Pada hari artikel ini ditulis, sudah semakin ramai sekarang ini para bakal haji menyusur ke Tanah Suci untuk menunaikan Ibadat Haji tahun 1433. Semoga mereka semua dipermudahkanAllah swt dalam segala urusan di sana dan mendapat haji yang mabrur.
Dalam tahun 1992, saya dan isteri diizinkan Allah swt untuk menunaikan Rukun Islam yang Ke-5...
Berikut adalah beberapa peristiwa semasa kami di sana yang boleh dijadikan cerita pengalaman, dan juga iktibar kita bersama:
Pertama, pada suatu pagi, saya memberitahu sahabat serumah dan isteri bahawa hari tersebut saya akan pergi awal ke Mesjidil Haram, sebab nak menyusur berziarah beberapa kawasan di sekitar dan di dalamnya. Saya mula perjalanan ke arah Masjidil Haram sekitar jam 9 pagi... Sekeliling masih bellum ramai jemaah haji yang menuju ke ssana. apabila saya sampai sekitar 100 meter daripada salah satu pintu utama Masjidil haram, saya terperasan seorang pengawal masjid tersebut sedang asyik memerhatikan saya, dan apabila saya mula melangkah anak-anak tangga untuk memasuki masjid, dia terus menyapa saya dengan agak lembut suara dan dengan senyum, sambil bertanya saya, "Malayzia? Malayzia?". Saya menganggukkan kepada dan menjawab dalam Bahasa Malaysia, "Ya". Dia terus memanggil melambai saya supaya datang kepadanya, dan apabila saya tiba berhampirannya, dia terus memberikan roti (sedap juga), air teh yang masih panas, dan dia mula bercakap dengan saya agak rancak, tetapi dalam bahasa arab, yang saya tak faham. Saya cuba menjawab dalam bahasa inggeris mudah, tetapi dia pula tak faham. Akhirnya, saya pun bercakap dalam bahasa Malaysia... dan kedua-dua kami tak faham..tapi masing-masing gelak, masing-masing menunjuk sana menunjuk sini, bercakap dan makan minum... Dalam hati saya berkata, "Elok la tu, aku cakap bahasa ayam, kamu cakap bahasa itik...". Seronok sangat atas layanan baiknya...Dan lepas itu saya memohon beredar dan mengucapkan "Terima kasih""syukran""Thank you".. dan kami berslam dan berpeluk...dan saling melambai tangan....
Kedua, pada satu pagi, semasa saya selesai solat subuh di Masjidil Haram, saya mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar Kaabah, dan semasa saya merenung Kaabah, saya terlintas di fikiran. "Kalau lah aku dapat tahu lebih mendalam mengenai Kaabah, lagi lah bagus untuk keteguhan aku kepada kepercayaan betapa pentingnya Rukun Islam ke-5 ini..". Memang saya sudah membuat sedikit penyelidikan tentang Kaabah dan Masjidil Haram sebelum datang menunaikan ibadat haji ini, dan membeli setiap hari akhbar Saudi berbahasa Inggeris, dan membaca artikel-artikel tentang Kaabah dan Masjidil Haram. Kemudian saya memohon doa semoga saya mendapat banyak lagi maklumat tentang Kaabah dan Masjidil Haram, sambil saya meronda-ronda tu...dan...tup tup, semasa saya keluar melalui salah satu pintu Masjidil Haram, saya terlihat di seberang jalan, satu papan tanda, "Book Store"!!! Lantas saya ke sana dan saya perolehi 2 buku dalam Bahasa Inggeris tentang Kaabah dan Masjidil Haram. Alhamdulillah.... Dua buku tersebut, bersama keratan akhbar, gambar yang saya ambil, dan beberapa kutipan daripada beberapa sumber lain telah saya gunakan untuk menghasilkan sebuah buku berjodol "Suatu Tempat Bernama Kaabah", dan ia diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketiga, semasa kami sekumpulan jemaah dalam perjalanan untuk ke Mudzalifah, salah seorang jemaah Malaysia berkata, "Bas ni tak per ker, tak rosak ker?". Saya pun tak tau kenapa dia bertanya soalan tersebut, dan saya sempat mendengar salah seoarang jemaah lain ada menegur jemaah haji tadi, lebih kurang, "Oih, jangan celupar la wey...". Nak dijadikan cerita,sekitar setengah jam selepas memulakan perjalanan, memang bas berkenaan rosak!!!! Kami semua saling pandangan memandang, dan kami pakat-pakat berdoa semoga bas berkenaan dapat dibaiki segera. Pemandu bas segera membaiki sana-sini pada enjinnya, dan sekejap kemudian, memang bas berkenaan dapat digunakan kembali. Alhamdulillah... Jadi, pesan saya kepada para jemaah semasa di Mekah atau Medinah, "JANGAN CELUPAR" la yer.
Keempat, semasa baru tiba di Mina, saya terasa amat memerlukan untuk membuang air kecil. Maklum la berada lama di atas bas. Saya menuju ke arah satu tempat yang saya agak adalah sebuah tandas awam, tetapi didapati ianya bukan tandas. Beberapa jemaah haji (bukan daripada Malaysia) semacam bertanya saya, apa yang saya cari, tetapi dalam bahasa arab yang saya tidak faham. Saya pula tak tahu apa perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud "tandas". Tiba-tiba Allah memberikan saya idea spontan, iaitu perkataan "khubus", yang terdapat dalam doa kita untuk masuk tandas. Apabila saya menyenut, "khubus" beberapa orang jemaah tadi segera menuding jari dan tangan ke arah satu tempat, dan saya segera ke sana, dan memang betul, itu adalah tandas. Apabila selesai menunaikan hajat, saya pun keluar, dan ditakdirkan seorang wakil syarikat jemaah haji yang menguruskan kami berada di situ, yang katanya, memang sedang mencari/menunggu saya untuk dibawa ke khemah kami. Alhamdulillah kerana Allah swt mempermudahkan perjalanan dan urusan saya...
Kelima, semasa saya di Medinah, saya bercadang membeli minyak wangi, yang saya beritahu sahabat serumah, "Saya nak cari yang mahal sedikit...". Maka saya pun turun ke kawasan perniagaan berhampiran pangsapuri yang kami tinggal, dan saya terjumpa minyak wanigi yang harum baunya, dan saya meminatinya, dan harganya sebotol kecil, setelah dirunding harganya, menjadi 20 rial sebotol. Setelah membayar, dan membawanya ke penginapan, dan memberitahu sahabat, dan menunjukkan minyak wangi tadi, dia cuma tersenyum, dan bila saya tanya, "Kenapa?", dia menjawab, "Saya juga beli 2 botol jenis ni pagi kelmarin, harganya 15 rial sebotol...",. Kami tergelak, dan saya terfikir, "Yer la, aku nak beli yang mahal..., kan?"
Keenam, semasa saya di Madinah juga, saya turun membeli bahan makanan, dan saya melihat telor ayam yang dimasukkan ke dalam pembungkus plastik sebanyak 3 biji setiap bungkus. Saya bertanya harganya, dan penjual di lorong tersebut menjawab dengan isyarat tangan, "1 rial" sebungkus. Saya mengambil 3 bungkus dan menghulurkan 3 rial, tetapi penjual tersebut menolak,sambil berkata, "la, la, la", dan tetap menyatakan 1 rial. Lalu saya ambil 1 bungkus, dan membayar 1 rial, dan dia menerimanya. kemudian saya ambil sebungkus lagi, dan membayar pula 1 rial lagi, dan penjual menerimanya. Kemudian saya ambil sebungkus lagi dan membayar 1 rial lagi, dan penjual berkenaan menerimanya juga. Kemudian saya berkata, "Halal", dan dia menjawab, "Halal", he he he he.... Sehingga kini kejadian tersebut menjadi tandatanya kepada saya dan sahabat-sahabat saya. Kenapa yer?
Ketujuh, semasa kami beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam, imigresen dan pihak berkuasa yang lain, terdapat seorang lelaki jemaah haji Malaysia yang beratur (berdiri) di hadapan saya. Dia membawa banyak barangan, yang melebihi barangan yang dikecualikan daripada dikenakan bayaran. Dengan ertikata lain, dia perlu membayar tambahan bagi barangan yang dibawanya. Saya menyaksikan dengan selamba dia membisikkan sesuatu ke telinga kakitangan yang menimbang barangannya, dan memberikan sejumlah wang (yang satu masa selepas itu dia memberitahu saya, "Tiga puluh rial"), yang kemudianya diterima dengan selamba oleh kakitangan berkaitan, dan semasa kakitangan berkaitan menimbang barangan jemaah tadi, saya melihat hujung kakinya mengangkat bahagian bawah alat penimbang (yakni agar berat barang tersebut berkurangan), dan dengan itu barangan jemaah tadi pun terlepas daripada dikenakan bayaran tambahan...
Berikut beberapa gambar lama berkaitan Mekah (Kredit kepada pemunya asal gambar):
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Bagus ceritanya Prof, semoga menjadi iktibar kepada kita semua...
ReplyDeleteSalam sdra Cikgu Hj Izani.. Itulah juga harapan saya semasa menulis artikel ini.
ReplyDelete