PENGENALAN
Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
PERSOALAN DAN ISU:
Daripada Perspektif Islam, Bagaimana Mengaplikasi Masa/Tempoh Di Malaysia?
Lihat contoh-contoh berikut:
1. Jika menghukum pesalah, misalnya menghina Agama Islam, dan pesalah dihukum penjara, maka akan dihukum, misalnya, “Dipenjarakan satu tahun”
Misalnya:
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992 (NEGERI PERAK)
Seksyen 14. Mencela, menghina dsb., Agama Islam.
Sesiapa yang dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan, atau selainnya dengan apa cara jua pun-
(i) mencela atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencela atau menghina Agama Islam; atau
(ii) mempersenda, mengajuk atau mengejek-ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan dengan Agama Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
PERSOALAN: Dalam aplikasinya, apa maksud, “... dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun ...”?
Jika kita bertanya, orang berkenaan memberikan jawapan bahawa, ”Jika Si A mula menjalani hukuman penjara 2 tahunnya pada 1 Januari 2009, maka tempoh maksima dia akan menjalani hukuman, dan dibebaskan ialah pada 31 Disember 2010” (iaitu 365 hari x 2 tahun Masehi = 730 hari). Betulkah? Atau, sepatutnya jawapannya, ”Jika Si A mula menjalani hukuman penjara pada 1 Januari 2009, yang bersamaan pada 4 Muharam 1430 Hijrah, maka tempoh maksima dia akan menjalani hukuman, dan akan dibebaskan ialah pada 7 Disember 2010, yang bersamaan dengan 29 Zulhijjah 1431 Hijrah (iaitu 354 hari x 2 tahun Hijrah = 708 hari)”.
2. Tempoh Eddah
Lama eddah bagi suami yang meninggal dunia, tempoh iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu eddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
(Surah al-Talaq: 4)
(Surah al-Talaq: 4)
Bagi isteri yang kematian suami, 'iddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suaminya.
"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari”.
(Surah al-Baqarah: 234)
PERSOALAN: Dalam aplikasinya, apa maksud, misalnya, “…'iddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suaminya...”?
Katakan Puan M kematian suami pada 3 Mac 2010 (yang biasanya digunakan tarikh tahun Masehi dalam Sijil Kematian suaminya), maka adakah ’iddah 4 bulan 10 hari itu akan tamat pada 14 Julai 2010? Atau sebenarnya adalah: Jika Puan M kematian suami pada 3 Mac 2010 (dicatatkan sedemikian di dalam Sijil Kematian suaminya, YANG MESTI JUGA MENCATATKAN TARIKH MENGIKUT TAHUN HIJRAH, iaitu “bersamaaan 17 Rabiul Awal 1431 Hijrah”), maka ‘iddah 4 bulan 10 hari itu akan tamat pada 28 Rejab 1431 (11 Julai 2010). Ini bermakna maksud 4 bulan 10 hari = 112 hari (menurut hari dalam tahun Hijrah)
3. Mengira tempoh umur
Contohnya Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah, iaitu bersamaan dengan 20 April 571 Masehi. Baginda wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, iaitu bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi, dimana umur Baginda adalah 63 tahun. Sebenarnya umur baginda yang dicatatkan “63 tahun (lebihkurang itu) adalah menurut tahun Hijrah. Jika menurut tahun Masehi, baginda wafat ketika umurnya sekitar 61 tahun sahaja. Jadi tidak benar jika kita bandingkan sesorang orang Islam yang dah berumur 63 tahun (yang sebenarnya itu adalah pengiraan mengikut tahun Masehi), lantas kita berkata, “Wah, orang itu sudah sama umurnya dengan Rasulullah, dan umur selepas ini umur bonus jer la sebab melebihi umur Rasulullah..”. Itu tidak tepat kerana selepas umurnya 61, memang umurnya sudah umur bonus, kan ?
4. Mengira zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat harta dan lain-lain
Banyak yang ditemui menggunakan ”kaedah mudah” dengan meletakkan angka 2.5% daripada amaun yang boleh dikenakan zakat.
Contohnya jika kita melawat laman sesawang Majlis-majlis Agama Negeri, misalnya:
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Pusat Urus Zakat)(Kalkulatornya di
http://www.zakatpenang.com/index.php?option=com_content&view=article&id=64&Itemid=92 mencatatkan pengiraannya, ”... x 2.5%”
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan di
mencatatkan pengiraannya ”...x 2.5%”
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di
http://www.e-maik.my/public_new/index.php?option=com_content&view=article&id=259&Itemid=790#
Mencatatkan, ” Kadarnya ialah 2.5% daripada harta yang layak di zakatkan”.
Aneh juga bahawa Kaedah Pengiraan yang dimasukkan adalah dengan menggunakan PENDAPATAN MENGIKUT TAHUN MASEHI, 12 BULAN, walhal hukum asal menurut Islam adalah BERASASKAN BULAN QAMARIAH (bulan Islam).
Memetik yang berikut:
”Al-maal al-mustafaad adalah pendapat jumhur ulama iaitu harta tersebut tidak wajib untuk dikeluarkan zakatnya sehinggalah memenuhi syarat berlalunya haul (dimiliki atau disimpan selama 12 bulan qamariyah). Inilah pendapat sahabat Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali radiallahuanhum. Ini juga adalah pendapat Imam mazhab yang empat [Rujuk: Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal.19; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/866]
Dalam mengira tahun mengikut bulan Islam, ianya adalah 355 hari setahun. Ini berbeza dengan Tahun Masehi, iaitu 365 hari. Ini belum mengambilkira ”Tahun Lompat” yang menjadikan Tahun Masehi adalah 366 hari. DENGAN MENGIRA PENDAPATAN YANG DIKUMPUL MENGIKUT TAHUN MASEHI, DAN MENGIRA KADAR ZAKAT MENURUT TAHUN HIJRAH, IANYA ADALAH TIDAK TEPAT (SALAH).
DENGAN DEMIKIAN, JIKA PENDAPATAN KITA DIKIRA MENURUT TAHUN MASEHI (memang pun begitu di Malaysia, yang dibayar gaji/upah menurut Kalendar Masehi: Akta Kerja 1955 dan Pekeliling yang terpakai dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan), MAKA KADAR YANG TEPAT DALAM MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN (misalnya), IALAH 2.577%.
BETULKANLAH!!!
Jika pandangan saya di atas adalah betul, maka nampaknya banyak perkara berkaitan pengurusan Islam kita masih bercampur aduk diantara TAHUN MASEHI dan TAHUN HIJRAH
Ini menimbulkan banyak kekeliruan iaitu: Kita membincangkan, atau, memutuskan perkara berkaitan masa dan tempoh di bawah hukum/undang-undang Islam, namun dalam masa yang sama kita tersasar dengan mengaplikasikan tahun Masehi (Gregorian)
Kenapa ini berlaku?
Diantara sebabnya ialah:
Pertama:
Mungkinkah kita terkeliru (?), atau, Kita terlepas pandang (?), atau Kita tak ambil kisah (?)
dan/atau,
dan/atau,
Kedua:
Seksyen 3 Akta Tafsiran 1956 & 1967 menyebut bahawa ”hari”, ”bulan”, ”tahun” hendaklah dikira menurut tahun kalender Gregorian (Masehi). Seksyen 53 Akta yang sama juga menyatakan bahawa dalam mengira umur, hendaklah dikira mengikut kalender Gregorian.
Bagi pengurusan Islam berkaitan masa/tempoh, ia suatu yang aneh, bukan? Bukan sahaja aneh, tetapi tidak selaras, dan tidak betul (salah). Ini terutamanya dengan mengambikira bahawa:
Pertama, mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan:
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan...
Kedua, Senarai 2 kepada JADUAL KESEMBILAN Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa segala perkara berikut adalah terletah di bawah bidangkuasa Negeri (disebut, ”Senarai Negeri”)
1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.
CADANGAN
Saya mencadangkan seksyen 3 Akta Tafsiran 1956 & 1967 dipinda, dengan memasukkan tambahan, iaitu:
”Bagi pengurusan hal ehwal berkaitan Islam, ”hari’, ”bulan”, dan ”tahun”, hendaklah dikira berasaskan tahun Hijrah (tahun Islam)”.
Seksyen 53 Akta Tafsiran 1956 & 1967 dipinda, dengan memasukkan tambahan, iaitu: ”Bagi pengurusan hal ehwal berkaitan Islam, dalam mengira umur, hendaklah dikira mengikut kalender tahun Hijrah (tahun Islam)”.
Seksyen 3 Akta Tafsiran 1956 & 1967 dipinda, dengan memasukkan takrif ”tahun Hijrah”, iaitu, ”tahun yang berasaskan pengiraaan 12 bulan dengan bermula bulan Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Saaban, dan Ramadan”, dan berasaskan takwim mengikut Mazhab Sunnah Waljamaah” . (Maaf, harap betulkan saya tentang cadangan tafsiran ini)
RENUNGAN
Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an, Surah al-Baqarah: ayat 208 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.