Semasa saya budak-budak dahulu, saya mencari buah cenerai ini untuk tujuan berikut:
Pertama, untuk dimakan (terutama yang dah masak, yang rasanya masam-masam manis);
Kedua, mengintai burung yang datang memakan buah cenerai, dan jika ada, saya akan memukul burung tersebut (biasanya burung cap padi, burung kunyit, atau burung kelicap) dengan batang buluh kecil atau batang ubi, dan bila burung terjatuh, saya segera menyembelihnya (untuk dibuat lauk), atau saya meletakkan getah perangkap, dan apabila burung terpijak getah tersebut, saya akan menangkapnya;
Ketiga, buah cenerai yang masih hijau, dibuat peluru bagi permainan pistol buluh. Buluh yang digunakan dipanggil "buluh peleting", dan dimasukkan buah cenerai tersebut ke dalamnya, dan kemudiannya akan dimasukkan kain basah atau gabus daripada pokok ubi kayu, dan dijoloknya dengan batang/lidi besar buluh, dan lepas tu ditala (dihalakan) la ke arah "musuh" dan...peng...!!! Kalau kena, pedih la juga, dan kadangkala orang yang terkena peluru tersebut meluru kepada saya nak bagi penampar, dan saya la yang kena meluru lari jauh-jauh...ha ha ha... Maklum la, budak....
Tu cerita nostalgia masa dulu-dulu...
Sekarang ni, nak dijadikan cerita, pokok cenerai ni terdapat tumbuh berhampiran pejabat saya di kampus induk USM, Pulau Pinang. Maka sekali sekala semasa saya merenung melihat burung hinggap, saya pun terkenang kisah-kisah di atas: Walaupun saya tidak lagi la turun memukul/menangkap burung tersebut untuk dibuat lauk, atau memakan buah cenerai masak, atau mengambilnya untuk dibuat peluru pistol buluh.... Bukan apa, takut Dekan ternampak, dan dia pun, "Ehemmm, eheemmm....", he he he... Masa dah berlalu, tetapi mungkin suatu hari akan ada kajian saintifik dan lain-lain yang akan dilaksanakan secara intensif untuk memanfaatkan buah cenerai, daun cenerai, pokok cenerai (dimana semasa saya berjalan untuk pergi dan pulang ke sekolah dahulu, pokok cenerai adalah diantara pokok yang saya singgah sekejap untuk berteduh dan menghilangkan penat....). Itulah diantara rahmat Allah (swt) terhadap pokok yang bernama "cenerai" yang sempat saya nikmati. Alhamdulillah...
Hmm.
ReplyDeleteNostalgia yang Prof cerita buat saya teringat tentang seorang ilmuwan kita yang ke mana mana didalam briefcase beliau tersimpan lastik. Bila ada masa terluang dikeluarkan lastik tadi, buat mengimbas kenangan lepas.
Lupa pula nama beliau.
Salam
ReplyDeleteHehe.. Saya, kalau nak ikut jejak ilmuan tu, maka dalam beg saya daripada buah cenerai dan senapang buluh peleting, kena la ada kaki seluar buruk, cebisan tikar buruk, cebisan perahu, dan banyak lagi... hi hi... Gurau jer. Selamat berpuasa, dan selamat hari lebaran, ya