan para sahabat pada 29 Ogos 2015 di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ), Kota Bharu.



Sekitar jam 4.30 pagi, 4 September 2015 (jumaat), Dato' Arifin menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ), Kota Bharu...
Jenazah beliau dikebumikan selepas solat jumaat, di Perkuburan Kubur Lada, Wakaf Bharu, Kelantan.





Saya memaafkan dan menghalalkan Dato', atas segalanya. Terima kasih atas segala bantuan, tunjuk ajar dan tindakan Dato' yang menyokong saya. Semoga Allah memberkati usaha murni Dato'...dan Dato' ditempatkan bersama-sama orang-orang yang diredho'i Allah SWT....

Sep 4, 2015

Pelajar Sarjana Mula Mendaftar

Hari ini, seramai 33 pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek mula mendaftar di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Kampus Induk USM, Pulau Pinang. Berikut rakaman lensa sesi taklimat oleh Dr Ernawati dengan para pelajar tersebut. Nota: Beberapa orang lagi pelajar baru akan menyusul.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENIMBA ILMU DALAM "MAJLIS ILMU." SEMOGA ANDA MENDAPAT "ILMU YANG BERMANFAAT."