Mar 27, 2013

Tak reti BAHASA

Untuk makluman, biasanya setiap kali sebelum khutbah jumaat di suatu institusi, akan ada pemberitahuan bahawa, antaranya, "....kawasan.... ini adalah bebas tembakau. Jadi LARANGAN MEROKOK TELAH DIKUATKUASAKAN. SESIAPA YANG INGKAR, AKAN DIAMBIL TINDAKAN..."
Pada 13 Mac 2013, sekitar jam 1.50 petang, saya rakam gambar ini di sebuah tempat makan yang terletak di dalam kawsan larangan merokok tersebut... dan saya pun "mengambil tindakan" iaitu dengan merakam gambar berikut....

NOTA:
"Orang" ini sedang menghisap paip... Perhatikan asap paip berkepul-kepul keluar, dan terdapat tanda LARANGAN MEROKOK YANG TERPAPAR DI HADAPANNYA . ADAKAH DIA NI TAK RETI BAHASA, ATAU DIA TERLEBIH RETI BAHASA KERANA DIA TAK MENGHISAP ROKOK, TAPI MENGHISAP PAIP????



BAHAGIAN lV
LARANGAN MENGENAI MEROKOK
Tempat dilarang merokok
11. (1) Tiada seorang pun boleh merokok—
(a) di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam;
(b) di dalam mana-mana hospital atau klinik;
(c) di dalam mana-mana lif atau tandas awam;
(d) di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin;
(e) di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam;
(f) dibatalkan (P.U. (A) 64/2012) ;
(g) di dalam mana-mana lapangan terbang;
(h) di dalam mana-mana premis kerajaan;
(i) di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian;
(j) di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;
(k) di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak;
(l) di dalam mana-mana bas sekolah;
(m) di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(n) di dalam mana-mana kompleks membeli-belah;
(o) di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak;
(p) di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium;
(q) di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
(r) di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan; atau
(s) di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet.
(2) Walau apapun subperaturan (1), Menteri boleh, apabila permohonan dibuat, meluluskan mana-mana kawasan sama ada secara tetap atau bagi tempoh yang ditentukan olehnya sebagai kawasan merokok.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Peraturan 2
“merokok” ertinya menyedut dan menghembus asap apa-apa hasil tembakau
dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa hasil
tembakau yang bernyala
“premis kerajaan” ertinya mana-mana premis yang dimiliki atau dihuni oleh
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri