Sep 3, 2012

Solat Subuh Di Suatu PERHENTIAN...

Pada sekitar jam 4.30 pagi, 31 Ogos 2012, saya bertolak dari Bangi, Selangor, untuk pulang, selepas melaksanakan ceramah 2 hari di MPOB, Bangi. Jam 5.45 pagi saya tiba di satu perhentian di lebuhraya. Saya berjalan terus ke arah tempat solat sebab sudah pun berwuduk sebelum bertolak tadi. Pintu surau saya buka, dan masih gelap. Saya menggagau mencari suis lampu, dan membukanya...dan... terkejut juga kerana terdapat seorang lelaki yang berbadan sasa besar, memakai jeans gelap dan t.shirt cerah sedang duduk dan menadah tangan membaca doa. Saya memberikan salam kepadanya, dan selepas menjawab salam saya, dia bertanya saya nak ke mana, dan dia sendiri memberitahu dia akan ke.... Suaranya agak tegas dan agak lantang. Kemudian dia terus beredar meninggalkan surau. Sebentar kemudian, jam menunjukkan pukul 5.50 pagi, dan kemudiannya barulah terdengar azan daripada masjid di perkampungan berhampiran. Memang saya sudah tahu bahawa masuk waktu subuh di kawasan tersebut adalah pada 5.50 pagi. Seorang lelaki lain kemudiannya memasuki surau untuk solat... Tetapi, ke mana perginya lelaki pertama tadi? Takkan dia bersolat subuh sebelum waktu subuh, dan terus beredar? Walhal semasa dia ingin membuka pintu surau untuk keluar, azan baru berkumandang. Saya berada di surau tersebut sehingga jam 6.15 pagi, dan lelaki tersebut tidak muncul-muncul...

(Pssst...saya memberitahu peristiwa tersebut kepada beberapa orang sahabat setelah tiba di destinasi, dan beberapa orang berkata kepada saya. "Eh, betul ker dia tu manusia..?", he he he...ha ha.. kami tertawa...)

Setelah selesai azan berkumandang, saya meminta lelaki kedua yang hadir, untuk mengimamkan solat subuh tersebut. Setelah mengangkat takbir, seorang pemuda kemudiannya bergegas masuk ke surau dan berdiri di sisi kiri saya menjadi makmum. Kami solat bertiga. Setelah selesai rakaat pertama, dan kemudian masuk rakaat kedua, dan kemudiannya rukuk, dan semasa doa qunut dibacakan, seorang lagi pemuda bergegas masuk dan berdiri di sebelah kanan saya menjadi makmum. Jadi kini kami berempat menunaikan solat subuh tersebut. Apabila imam selesai memberikan salam ke kanan, pemuda di kanan saya meneruskan solatnya, tetapi hanya satu rakaat sahaja lagi, dan kemudiannya terus memberikan salam! Dia berdoa seketika, dan belum sempat saya menegurnya, dia telahpun keluar daripada suarau tersebut.

(Pssst...perasan tak, dia salat tak cukup penuh 2 rakaat?)(Malangnya saya tak sempat memberitahunya....)

PESAN SAYA UNTUK DIRI SENDIRI DAN PARA MUSLIMIM SEKELIAN: AMATLAH WAJAR KITA MENGETAHUI RUKUN SOLAT DAN SITUASI MENJADI MAKMUM, DAN SEMUA PERKARA BERKAITAN SOLAT KETIKA MUSAFIR... Kesian,... , kita singgah bersolat, namun solat sebelum masuk waktu, atau, solat tidak cukup rakaat....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.