Sep 30, 2012

Pulut Berkelapa+Ikan Goreng

Biasa tak makan nasi pulut yang digaulkan dengan kelapa, dengan ikan goreng dan ikan kering goreng?
Ia makanan kegemaran kebanyakan penduduk Selatan Thailand dan juga negeri-negeri di pantai timur, terutama Kelantan. Pernah juga saya terjumpa makanan ni dijual di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Emmm...., tetapi hampir semua penjualnya adalah sama ada orang Thailand atau orang Kelantan, dan para pemakannya pun saya agak berasal atau pernak lama bertugas dari tempat yang sama, he he he...
Nak tau cara menyediakannya?
Pulut ditanak atau dikukus
Ikan basah tu pula yang sesuai adalah ikan kembung. Selepas dibersihkan, ikan tadi disapukan dengan garam yang dicampur kunyit dan sedikit serbuk perasa. Kemudian digoreng separuh rangup. Selepas dikeluarkan dari kuali, terus pula menggoreng ikan kering (seeloknya ikan tamban atau cencaru) dengan menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan basah tadi.
Kalau nak tambah lauk dengan daging bakar/goreng atau hati lembu bakar/goreng pun, boleh ajer...
Pulut tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam pinggan. Taburkan kelapa parut putih dan gaulkan (sebelum atau semasa nak makan).
Dannnn...., tunggu apa lagi????


Sotong Tumis



Bahan-bahan
Sotong bersaiz sedang sebanyak setengah kilogram (dibersihkan dan dipotong/tak payah potong)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sm halia
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak
1 sudu kecil air asam jawa
Sebiji bawang besar (dihiris kasar)
Sebiji tomato (dipotong empat)

Cara-cara
Kisar lumat bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering. Kemudian tumis sampai wangi. Masukkan pula sotong yang telah dibersihkan dan dipotong. Masukkan garam, gula dan air asam jawa, dan sedikit air. Masukkan hirisan bawang besar dan potongan buah tomato. Biarkan mendidih sekejap, dan angkat. 





Demi Sesuap Makanan...

Gambar-gambar di bawah ini saya rakam pada sekitar jam 6.30 pagi 29 September 2012 di salah satu jalan utama (yang pada waktu siang agak sibuk), di dalam kawasan perbandaran George Town, Pulau Pinang. Pada awal pagi, kawasan ini sibuk dengan para pemakan pagi (di restoran-restoran 24 jam, kedai serbanika 24 jam), si pelibur larut malam, kupu-kupu malam dan kupu-kupu dua-alam malam.....Namun di celah-celah "kekalutan" sedemikian, terselit sekelompok si pencari makan (termasuk pencari rezeki) tanpa kediaman, yang "mendiami" dengan tenang di atas beca mereka untuk melelapkan mata dan merehatkan badan.... Demi kelangsungan hidup....



Terdetik di hati saya...BAGAIMANAKAH CARA SAYA/KITA DAPAT MEMBANTU/MENOLONG MEREKA (beberapa golongan yang saya nyatakan di atas) KE ARAH DESTINASI YANG POSITIF? Kita tau, mereka memerlukan pertolongan kita...Seperti diungkapkan Kumpulan SEARCH, ianya seperti "Meniti Titian Usang"...

video

Namun, seperti pesan Herman Tino dalam lagunya, "Derma Bukan Tontonan", jika kita menghulurkan derma/bantuan dalam hal seperti di atas, nampaknya tak sesuailah diheboh-hebohkan...atau, dipamer-pamerkan....

video

Sep 29, 2012

Watak Penunggang Motosikal

Menurut perangkaan (kini disebut "statistik") kemalangan jalanraya yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan macam-macam pihak lagi, kemalangan melibatkan motosikal adalah yang tertinggi berbanding dengan kategori pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

Nak tau kenapa?
DIANTARANYA, CUBA LIHAT WATAK-WATAK PENUNGANG-PENUNGGANG BERIKUT (yang saya rakam diantara jam 7.40-7.50 pagi, 29 September 2012, di persimpangan Jalan Batu Uban/Jalan Sungai Dua/Lebuhraya Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang)...


video

video

Hujan

Musim sekarang ni kerap juga hujan. Semasa saya dalam beberapa perjalanan kebelakangan ini pun saya kerap memandu dalam hujan, yang kadangkala amat lebat dan disertai pula ribut. Begitulah menempuh kehidupan, demi mencari rezeki... Apapun, memandu dalam hujan ini memerlukan kita berawas-awas yang tinggi, dan tidak memandu laju, kerana selain daripada jarak penglihatan yang terhad, lopak dan lubang di jalan juga sukar diramal, dan ditambah pula kemungkinan halangan di jalan yang sukar diduga seperti dahan dan pokok tumbang, atau bongkah batu daripada tebing atau lereng jalan yang jatuh ke atas jalan.
Ada orang yang menyukai hujan (termasuk kanak-kanak, untuk bermain hujan, he he he..), tetapi ada juga makhluk manusia dan lain-lain (termasuk kambing, he he he..) yang tak suka hujan. Apapun hujan mempunyai hikmah dan rahmatnya yang tersendiri, kan? Jadi kurang tepat apabila kita mengaitkan hujan dengan, "cuaca buruk", kan?
Pada tengah hari 27 September 2012, selepas sahaja saya dan seorang sahabat meredah hujan kerana nak makan cucur udang, sahabat saya tersebut berkata, "Masa meredah hujan ni, teringat pula lagu Kopratasa, Masihkah kau ingat...". Maka di sini disertakan lagu tersebut...

video

Terdapat juga beberapa lagu lain yang berkaitan "hujan", termasuklah lagu Sudirman, "Hujan"...

video

NOTIS: Kesilapan? ATAU, Kesalahan?

Sila perhatikan betul-betul NOTIS berikut yang ditampalkan di dalam satu lif sebuah hotel... Perasan tak, terdapat beberapa kesilapan dan/atau kesalahan (secara nyata atau tersirat)?:



Sep 28, 2012

Alor Setar

Ini adalah beberapa gambar sekitar Bandar Aloq Setaq .. ops, Alor Setar.. he he..yang saya ambil pada 26 September 2012:
Sejarah ringkasnya...
 Wednesday Town???? Pekan Rabu la wey....
 Beberapa bangunannya...



Sep 21, 2012

Mengerjakan Ibadat Haji

Pada hari artikel ini ditulis, sudah semakin ramai sekarang ini para bakal haji menyusur ke Tanah Suci untuk menunaikan Ibadat Haji tahun 1433. Semoga mereka semua dipermudahkanAllah swt dalam segala urusan di sana dan mendapat haji yang mabrur.

Dalam tahun 1992, saya dan isteri diizinkan Allah swt untuk menunaikan Rukun Islam yang Ke-5...


Berikut adalah beberapa peristiwa semasa kami di sana yang boleh dijadikan cerita pengalaman, dan juga iktibar kita bersama:
Pertama, pada suatu pagi, saya memberitahu sahabat serumah dan isteri bahawa hari tersebut saya akan pergi awal ke Mesjidil Haram, sebab nak menyusur berziarah beberapa kawasan di sekitar dan di dalamnya. Saya mula perjalanan ke arah Masjidil Haram sekitar jam 9 pagi... Sekeliling masih bellum ramai jemaah haji yang menuju ke ssana. apabila saya sampai sekitar 100 meter daripada salah satu pintu utama Masjidil haram, saya terperasan seorang pengawal masjid tersebut sedang asyik memerhatikan saya, dan apabila saya mula melangkah anak-anak tangga untuk memasuki masjid, dia terus menyapa saya dengan agak lembut suara dan dengan senyum, sambil bertanya saya, "Malayzia? Malayzia?". Saya menganggukkan kepada dan menjawab dalam Bahasa Malaysia, "Ya". Dia terus memanggil melambai saya supaya datang kepadanya, dan apabila saya tiba berhampirannya, dia terus memberikan roti (sedap juga), air teh yang masih panas, dan dia mula bercakap dengan saya agak rancak, tetapi dalam bahasa arab, yang saya tak faham. Saya cuba menjawab dalam bahasa inggeris mudah, tetapi dia pula tak faham. Akhirnya, saya pun bercakap dalam bahasa Malaysia... dan kedua-dua kami tak faham..tapi masing-masing gelak, masing-masing menunjuk sana menunjuk sini, bercakap dan makan minum... Dalam hati saya berkata, "Elok la tu, aku cakap bahasa ayam, kamu cakap bahasa itik...". Seronok sangat atas layanan baiknya...Dan lepas itu saya memohon beredar dan mengucapkan "Terima kasih""syukran""Thank you".. dan kami berslam dan berpeluk...dan saling melambai tangan....
Kedua, pada satu pagi, semasa saya selesai solat subuh di Masjidil Haram, saya mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar Kaabah, dan semasa saya merenung Kaabah, saya terlintas di fikiran. "Kalau lah aku dapat tahu lebih mendalam mengenai Kaabah, lagi lah bagus untuk keteguhan aku kepada kepercayaan betapa pentingnya Rukun Islam ke-5 ini..". Memang saya sudah membuat sedikit penyelidikan tentang Kaabah dan Masjidil Haram sebelum datang menunaikan ibadat haji ini, dan membeli setiap hari akhbar Saudi berbahasa Inggeris, dan membaca artikel-artikel tentang Kaabah dan Masjidil Haram. Kemudian saya memohon doa semoga saya mendapat banyak lagi maklumat tentang Kaabah dan Masjidil Haram, sambil saya meronda-ronda tu...dan...tup tup, semasa saya keluar melalui salah satu pintu Masjidil Haram, saya terlihat di seberang jalan, satu papan tanda, "Book Store"!!! Lantas saya ke sana dan saya perolehi 2 buku dalam Bahasa Inggeris tentang Kaabah dan Masjidil Haram. Alhamdulillah....  Dua buku tersebut, bersama keratan akhbar, gambar yang saya ambil, dan beberapa kutipan daripada beberapa sumber lain telah saya gunakan untuk menghasilkan sebuah buku berjodol "Suatu Tempat Bernama Kaabah", dan ia diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketiga, semasa kami sekumpulan jemaah dalam perjalanan untuk ke Mudzalifah, salah seorang jemaah Malaysia berkata, "Bas ni tak per ker, tak rosak ker?". Saya pun tak tau kenapa dia bertanya soalan tersebut, dan saya sempat mendengar salah seoarang jemaah lain ada menegur jemaah haji tadi, lebih kurang, "Oih, jangan celupar la wey...". Nak dijadikan cerita,sekitar setengah jam selepas memulakan perjalanan, memang bas berkenaan rosak!!!! Kami semua saling pandangan memandang, dan kami pakat-pakat berdoa semoga bas berkenaan dapat dibaiki segera. Pemandu bas segera membaiki sana-sini pada enjinnya, dan sekejap kemudian, memang bas berkenaan dapat digunakan kembali. Alhamdulillah... Jadi, pesan saya kepada para jemaah semasa di Mekah atau Medinah, "JANGAN CELUPAR" la yer.
Keempat, semasa baru tiba di Mina, saya terasa amat memerlukan untuk membuang air kecil. Maklum la berada lama di atas bas. Saya menuju ke arah satu tempat yang saya agak adalah sebuah tandas awam, tetapi didapati ianya bukan tandas. Beberapa jemaah haji (bukan daripada Malaysia) semacam bertanya saya, apa yang saya cari, tetapi dalam bahasa arab yang saya tidak faham. Saya pula tak tahu apa perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud "tandas". Tiba-tiba Allah memberikan saya idea spontan, iaitu perkataan "khubus", yang terdapat dalam doa kita untuk masuk tandas. Apabila saya menyenut, "khubus" beberapa orang jemaah tadi segera menuding jari dan tangan ke arah satu tempat, dan saya segera ke sana, dan memang betul, itu adalah tandas. Apabila selesai menunaikan hajat, saya pun keluar, dan ditakdirkan seorang wakil syarikat jemaah haji yang menguruskan kami berada di situ, yang katanya, memang sedang mencari/menunggu saya untuk dibawa ke khemah kami. Alhamdulillah kerana Allah swt mempermudahkan perjalanan dan urusan saya...
Kelima, semasa saya di Medinah, saya bercadang membeli minyak wangi, yang saya beritahu sahabat serumah, "Saya nak cari yang mahal sedikit...". Maka saya pun turun ke kawasan perniagaan berhampiran pangsapuri yang kami tinggal, dan saya terjumpa minyak wanigi yang harum baunya, dan saya meminatinya, dan harganya sebotol kecil, setelah dirunding harganya, menjadi 20 rial sebotol. Setelah membayar, dan membawanya ke penginapan, dan memberitahu sahabat, dan menunjukkan minyak wangi tadi, dia cuma tersenyum, dan bila saya tanya, "Kenapa?", dia menjawab, "Saya juga beli 2 botol jenis ni pagi kelmarin, harganya 15 rial sebotol...",. Kami tergelak, dan saya terfikir, "Yer la, aku nak beli yang mahal..., kan?"
Keenam, semasa saya di Madinah juga, saya turun membeli bahan makanan, dan saya melihat telor ayam yang dimasukkan ke dalam pembungkus plastik sebanyak 3 biji setiap bungkus. Saya bertanya harganya, dan penjual di lorong tersebut menjawab dengan isyarat tangan, "1 rial" sebungkus. Saya mengambil 3 bungkus dan menghulurkan 3 rial, tetapi penjual tersebut menolak,sambil berkata, "la, la, la", dan tetap menyatakan 1 rial. Lalu saya ambil 1 bungkus, dan membayar 1 rial, dan dia menerimanya. kemudian saya ambil sebungkus lagi, dan membayar pula 1 rial lagi, dan penjual menerimanya. Kemudian saya ambil sebungkus lagi dan membayar 1 rial lagi, dan penjual berkenaan menerimanya juga. Kemudian saya berkata, "Halal", dan dia menjawab, "Halal", he he he he.... Sehingga kini kejadian tersebut menjadi tandatanya kepada saya dan sahabat-sahabat saya. Kenapa yer?
Ketujuh, semasa kami beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam, imigresen dan pihak berkuasa yang lain, terdapat seorang lelaki jemaah haji Malaysia yang beratur (berdiri) di hadapan saya. Dia membawa banyak barangan, yang melebihi barangan yang dikecualikan daripada dikenakan bayaran. Dengan ertikata lain, dia perlu membayar tambahan bagi barangan yang dibawanya. Saya menyaksikan dengan selamba dia membisikkan sesuatu ke telinga kakitangan yang menimbang barangannya, dan memberikan sejumlah wang (yang satu masa selepas itu dia memberitahu saya, "Tiga puluh rial"), yang kemudianya diterima dengan selamba oleh kakitangan berkaitan, dan semasa kakitangan berkaitan menimbang barangan jemaah tadi, saya melihat hujung kakinya mengangkat bahagian bawah alat penimbang (yakni agar berat barang tersebut berkurangan), dan dengan itu barangan jemaah tadi pun terlepas daripada dikenakan bayaran tambahan...

KEMALANGAN MAUT...

Berikut adalah satu kemalangan maut melibatkan seekor kera yang melintas jalan. Gambar ini saya ambil pada sekitar jam 10.30 pagi, 28 September 2012 di jalan ke Kompleks Sekolah-sekolah di Bandar Baru Gua Musang, Kelantan. Semasa saya tiba, saya dapati darah masih belum beku, dan masih mengalir merah...menunjukkan kera tersebut baru sahaja dilanggar dan mati... Saya percaya kera ini dilanggar semasa ia sedang melintas jalan dari arah kiri ke arah kanan jalan, dimana di sebelah kanan jalan adalah hutan getah yang bersambung dengan hutan simpan, manakala di sebelah kiri adalah satu kawasan yang direzabkan untuk perkuburan. Mungkin dia sedang dalam perjalanan mencari makanan di hutan berkenaan. Kawasan jalan tersebut terpampang had laju 30 km/j (dan terletak berhampiran kompleks sekolah-sekolah).





Sep 14, 2012

Ulasan buku: PANDUAN UMUM UNDANG-UNDANG JENAYAH EDISI KE-2

Dalam Majalah Dewan Masyarakat Ogos 2012, terdapat ulasan berkaitan salah satu buku-buku saya, iaitu PANDUAN UMUM UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA (edisi Ke-2). Buku ini  (Edisi Pertama) pertama kali dicetak oleh DBP dalam tahun 1988. Sebahagian besar isinya adalah koleksi nota kuliah saya semasa saya mengajar (secara sambilan) Undang-undang Jenayah untuk pelajar Akademik Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan, pada tahun 1984.




Gambar kulit bagi Edisi Pertama adalah seperti berikut:

Sep 13, 2012

Jamuan Raya PBP

Pada tengahari 12 September 2012 (25 Syawal 1433), pihak Kelab Kakitangan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (PBP), USM, dengan kerjasma Pusat Pengajian PBP mengadakan jamuan hari raya. Mungkin jamuan tu sendiri tak ler sepenting mana pun (ops, silap... penting la juga, kan? he he he..). Namun yang lebih penting adalah aktiviti meraikan dan bertemu sesama staf PBP yang melibatkan staf/penjawat akademik, pentadbiran dan teknikal. Lihat la kemesraan kami...Kan ini petanda dan semangat yang positif dalam menjayakan tugas....





video





Sep 12, 2012

Permainan Bola antarabangsa: SATU GAWANG, 2 PENJAGA GOL

Pernah tak anda menonton, SATU GAWANG GOL yang DIKAWAL 2 PENJAGA GOL? Malah, ia adalah permainan bola antarabangsa, tau. Maksud saya, para pemainnya ada yang dari Malaysia, Arab, Afrika...
Lihat gambar dan video berikut, yang saya rakam pada 9 September 2012... Betul, kan?
 Lihat, ada 2 penjada gol!!!!
 Yang peliknya, apabila masa permainan, mereka kurang minat pula untuk menjaringkan gol...he he... Mereka kesian kepada para penjaga gol, kuit...
video



Sep 11, 2012

Jambatan: Pelbagai Perspektif

"JAMBATAN" ertinya, termasuklah suatu objek (yang boleh disentuh) atau perkara maya (virtual), yang kegunaannya, atau tujuannya, menghubungkan, atau, menyambungkan sekurang-kurangnya dua tempat atau kedudukan, yang nyata, atau, maya. Itu takrif yang diberikan oleh...errrrr...saya sendiri, he he he...

Kita akan temui jambatan yang merentasi sungai, selat, atau tasik
Terdapat juga jambatan di dalam kilang yang menghubungkan diantara jentera atau tempat dengan jentera atau tempat lain
Ada juga "jambatan timbang" (disebut juga, "jambatimbang"), iaitu sesebuah kenderaan yang membawa muatan akan melalui di atas jambatan tersebut, ditimbang beratnya, dan kenderaan tadi akan meneruskan perjalanannya.
Ada pula "jambatan kasih", "jambatan persaudaraan", "jambatan persahabatan", dan seumpamanya.
Malah di akhirat pun terdapat jambatan utama yang setiap kita mesti melaluinya, iaitu "Jambatan Sirotolmustaqem".
Jambatan, atas dasar utama kegunaannya, perlulah kukuh, baik dan bolehguna. Jambatan yang rosak tentunya membahayakan (ikatan kasih,ikatan kekeluargaan/persaudaraan, jambatan agama, untuk menyeberang...). Namun, dalam setengah kes, jambatan itu sendiri boleh menwujudkan "bahaya tersembunyi". Malah semasa pembinaan pun, jambatan tersebut boleh runtuh (sama ada membina jambatan kasih, jambatan sebenar, jambatan persahabatan, jambatan kekeluargaan, dan seumpamanya)
Cuba lihat jambatan buluh berikut (yang amat cantik lukisannya), yang saya perolehi daripada satu laman sesawang...

Namun, jambatan (jambatan persahabatan, persaudaraan, agama, penghubung dll.) juga boleh runtuh jika tidak dijaga, dipupuk, atau, ia juga rosak jika sengaja dimusnahkan atau dibiarkan musnah.... Maka berakhirlah fungsi sebuah jambatan...


Cuba kita hayati lagu SEARCH, berjodol "Meniti Titian Usang" ini...

video

Sep 10, 2012

Keselamatan Jalan Raya: Sokongan Keselamatan

Mulai 1 September 2012, kerajan telah menguatkuasakan piawaian peralatan-peralatan berikut:
1. Tayar
2. Topi Keledar
Kita sebagai pengguna, patutlah menyemak tayar dan topi keledar yang kita beli/gunakan


Sep 8, 2012

"Mamak, Tosey Telor, Satu...."

Pagi ni, sabtu 8 September 2012 (21 Syawal 1433)(Hari Raya Puasa 6 saya, Alhamdulillah..), sekitar jam 7.30, saya tiba ke Restoran Subaidah, Kampus Induk USM.... Emmmm, walaupun saya tiba "agak lewat", jam 7.30, tetapi nampaknya saya adalah pelanggan pertama mereka (restoran ini mungkin merupakan satu-satunya restoran nasi kandar di dunia yang tidak beroperasi 24 jam, tetapi cuma bermula jam 7 pagi-7 petang sahaja, he he he...). Saya terus menempah, "Teh tarik halia kurang manis, satu...", dan kemudiannya, "Tosey telor, satu"... Sekejap jer saya menunggu, dan..., "Siap, boss". Setelah membayar harga kedua-duanya (cuma RM2.20 sahaja, tau), saya duduk hendak memulakan makan, dan barulah sekumpulan aci minaci (pasukan pembersih kampus) datang. Mereka, dan setiap orang, menyapa saya, atau senyummm..dan saya membalas... Kami dah kenal lama, dan kerap bersua di restoran tersebut. Kemudian baru la sekumpulan 4 wanita Melayu datang. Eh, hari ni, saya seorang sahaja ker "spesis hampir pupus" ("lelaki" la tu..) yang makan kat sini..... Kemudian, baru la pula seorang lelaki datang..terjenguk..jenguk...(mungkin kali pertama la kuit datang ke restoran tu)....

Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan tak datang ke restoran ini, saya dapat lagi berkunjung semula ke sini, dan dapat lagi menikmati makanan kegemaran saya, masih lagi dapat berbelanja (ada rezeki yang Allah berikan), dan masih lagi dikurniakan kesihatan yang memampukan saya makan...Tetapi, SAYA AMAT PASTI, SUATU HARI NANTI, SAYA TAK AKAN LAGI BERADA DALAM SITUASI TERSEBUT, UNTUK SELAMA-LAMANYA...



Sep 6, 2012

Demi Masa Depan...

Dari tempoh mulai 1 September 2012 sehingga 7 September 2012, kebanyakan universiti awam di Malaysia menyambut pelajar-pelajar baru mereka...
Di bawah ini gambar sekumpulan kecil pelajar baru yang menjalani aktiviti Minggu Orientasi/Suai-kenal mereka di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, Pulau Pinang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pelajar saya apabila tiba di tahun 2 dan tahun 3 serta menyambung ijazah sarjana kelak, yang mengambil beberapa kursus undang-undang yang berkaitan.


PESAN SAYA KEPADA PARA PELAJAR BARU:
Tempuhilah alam dan tempuh pembelajaran semasa di IPT ini dengan tekun, sabar, tenang dan penuh disiplin;
Ingatlah, bahawa selain daripada membawa amanah diri sendiri, kita juga membawa amanah keluarga (yang sebahagian besarnya datang bersama kita semasa mendaftar diri, yang tersenyum riang dan memberitahu kawan dan saudara mara, "Anak kami dapat masuk IPT...", yang banyak menghabiskan masa, harta dan ikhtiar demi mempastkan kejayaan kita). Kita juga menjadi "ikon" kepada adik-adik, dan sanak saudara yang "junior" daripada kita;
Ingatlah, kita datang menuntut ilmu dan pengalaman, yang bukan sahaja berbentuk kuliah, tugasan, tesis, tutorial, lawatan sambil belajar, dan seumpamanya, tetapi alam pembelajaran, persekitaran tempat tinggal, rakan-taulan, dan segalanya juga adalah "guru" kita--bersedialah memilih dan mencerakin yang baik-baik sahaja, dan jangan sekali-kali terpemgaruh dengan segala elemen jahat, kabur, seleweng, putar-alam, dan apa jua aktiviti yang merugikan (wang, masa, tenaga, usaha, umur, masa depan);
Dengar dan ikutlah nasihat guru (yang namanya "pensyarah", "profesor", "pegawai pentadbiran", "dekan". dan seumpamnya); dan
Pesan-pesankan pada diri sendiri, "Walau sesibuk manapun kuliah, tugasan dan seumpamnya, aku tak akan tinggalkan solat, tak akan terlupa untuk berdoa bagi kebaikan, dan aku akan tetap bersabar dan berikhtiar mendapat yang terbaik":.

BERIKUT INI KOMBINASI "RAKAMAN PERISTIWA" SEMASA SAYA BERGELAR "PELAJAR" DI BEBERAPA INSTITUSI PENGAJIAN, SEBAGAI IKTIBAR DAN PANDUAN KITA...
1. Saya pernah berjalan kaki dalam sinaran terik matahari, dari tempat kediaman di luar, di tepi kampus untuk ke kuliah, yang memakan masa sekitar 2 jam berputar-putar di dalam kawasan kampus,  hanya kerana tersesat jalan....Longlai sangat, dan runtuh semangat saya pada masa itu. Sesampai di tempat belajar, saya meneguk air mentah di pili sepuas-puasnya, akibat amat dahaga... Nasib baik, walaupun kuliah telah pun berjalan, saya masih diizinkan masuk, dan pensyarah berkaitan cuma melihat sahaja ke arah saya, tanpa berkata apa-apa....dan meneruskan kuliah seperti biasa.
2. Semasa minggu orientasi, kami diberikan makanan percuma. Pada suatu pagi, kami diberikan mihun goreng dan teh "o". Semasa makan, saya dapati terdapat seketul lauk, yang saya cubit-cubit sambil memakannya, yang saya dapati, dan baru perasan, ianya adalah sebiji hempedal ayam yang belum dibelah!!!!! uweeekkk... Tapi saya cuma berdiam diri, dengan sayuuu hati...
3.Semasa saya berjalan bersama 3 kawan untuk ke kuliah, seorang lelaki (saya percaya ianya pegawai IPT tersebut) menumpangkan kami. Alhamdulillah..bersyukur sangat kerana ada orang yang prihatin, kerana pada masa itu hujan turun renyai-renyai. Bila sampai ke destinasi, sekitar 1 kilometer, kami turun, dan saya orang yang terakhir turun, dan dammm...agak kuat saya menutup pintu penumpang belakang kereta tersebut. Saya tak sengaja sebenarnya kerana masa tu hujan dan bahagian luar kereta tersebut licin, dan... "Oiii!!! Jahanam kereta aku!!!! Tak ada adab!!!". Itu ungkap pemandu tersebut dalam nada herdikan yang amat kuat. Saya cuma mampu memohon maaf kepadanya dalam kegugupan, dan berkata, "Maaf, saya tak sengaja". Dia berlalu dengan menekan minyak agak kuat. Kami berempat terpinga-pinga. Walhal keretanya bukan "kereta baru" dan bukan "kereta mahal". Selepas peristiwa tersebut, saya amat takut untuk menumpang kereta orang...
4. Selepas selesai mandi dan berwuduk awal pagi di tandas yang terletak di hujung bangunan, saya berjalan pulang ke bilik asrama, dan...membuka pintu...tapi tersilap masuk bilik orang lain! Maklum la, bilik-bilik asrama adalah seragam. Penghuni bilik itu segera bertanya, "Nak cari siapa?", dan saya secara spontan menjawab, "Man pergi mana? "Oh, Man pi tandas". "OK, saya balik dulu...", he he he....
5. Saya ni dahulu berbadan kecil, dan sangat kurus... Ada seorang pelajar lelaki yang kerap membuli saya, tetapi saya tak pernah melawan pun, dan cuma berdiam diri... Jika dia suruh saya membasuh pakaiannya, saya basuh, dengan niat membantunya. Setelah sekian lama, dia tidak lagi membuli saya, dan pada suatu hari setelah kami tamat bercuti (dan pulang ke kampung), dia berjumpa saya, dan menyerahkan sehelai baju putih, seraya berkata, "Nah Aziz, ni baju, aku sedekahkan kepada mu". Saya cuma menjawab, "Terima kasih", sambil mengambilnya dengan seronok, walaupun itu bukanlah "baju yang baru", tetapi "masih baru". Saya memakai baju tersebut untuk sekian lama, sehinggalah ianya "tak sesuai dipakai" lagi kerana sangat lusuh dan koyak....
6. Semasa saya pulang daripada satu Projek Anak Angkat di Perlis, dengan bas IPT berkenaan (semasa cuti semester), saya terus ke asrama, kerana masa tu masih awal pagi, dan keretapi untuk saya pulang ke kampung akan bertolak pada sebelah malam. Jadi, oleh kerana saya tak ada tempat menumpang berteduh pada siang hari tu (kunci bilik mesti dipulangkan sebelum tamat semester), saya berjumpa Ketua asrama tersebut meminta izin menggunakan bilik asrama sekejap. Dia menengking saya dan menyatakan "Tak boleh!!", sambil hidungnya ditutup dengan tangan, sebab saya berdiri agak dekat dengannya..Mungkin bau badan saya yang "kurang enak", sebab maklum la, seharian semalaman di dalam keretapi... Setelah merayu dan memberikan sebab, akhirnya dia "melontarkan" saya kunci bilik asrama, dan beritahu, "Lepas guna, letak bawah pintu bilik saya". Saya tunduk mengambilnya dengan airmata sedikit menitis, sebab rasa terhina sangat diperlakukan sedemikian, tetapi tetap berkata, "Terima kasih, tuan..".
7. Di satu IPT yang lain pula, pada hari saya hendak mendaftar tempat tinggal, diberitahu bahawa asrama sudah penuh. Bayangkan, kat mana saya nak tinggal???? Saya terus berjumpa "Penggawa" asrama (yang juga salah seorang pensyarah saya), dan meminta bantuannya. Dia segera menyiasat, dan saya diberikan sementara satu bilik asrama... Alhamdulillah.... Beberapa hari kemudian, tiba-tiba dia terjenguk di hadapan bilik asrama saya, dan berkata,."Aziz, macam mana, boleh ker, sesuai ker? Maaf la, kalau kurang OK, sebab tak ada bilik lain". Saya cuma tergelak, dan berkata, "Alhamdulillah, Dr., semua OK. Ni pun dah amat bagus, terima kasih". Saya tinggal di bilik asrama tersebut sekitar  2 bulan, sebelum saya mendapat tempat tinggal yang lain. Semasa saya menulis ini, dia sekarang memegang jawatan NAIB CANSELOR IPT tersebut. Semoga Allah memberikan segala kebaikan kepada beliau. Beliau ini salah seorang pensyarah yang saya kagumi, yang bukan sahaja kerana ketinggian ilmunya, tetapi sifat prihatin, suka membantu, rajin, dan...suka tersenyum....dan gelak....

Macam-macam lagi kisah suka-duka semasa saya begelar pelajar...

Apapun, PESAN SAYA KEPADA DIRI SAYA SENDIRI, PARA PENSYARAH DAN PENTADBIR IPT:
1. Bantulah pelajar. Mereka amat memerlukan sokongan kita. Kita pengganti ibubapa mereka. Mereka "menyerah diri" kepada kita, demi mencari ilmu.
2. Jangan buli, tengking dan hina mereka. Mereka perlu dianggap sebagai anak kita. Jangan ungkap perkataan yang keji terhadap mereka, seperti mengumpamakan mereka dengan makhluk lain, kayu, batu, dan mengatakan mereka, "bodoh". Ya la, kalau mereka dah bijak pandai, tentu la mereka tak menjadi "pelajar", tetapi mungkin menjadi "guru" kita pula, kan? Mereka perlukan kita dalam berkongsi ilmu.
3. Jangan "ambil kesempatan" terhadap mereka dalam pelbagai cara, sama ada secara yang nyata atau tersembunyi...
4. Cuba "jenguk" lah juga kebajikan mereka. Mungkin kita dapat menambah "sumbangan bermakna" kepada mereka: walaupun, mungkin dalam bentuk memberikan nasihat, atau teguran yang membina...

NOTA:
Ini gambar saya dalam bentuk lukisan, yang dihadiahkan oleh bapa kepada seorang pelajar saya. Cerita ini berlaku dalam tahun 2003: Setelah menamatkan pengajian, pelajar tersebut telah menelefon saya meminta pinjam sekeping gambar foto saya, kerana katanya bapanya (seorang artis lukisan Cina) hendak melihat wajah saya. Setelah saya berikan sekepng gambar, tup tup, sebulan kemudian, saya menerima satu bingkai gambar yang dibalut cantik yang di dalamnya ada satu lukisan amat cantik (ditarikhkan 9-6-2003), dan...ni la dia....

 Terima kasih Tan Eam Lim....

Sep 4, 2012

Berkongsi Ilmu 53: Retreat Akta 605 MPOB

Pada 29-30 Ogos 2012, saya mengendalikan kursus/bengkel Retreat Akta 605 untuk pegawai-pegawai kanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Board)(MPOB) bertempat di Ibupejabat MPOB, Bangi, Selangor.

Hari pertama diisi dengan Pengenalan, Ceramah, Perbincangan, dan Sumbangsaran (serta persembahan hasil daripada sumbangsaran tersebut)...









video


Hari kedua pula diisi dengan menyambung Ceramah, Perbincangan, dan diteruskan dengan Sesi Diskusi dengan pihak pengurusan atasan MPOB dan penceramah (saya la tu..), dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta, penyampaian cenderahati kepada penceramah, dan diakhiri dengan sesi bergambar...








SEBAB Bekalan Elektrik Kerap Terputus...

Anak sulung saya ada mengirimkan gambar berikut, yang katanya, "Abah nak tau, sebab apa elektrik kerap terputus?" "Mereka dok main-main, tau!!!", he he he...

Nota: Maaf, saya tak tahu sumber gambar ini...

Ni lagu XPDC, "Titian Perjalanan" untuk hiburan dan renungan kita...

video

Sep 3, 2012

Solat Subuh Di Suatu PERHENTIAN...

Pada sekitar jam 4.30 pagi, 31 Ogos 2012, saya bertolak dari Bangi, Selangor, untuk pulang, selepas melaksanakan ceramah 2 hari di MPOB, Bangi. Jam 5.45 pagi saya tiba di satu perhentian di lebuhraya. Saya berjalan terus ke arah tempat solat sebab sudah pun berwuduk sebelum bertolak tadi. Pintu surau saya buka, dan masih gelap. Saya menggagau mencari suis lampu, dan membukanya...dan... terkejut juga kerana terdapat seorang lelaki yang berbadan sasa besar, memakai jeans gelap dan t.shirt cerah sedang duduk dan menadah tangan membaca doa. Saya memberikan salam kepadanya, dan selepas menjawab salam saya, dia bertanya saya nak ke mana, dan dia sendiri memberitahu dia akan ke.... Suaranya agak tegas dan agak lantang. Kemudian dia terus beredar meninggalkan surau. Sebentar kemudian, jam menunjukkan pukul 5.50 pagi, dan kemudiannya barulah terdengar azan daripada masjid di perkampungan berhampiran. Memang saya sudah tahu bahawa masuk waktu subuh di kawasan tersebut adalah pada 5.50 pagi. Seorang lelaki lain kemudiannya memasuki surau untuk solat... Tetapi, ke mana perginya lelaki pertama tadi? Takkan dia bersolat subuh sebelum waktu subuh, dan terus beredar? Walhal semasa dia ingin membuka pintu surau untuk keluar, azan baru berkumandang. Saya berada di surau tersebut sehingga jam 6.15 pagi, dan lelaki tersebut tidak muncul-muncul...

(Pssst...saya memberitahu peristiwa tersebut kepada beberapa orang sahabat setelah tiba di destinasi, dan beberapa orang berkata kepada saya. "Eh, betul ker dia tu manusia..?", he he he...ha ha.. kami tertawa...)

Setelah selesai azan berkumandang, saya meminta lelaki kedua yang hadir, untuk mengimamkan solat subuh tersebut. Setelah mengangkat takbir, seorang pemuda kemudiannya bergegas masuk ke surau dan berdiri di sisi kiri saya menjadi makmum. Kami solat bertiga. Setelah selesai rakaat pertama, dan kemudian masuk rakaat kedua, dan kemudiannya rukuk, dan semasa doa qunut dibacakan, seorang lagi pemuda bergegas masuk dan berdiri di sebelah kanan saya menjadi makmum. Jadi kini kami berempat menunaikan solat subuh tersebut. Apabila imam selesai memberikan salam ke kanan, pemuda di kanan saya meneruskan solatnya, tetapi hanya satu rakaat sahaja lagi, dan kemudiannya terus memberikan salam! Dia berdoa seketika, dan belum sempat saya menegurnya, dia telahpun keluar daripada suarau tersebut.

(Pssst...perasan tak, dia salat tak cukup penuh 2 rakaat?)(Malangnya saya tak sempat memberitahunya....)

PESAN SAYA UNTUK DIRI SENDIRI DAN PARA MUSLIMIM SEKELIAN: AMATLAH WAJAR KITA MENGETAHUI RUKUN SOLAT DAN SITUASI MENJADI MAKMUM, DAN SEMUA PERKARA BERKAITAN SOLAT KETIKA MUSAFIR... Kesian,... , kita singgah bersolat, namun solat sebelum masuk waktu, atau, solat tidak cukup rakaat....

Berkongsi Ilmu 52: Kursus/Bengkel SAIKOLOGI KERJA

Pada 26-27 Ogos 2012, saya menjalankan kursus/bengkel SAIKOLOGI KERJA (yang dihadiri majoritinya staf USM Kampus Kesihatan), di Kampus Kesihatan, Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini mengandungi ceramah, bengkel sumbangsaran kumpulan dan diskusi. Ia dilaksanakan dengan kaedah "berkongsi ilmu dalam suasana santai". Lihatlah wajah-wajah ceria peserta. Alhamdulillah ia berjalan dengan jayanya.

Ini adalah gambar dan video hari pertama...






video







Ini pula aktiviti hari kedua...







video