Aug 2, 2012

Tomyam

Tomyam (secara mudah bermaksud "sup berempah pedas") boleh disediakan sendiri....

2 sudu udang kering
10 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji cili kering
Sedikit lengkuas
Sedikit halia
Sedkit belacan

Kisar halus semua bahan di atas. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga harum baunya.

Kemudian masukkan 2 gelas air, dan ditambah,
Sedikit gula/madu
3 batang serai (yang dipecah-pecahkan sedikit)
Sedikit garam
5 helai daun limau purut
Perahan air limau kasturi (daripada sekitar 5 biji limau kasturi)

Biarkan sekali mendidih. Kemudian boleh masukkan bahan-bahan kegemaran sendiri seperti ayam, udang (jika nak dimasukkan udang, pastikan direbus dahulu, dan barulah ambil udangnya), telor puyuh rebus, bebola ikan/ketam, sotong, daging, lobak, dan lain-lain.

Apabila sudah mendidih (masak) dan hampir akan diangkat, masukkan sedikit susu cair dan jus pekatan limau oren dan potongan batang daun bawang.



2 comments:

  1. Nampak macam senang juga nak masak. Bahan pun ringkas aja.Dapat kat pelajar USM resepi ni memang ada lah nanti yang memasak dalam bilik hostel.

    Hehe.

    ReplyDelete
  2. Ha ha... Saya dulu dulu pun, memasak juga dalam bilik asrama. Ada kawan yang dah bekerja tu, siap hantar bahan mentah lagi untuk saya memasak... Lepas tu, pakat-pakat makan, dan tak ada yang komen ....maklum la....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.