Feb 24, 2017

Khasiat Buah Tunjuk Langit


BUAH TUNJUK LANGIT

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit)(buah Swietenia macrophylla) telah mendapat perhatian dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi dijalankan telah menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada Buah Tunjuk Langit tersebut. Pada tahun 1996 , satu pasukan biokimia Amerika terkenal mempunyai penemuan kejayaan besar dalam kajian mereka bahawa terdapat banyak Flavonoids dan Saponins di dalam Buah Tunjuk Langit. Pengenalan Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai “buah tunjuk langit”, kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.
Swietenia atau pun dipanggil Buah Tunjuk Langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria – Belanda Gerard van Swieten (1700-1772). Buah Tunjuk Langit mengandungi Protein, Vitamin B1, Iron, Vitamin D, Folic Acid, Carbohydrate, Vitamin A, Dietary Fiber, Potassium, Vitamin E, Calcium, Vitamin B6, Magnesium, Sodium, Vitamin B3. Khasiat Buah Tunjuk Langit ini sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, khasiat Buah Tunjuk Langit juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya: Flavonoids daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan. Saponins adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax. Bitter Alkaloids di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Buah Tunjuk Langit boleh membantu:
  • menurunkan paras kolestrol
  • gout
  • sakit dan lemah jantung
  • sakit sendi
  • darah tinggi
  • melancarkan perjalanan darah
  • melambatkan pembekuan darah
  • meningkatkan kecergasan badan
Antara Penyakit yang boleh dirawat, InsyaAllah.
  • Kencing Manis;
  • Darah Tinggi;
  • Kolestrol Tinggi;
  • Gout;
  • Darah Tercemar;
  • Strok Awal;
  • Batu Karang;
  • Buasir;
  • Resdung;
  • Jerawat/Sopak;
  • Masalah Ereksik;
  • Asma;
  • Sakit Sendi;
  • Senggugut;
  • Masalah Haid;
  • Alahan Darah;
  • Kencing tak puas;
  • Angin;
  • Obesiti;
  • Alahan kulit;
  • Sakit Urat;
  • Ejakulasi;
  • Kebas-kebas; dan
  • Malaria denggi
Siapa yang Perlukan Buah Tunjuk Langit?
Individu sihat yang ingin mengimbangi pengambilan gula berlebihan dan mencegah penyakit kencing manis. 1/5 masyarakat belia berumur 20-30 tahun menghadapi risiko kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi berdasarkan amalan pemakanan hari ini ( Rujuk: NADI Institut)
Pesakit darah tinggi, sakit sendi, urat dan kekejangan otot;
Pesakit kencing manis, gangguan metabolism dan gastrik;
Pesakit stroke, lebihan lemak pada perut dan obesiti;
Pesakit asma, redung, jangkitan demam denggi dan malaria;
Pesakit gout, arthritis, lutut, pinggang dan keletihan melampau;
Pesakit alahan kulit, gatal-gatal, sopak, buasir dan keracunan makanan;
Pesakit lemah tenaga batin, mati pucuk, ejakulasi pramatang; dan
Pesakit batu karang, kencing tak puas, kencing kerap, prostate dan kegagalan ginjal.




 

Berikut adalah Tunjuk Langit serbuk yang telah dimasukkan ke dalam kapsul (yang mudah dimakan dan tidak pahit), yang diusahakan (dihasilkan) oleh seorang pengusaha menggunakan buah tunjuk langit yang diperolehi di sekitar kampus sebuah universiti penyelidikan di Malaysia:




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.