Aug 14, 2012

Ayah dan Ibu: Kenangan di Lebaran

Awal pagi ini, 14 Ogos 2012 (25 Ramadhan 1433), saya menyapa seorang staf,

"Assalamualaikum, apa kabar? Selamat meneruskan puasa yang dah sampai penghujungnya.. Emmm, macam mana persiapan raya?"

"Alaikummussalam...Kian hari semakin berlalu ramadhan...Cuma beberapa hari jer la kita akan menyambut Lebaran... Kian hati saya meruntun rindu teramat sangat pada bonda dan ayahanda yang dah tiada.. Serasa mahu diputar kembali waktu nan lalu untuk bersama mereka..."

"Itu la kehidupan...Lunakkan la hati kita dengan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Kita pun akan menyusuri mereka, dan moga kita akan dapat kekal bersama mereka di sana kelak...". Itu ungkap saya kepada dia.

Cuba hayati lagu, "IBU", oleh penyanyi Sulis ini...


Ini pula nukilan Ebiet G Ade dalam lagu "TITIP RINDU BUAT AYAH"...

Apapun, itu adalah secebis gambaran hati seorang anak apabila menjelangnya HARI LEBARAN. Namun, jika kita benar-benar sayangkasih kepada mereka yang bergelar IBU (atau mak, mama, mami, ummi, dan lain-lain gelaran) dan AYAH (abah, pak, ayah, dedi, dan lain-lain gelaran), maka kekalkanlah berdoa agar mereka dilindungi Allah (swt) di dunia dan di akhirat, dan kita yang masih bernyawa ini, kekal menjadi ANAK YANG BAIK (atas pelbagai konotasinya, terutama sebagai "anak yang soleh/solehah"), yang senantiasa membuat kebaikan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.