Sep 15, 2011

Bagaimana Membaca...(4)

Kerap kali juga orang menyebut, misalnya, "Kaedah baru ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak".
Kenapa perlu ditambah, "...termasuk Sabah dan Sarawak"?
Kenapa tidak disebut, "...termasuk Kedah dan Melaka", atau, "...termasuk Pulau Pinang dan Labuan"?
Agak janggal jika disebut seperti di atas, iaitu, misalnya, "Penyelarasan harga makanan akan dilaksanakan diseluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak". Memadai disebutkan:
"Kaedah baru ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia"
"Penyelarasan harga makanan akan dilaksanakan diseluruh negara"

Kenapa kita bergerak ke arah, dan seolah-olah "mendiskriminasikan" ("membezakan")?

Sep 14, 2011

Penggunaan Alat Keselamatan Di Tapak Bina

Lanjutan daripada perkara tersebut, pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah perlu diberikan tanggungjawab dalam hal ini, iaitu bagi memberikan latihan yang secukupnya kepada pekerja yang akan bekerja di tapak bina ini. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam akhbar Utusan Malaysia (14 September 1996)(dimana dikatakan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersedia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kemalangan pekerja di tapak–tapak pembinaan). Sememangnya, perkara ini adalah perlu dikuatkuasakan segera berikutan daripada peningkatan kadar kemalangan di tapak bina. Ini dapat dilihat daripada laporan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bahawa kemalangan yang dilaporkan adalah masih tinggi walaupun tahap kesedaran mengenai dengan keselamatan ini telah meningkat.
Selain itu, dalam mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penggunaan peralatan keselamatan oleh pekerja di tapak bina ini, maka adalah juga perlu bagi pihak majikan ini mengambil tindakan serta melaporkan pekerja– pekerja yang tidak memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak bina. Di sini, majikan seharusnya tidak perlu berasa simpati terhadap pekerja yang diambil tindakan itu. Hal ini penting bertujuan utamanya semata–mata untuk melindungi pekerja terbabit daripada risiko bahaya yang tidak disedari di tapak bina.
Dalam pada itu, majikan yang cuba melindungi atau tidak mempunyai sikap tanggungjawab dalam memastikan pekerja ini memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak bina juga adalah perlu diambil tindakan. Apa yang dapat dilakukan oleh pihak majikan dalam memastikan pekerja sentiasa memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak bina ini ialah dengan cara mengadakan satu peraturan ketat di tapak bina yang mana pekerja–pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja binaan di tapak ini perlu diwajibkan memakai peralatan keselamatan yang telah disediakan iaitu bersesuaian dengan kerja–kerja yang dilakukan. Pekerja ini hanya boleh menanggalkan peralatan keselamatan pada waktu rehat dan waktu–waktu tertentu semasa tidak berada di kawasan berisiko seperti yang telah ditetapkan oleh majikan. Justeru itu, penguatkuasaan bagi peraturan ini oleh majikan adalah perlu diambil perhatian segera iaitu bagi memastikan pekerja–pekerja ini tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap kepentingan penggunaan peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak bina.
Apa yang penting disini ialah seharusnya pihak kontraktor (majikan) mematuhi segala peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. Hal ini adalah penting bagi tujuan menjamin aspek keselamatan ini dipatuhi secara menyeluruh oleh pihak lain dan pekerja. Sekiranya didapati kontraktor ini melanggar peraturan atau mengabaikan keselamatan pekerja di tapak bina ini, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan memberikan amaran dan mengambil tindakan yang tegas menggantung atau membatalkan lesen mereka dengan serta-merta iaitu dengan tujuan memberikan contoh teladan kepada kontraktor lain yang terlibat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Seharusnya pihak pengurusan majikan bertanggungjawab dalam menyediakan peralatan keselamatan yang baik dan mencukupi kepada pekerja agar potensi berlakunya kemalangan dapat dielakkan. Pengurusan keselamatan yang cekap dipihak majikan dalam memberikan latihan dan cara penggunaan peralatan keselamatan yang betul serta kepentingan pemakaian peralatan keselamatan ini juga adalah perlu diadakan dan ditekankan secara berterusan. Akibat daripada tidak memakai peralatan keselamatan semasa menjalankan kerja di tapak bina ini juga adalah perlu diberitahu kepada pekerja. Ini penting untuk menyuntik rasa tanggungjawab terhadap penggunaan peralatan keselamatan ini di kalangan pekerja seterusnya merangsang diri agar menghargai nyawa mereka sekiranya tidak memakai peralatan keselamatan ini.
Majikan yang tidak melaksanakan tanggungjawab menyediakan peralatan keselamatan yang perlu dan latihan kepada pekerja di tapak bina ini juga seharusnya diambil tindakan tegas dari segi undang–undang. Hal ini perlu supaya mereka dapat menyedari akan pentingnya penyediaan peralatan keselamatan dan latihan bagi penggunaan peralatan keselamatan yang betul diberikan kepada pekerja iaitu bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka semasa bekerja di tapak bina.
Selain daripada kursus, latihan, peraturan dan tindakan wajib yang dikenakan ke atas pekerja dan majikan, maka pihak majikan juga seharusnya menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi iaitu bagi melaksanakan segala program yang berkaitan dengan kesedaran keselamatan pekerjaan ini.
Bagi mencapai matlamat kemalangan sifar seperti yang telah diwarwarkan, maka program–program berbentuk ke arah kesedaran terhadap keselamatan diri pekerja di tapak bina ini adalah perlu sentiasa diadakan secara berterusan. Perkara ini penting semata–mata demi memupuk rasa kesedaran di dalam jiwa masing–masing tentang pentingnya memakai peralatan keselamatan ini semasa bekerja di tapak bina iaitu bagi melindungi diri mereka daripada tercedera. Justeru itu, dengan adanya kesedaran dan sikap berhati–hati di kalangan pekerja ini, maka adalah diharapkan agar matlamat kemalangan sifar dapat dicapai.
Selain itu juga, kempen–kempen yang diadakan seperti “Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan” juga adalah perlu diteruskan dan dikekalkan. Ini adalah kerana kempen yang diadakan ini adalah berguna kepada pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat“. Justeru itu, segala aktiviti dan rancangan yang telah diatur ini adalah perlu disokong oleh semua pihak iaitu bagi memastikan semua peringkat masyarakat terutamanya majikan dan pekerja dapat memperolehi maklumat dan pengetahuan yang boleh diamalkan iaitu bagi meninggikan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.

NOTA:
Di atas adalah sedutan manuskrip buku, Nurul Azita Salleh & Abdul Aziz Hussin. 2007. Penggunaan Alat Keselamatan Di Tapak Bina.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Sep 13, 2011

Sep 12, 2011

Control Over Local Authority

"Control" defined
Types of control
Judicial Control/Review
The "control" by the Judicial
The ultima purpose (of control)
Types of judicial review:
          Injunction
          Prohibition
          Mandamus
          Certiorari
          Declaration











Sep 10, 2011

RELEVANT PROVISIONS IN THE MALAYSIAN CONSTITUTION RELATING TO ABORIGINAL PEOPLE

Supreme Law of Federation
Article
4.                  (1)       This  Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day whish is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void.
(2)       The validity of any law shall not be questioned on the ground that:-
(a)        it imposes restrictions on the right mentioned in Article 9 (2) but does not relate to the matters mentioned therein; or
(b)                it imposes such restrictions as are mentioned in Article 10 (2) but those restrictions were not deemed necessary or expedient by Parliament for the purposes mentioned in that Article.
(3)          The validity of any law made by Parliament or the Legislature of any State shall not be questioned on the ground that it makes provision with respect to any matter with respect to which Parliament or, as the case may be, the Legislature of the State has no power to make laws, except in proceedings for a declaration that the law is invalid on that ground or:-
(a)                   if the law was made by Parliament, in proceedings between the Federation and one or more States;
(b)                if the law was made by the Legislature of a State, in proceedings between the Federation and that State.
(4)        Proceedings for a declaration that a law is invalid on the ground mentioned in Clause (3) (not being proceedings falling within paragraph (a) or (b) of the Clause) shall not be commenced without the leave of a judge of the Federal Court;  and the Federation shall be entitled to be a party to any such proceedings, and so shall any State that would or might be a party to proceedings brought for the same purpose under paragraph (a) or (b) of the Clause.

Slavery and Forced Labour Prohibited
Article 6
6.         (1)       No person shall be held in slavery.
(2)                All forms of forced labour are prohibited, but Parliament may by law provide for compulsory service for national purposes.
(3)               Work incidental to the servicing of a sentence of imprisonment imposed by a court of law shall not be taken to be forced labour within the meaning of this Article.
(4)                Where by any written law the whole or any part of the functions of any public authority is to be carried on by another public authority, for the purpose of enabling those functions to be performed the employees of the first mentioned public authority shall be bound to serve the second mentioned public authority, and their service with the second mentioned public authority shall not be taken to be forced labour within the meaning of this Article, and no such employee shall be entitled to demand any right from either the first mentioned or the second mentioned public authority by reason of the transfer of his employment.

Equality
Article 8
8.         (1)        All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.
(2)                Except as expressly authorised by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent or place of birth in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment. 
(3)               There shall be no discrimination in favour of any person on the ground that he is a subject of the Ruler of any State.
(4)               No public authority shall discriminate against any person on the ground that he is resident or carrying on business in any part of the Federation outside the jurisdiction of the authority.
(5)               This Article does not invalidate or prohibit:-
(a)           Any provision regulating personal law;
(b)           Any provision or practice restricting  office or employment connected with the affairs of any religion, or of an institution managed by a group professing any religion, to persons professing that religion;
(c)      any provision for the protection, well-being or advancement of the aboriginal peoples of the Malay Peninsular (including the reservation of land) or the reservation to aborigines of a reasonable proportion of suitable positions in the public service;
(d)      any provision prescribing residence in a State or part of a State as a qualification for election or appointment to any authority having jurisdiction only in that State or part, or for voting in such an election;
(e)      any provision of a Constitution of a State, being or corresponding to a provision in force immediately before Merdeka Daya;
(f)       any provision restricting enlistment in the Malay Regiment to Malays.

Composition of Senate
Article 45
45.       (1)        Subject to Clause (4), the Senate shall consist of elected and appointed members as follows:-
(a)         two members for each State shall be elected in accordance with the Seventh Schedule; and
(a)     two members for the Federal Territory of Kuala Lumpur and one member for the Federal Territory of Layuah shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong; and
(b)     forty members shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong.
             (2)        The members to be appointed by the Yang di-Pertuan Agong shall be persons who in his opinion have rendered distinguished public service or have achieved distinction in the professions, commerce, industry, agriculture, cultural activities or social service or are representative of racial minorities or are capable of representing the interests of aborigines.
             (3)        The term of office of a member of the Senate shall, subject to the provisions of the Seventh Schedule, be three years and shall not be affected by a dissolution of Parliament.
             (4)        Parliament may by law -
(a)         increase to three the number of members to be elected for each State;
(b)         provide that the members to be elected for each State shall be so elected by the direct vote of the electors of the State;
(c)          decrease the number of appointed members or abolish appointed members.

Article 160 (2)
             “Aborigine” means an aborigine of the Malay Peninsula;

Pihak Yang Boleh Diberikan Hakmilik, Pajakan, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit

Terdapat beberapa kategori pihak-pihak tertentu yang dibenarkan diberi Hakmilik, Pajakan, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukan di bawah s 43 Kanun Tanah Negara. Pihak-pihak itu ialah:


(a)        Orang biasa yang sudah dewasa;
(b)       Perbadanan;1
(c)        Organisasi berdaulat, kerajaan, organisasi dan orang lain yang dibenarkan memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan-Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957; dan
(d)       Badan-badan yang secara nyata dibenarkan memegang tanah oleh undang-undang bertulis yang lain.

          Oleh yang demikian, orang-orang persendirian yang sudah dewasa boleh diberi Hakmilik, Pajakan, Lesen Pendudukan Sementara atau Permit. Mengikut Akta Umur Dewasa, 1971,2 seseorang dianggap di sisi undang-undang sebagai telah dewasa apabila mencapai umur 18 tahun. Walaupun s 43 Kanun Tanah Negara cuma menyebut mengenai syarat umur dewasa tetapi ia juga merujuk orang-orang yang waras fikiran (tidak gila dan mempunyai kelemahan mental lain) seperti yang ditakrifkan oleh Ordinan Kekusutan Mental, 1952.3 Ini disebabkan orang sedemikian juga tidak mampu menguruskan dirinya dan perhubungannya di sisi undang-undang kontrak adalah tidak sah.4

          Perbadanan juga boleh diberi Hakmilik, Pajakan, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘perbadanan’ di sini? Tidak ada takrif perbadanan yang diberikan, sama ada dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pentafsiran, 1967.5 Mengikut The Concise Dictionary of Law,6 ‘perbadanan’ ialah suatu entiti yang mempunyai personaliti undang-undang iaitu suatu entiti yang berupaya menikmati dan tertakluk kepada hak-hak dan tanggungjawab di sisi undang-undang.7

Contohnya dalam kes Tindok Besar Estate Sdn. Bhd. lwn Tinjar Co.,8 Lesen Pendudukan Sementara telah diberi kepada sebuah syarikat.

          Selain itu, badan-badan lain atau kerajaan yang dibenarkan dalam peruntukan Ordinan Keistimewaan-Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957, boleh juga diberi Hakmilik, Pajakan, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit.

          Begitu juga badan-badan yang dibenarkan secara nyata oleh undang-undang bertulis yang lain antaranya untuk berurusan dan memegang serta memiliki tanah, boleh diberi Hakmilik, Pajakan, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Peruntukan s 43(d) Kanun Tanah Negara ini bertindan dan termasuk dalam s 43(b) Kanun yang sama.



1     Tanpa mengira sama ada perbadanan itu diberi kuasa untuk memiliki tanah atau tidak, perbadanan itu masih boleh diberi permit untuk mengambil dan mengalih batu-batan – Proviso s 43, Kanun Tanah Negara.
2     Akta No. 21
3       Ordinan No. 31
4      S 12 (3) Akta Kontrak 1950
5     Akta No. 23
6     Elizabeth A. Martin (ed.), 1983, Oxford University Press.
7     Ia pula boleh jadi perbadanan berbentuk arregat iaitu yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perkongsian, 1961 atau boleh juga merupakan suatu perbadanan tunggal iaitu yang dipunyai oleh seorang ahli sahaja iaitu yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956. Ia boleh jadi juga sebuah badan yang ditubuhkan di bawah statut-statut khusus seperti Perbadanan Kemajuan Negeri, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Lembaga-Lembaga Pelabuhan, Lembaga atau Institut penyelidikan. Perbadanan juga termasuklah badan-badan yang berdaftar atau ditubuhkan bawah kuatkuasa undang-undang tertentu seperti koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan pertubuhan sahsiah dan faedah bersama, seperti persatuan-persatuan, yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
8         [1979] 2 M.L.J. 229

DUTY TO MITIGATE LOSS By The Dismissed Employee

In a contract of employment, the dismissed employee is under a duty to minimise his/her loss. The law would not allow a claim for damages in respect of any loss which the employee could with reasonable diligence have avoided by obtaining alternative employment: Beckham v. Drake (1849) 2 H.L. Cas. 579.) 

In the case of Secretary of State for Employment v. Wilson (1978) 3 All. E.R. 137, it was held that a dismissed employee who had started a new employment with another employer immediately after his dismissal and on similar terms as his previous employment was precluded from claiming damages for wrongful dismissal.  But, the employee is not bound to accept employment of a different kind, or even at a lower position with a similar remuneration: Shindler v. Northern Raincoat Ltd. [1960] 2 All. E.R. 239 and Edwards v. Society of Graphical and Allied Trades [1970] 3 All. E.R. 689.)

Local Government: A Scenario

World Scenario: A brief
What is "local government/local authority"?
History of local government in Malaysia
Administration of local aithority
Powers of local authority
National Council for Local Government







Sep 9, 2011

Perbuatan “penyeksaan” atau “kezaliman” terhadap haiwan

Di Malaysia juga telah ada undang-undang bertulis (statut) yang mengenakan hukuman bagi kesalahan menzalami haiwan tanpa alasan yang sah atau munasabah, iaitu di bawah Ordinan (Akta) Haiwan-haiwan 1953.

            Apakah perbuatan yang dianggap “penyeksaan” atau “kezaliman” terhadap haiwan?

            Helen Hemingway (1978) mentakrif “kezaliman” atau “penyeksaan” terhadap haiwan sebagai pengenaaan kesakitan, penderitaan atau kematian ke atas haiwan yang dilakukan dengan sengaja dan dengan kemahuannya sewenang-wenang, atau sesuatu pembiaran ke atas haiwan yang dibuat dengan niat jahat atau secara sengaja.

            John B. Saunders (1977) mendefinisikan “penyeksaan terhadap haiwan” sebagai menjadikan haiwan menanggung penderitaan sakit.

            Kesalahan “penyesaan terhadap haiwan” di bawah seksyen 44 Ordinan (Akta) Haiwan-haiwan, 1953, merujuk kepada jenis-jenis perbuatan yang berikut:

-          Memukul atau menendang secara kejam
-          Memberi layanan buruk
-          Dipandu berlebihan
-          Dimuatkan berlebihan
-          Memarahkan berlebihan
-          Menakut-nakutkan
-          Tidak memberi cukup makan atau minum semasa haiwan dikurung atau diangkut
-          Melakukan sewenang-wenang apa-apa perbuatan yang menyebabkan haiwan itu mendapat seksa atau kesakitan
-          Mengangkut haiwan dengan cara atau kedudukan menyebabkan menanggung derita
-          Menggunakan haiwan yang cedera atau sakit dalam melakukan apa-apa kerja
-          Melagakan atau melakukan perlawanan gigit antara haiwan (kesalahan termasuk orang yang menguruskan tempat perlagaan itu)

Nota:
Perbuatan yang menjadi kesalahan yang disenaraikan seperti di atas, terutama bagi tujuan seksyen 44 (1)(b), (d), (e) dan (f), juga termasuk kesalahan yang dilakukan oleh “tuan punya” kerana ia “membenarkan” haiwannya diperlakukan sedemikian.


 Di atas adalah sedutan daripada buku, Abdul Aziz Hussin. 1990. Tanggungjawab Manusia Terhadap Haiwan Di Sisi Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.21 dan 23.


Menurut peruntukan seksyen 44(1) Akta yang sama, orang/pihak yang didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan menyeksa haiwan, boleh didenda sehingga RM200 atau dipenjarakan sehinggan 6 bulan, atau kedua-duanya.

NOTA:
Peruntukan tentang hukuman inilah yang dicadangkan dipinda, kerana dikatakan terlalu rendah (amaun penaltinya). Ia tercetus hasil daripada beberapa kejadian penyeksaan haiwan (terutama kucing) di pusat penjagaan haiwan yang menjadi salah satu berita utama dalam media pada awal bulan September 2011.

Bagaimana pula dengan yang berikut?

 

Sep 8, 2011

Bukit Larut, Taiping, Perak

Pada pertengahan tahun 2011, saya berpeluang ke Bukit Larut (dahulu dikenali sebagai Bukit Maxwell), Taiping, Perak.  Kawasannya terjaga rapi, dan masih mengekalkan rupa bumi dan alam sekitar semula jadi. Ramai juga yang menggunakan tempat dan laluan di Bukit Larut untuk bersenam, berjoging, dan menyusur mendaki melalui laluan pejalan kaki. Pemandangannya indah, nyaman (agak sejuk juga di puncaknya) dan amat sesuai sebagai destinasi pelancongan bagi pelancong dalam negeri dan pelancong luar negara. Kemudahan awam (tandas), tempat rehat, makan dan seumpamanya, termasuk maklumat mengenainya adalah memadai. Tempat penginapan juga ada disediakan di puncak bukit.




NOTA:
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian
1. Petugas kaunter di kaki bukit memaklumkan perjalanan akan memakan masa sekitar 30 minit. Namun, apa yang berlaku perjalanannya cuma tak sampai 20 minit. Kenapa jadi macam tu? Kerana land rover dipandu amat laju (semasa naik mendaki, dan menuruni bukit). Penumpang menjerit ketakutan, tayar land rover berbau hangit dan ber"keriuk", land rover terhoyong hayang semasa mengambil selekoh. Jangan terkejut jika suatu hari akan berlaku kejadian land rover terjun gaung atau melanggar bukit, dan ada penumpang yang parah atau maut.
2.Walaupun waktu perjalanan di atur, namun beberapa kali land rover yang saya naiki (semasa naik dan turun bukit) terserempak dengan land rover jabatan/organisasi lain, traktor yang datang dari arah bertentangan. Amat bahaya!
3. Terdapat seorang pemandu yang bersikap dan bercakap kasar kepada penumpang semasa di puncak bukit dengan enggan membenarkan penumpang tersebut menaiki land rovernya atas alasan land rover tersebut untuk penumpang lain (dan terus bergerak turun bukit), walhal land rovernya masih muat untuk beberapa lagi penumpang, dan land rover sebenar yang digunakan penumpang tadi untuk naik tidak kelihatan di situ (ditemui berehat di kaki bukit)
4. Langkah keselamatan masih longgar dimana terdapat pagar keselamatan penghadang tepi bukit yang sudah hilang.
5. Tong sampah terbiar dan tidak dimanfaatkan oleh pengunjung
6. Di atas bukit (di stesyen terakhir penumpang), tiada pemakluman (oleh jurutunjuk khas) kepada pengunjung tentang tempat-tempat yang boleh dikunjungi. Semasa saya berbual dengan beberapa pengunjung dan memberitahunya di atas lagi masih ada beberapa tempat menarik termasuk kafe, dan lauan, mereka seperti tercengang, dan ada yang berkata, "Eh, ada lagi ker tempat-tempat menarik di sebelah lagi atas?". Mungkin pihak berkaitan menganggap, "Semua orang dah tahu ke mana nak dituju"

Di Kota London

Pada akhir tahun 1994, saya dan beberapa sahabat berpeluang melawat London (atas jasa baik Dr Mohd Tap Salleh (kini Dato')(big boss saya dahulu). Terima kasih Dr.
Diantara perkara yang masih menjadi kenangan saya dan sahabat saya ialah:
1. Kami tiba di London (suhu pada masa itu 0 darjah C), dari Frankfurt dengan penerbang terakhir (tengah malam) dan lapangan terbang Heathrow sudah sunyi. Kami bergegas untuk mengejar keretapi bawah tanah yang terakhir. Tapi, salah seorang sahabat saya pula perutnya meragam, dan berlari ke tandas. Saya menunggunya dan bagasinya dengan penuh debaran dan tegang (suspense)(dah dibahasamelayukan menjadi "suspen"). Kemudian kami terus menaiki keretapi tersebut, dimana di dalam gerabak tersebut, penumpangnya cuma kami empat orang dan seorang pegawai keretapi. Namun keretapi tersebut menamatkan perjalanan separuh jalan (di satu stesyen), dan kami bergegas mencari teksi untuk meneruskan perjalanan dan ke hotel penginapan di Russels Square.
2. Dalam bilik hotel, di bahagian dalam pintu utamanya terdapat notis berikut,
       "DO NOT HELP THIEVES HELP THEMSELVES"
3. Sewaktu makan pagi di kafe (cafe') hotel tersebut, yang disediakan percuma kepada penghuni, kami cuma makan roti dengan jem dan kopi o, kerana "tak berani" makan makanan lain yang ada kandungan daging. Ada kakitangan kafe yang merenung kami, dan terus bertanyakan nombor bilik dan lain-lain maklumat. Mungkin dia tak percaya kami penginap di hotel tersebut, dan mungkin bagi mendapatkan kepastian bahawa kami "layak" untuk makan percuma di situ.






Malang tak berbau

Ada pepatah menyebut, "Malang Tak Berbau". Betul ker? Ini kerana daripada pengalaman saya di bawah, ada juga "Malang Yang Berbau":

Kejadian ini berlaku pada suatu hari minggu (sabtu) beberapa bulan lepas. Saya baru pulang dari pejabat (dah digunakan perkataan "ofis"). Jam sekitar 1 tengah hari. Saya bergegas ke dapur memasak nasi (guna periuk letrik) dan memanaskan sup ekor (lauk kegemaran saya)(menggunakan dapur gas) yang saya sediakan pada awal pagi tersebut sebelum ke pejabat. Kemudian saya terus mandi, solat dan....terlena.... Kemudian saya terjaga, dan berbau daging bakar. Dalam hati saya berkata,

"Best nyer kalu dapat makan daging bakar ngan pencicah..."

Aaaaa!!!! daging bakar????
Sup aku!!!

Saya berlari ke dapur... Ruang dapur dipenuhi asap dari periuk sup, dan berbau seperti daging bakar. Saya cepat-cepat memadamkan api dapur. Tengah hari tu saya cuma makan nasi berlaukkan telor goreng dan ulaman sahaja, sebab lauk utama (sup ekor) sudah hilang.....

Jadi, nampaknya, ada juga "Malang yang berbau", kan?

Terdetik juga di hati saya, "Mungkin ada penghuni-penghuni lain di unit-unit pangsapuri tersebut yang terbau juga 'keharuman daging bakar' saya...". Tentu mereka mengidam, dan meleleh air liur... he he he... Tetapi, mereka tak tau yang saya "sedang berduka"....sebab "kehilangan" sup ekor...

Pesan saya, beringat-ingatlah yer jika memasak menggunakan dapur gas. Ini kerana banyak kejadian kemalangan (termasuk kehilangan harta benda, termasuk tempat kediaman, dan nyawa) akibat dapur gas.

LOGIK tapi tak boleh diterima

Cerita ini berlaku banyak tahun dahulu, dimana saya diminta menyelesaikannya. Kejadian (terbaru digunakan perkataan "insiden" la pulak...) ini berlaku di sebuah kampung di bahagian Utara sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Seorang orang tua di kampung tersebut yang disegani (bukan penyegan) dan dihormati penduduk kampung tersebut (dikenali dengan nama "Pak Ngah") telah menalipon saya meminta saya datang ke kampung tersebut, dan "kalau boleh, dengan kadar segera". Saya  pun bertanya latarbelakang (background)(mungkin tak lama lagi akan ada la perkataan ini di Bahasamelayukan menjadi "bekgraun", he he...). Pak Ngah pun bercerita...

"Tok Mek (nama seorang orang tua di kampung tersebut) tak beri TNB pasang wayar (talian voltan atas bagi bekalan elektrik) melalui tanahnya ke tanah Pak Soh (nama seorang lagi penduduk kampung tersebut) selagi Pak Soh tak beri sebahagian bayaran pampasan yang TNB akan beri kepada Pak Soh, sebab Tok Mek kata Pak Soh dapat duit tu kerana wayar TNB lalu ikut tanah dia (tanah Tok Mek) terlebih dahulu, sebelum wayar tu lalu ikut tanah Pak Soh. Kalau Pak Soh dapat 2000 ringgit, maka 1000 ringgit kena beri kepada Tok Mek. Tu yang Tok Mek nak".

Emm..., logik la juga, sebab, katakan Tok Mek tu A, dan Pak Soh tu B. Maka talian TNB mesti melalui tanah A sebelum dapat melalui tanah B (dan B dapat pampasan). Sebab itulah A menyatakan A juga mahukan sebanyak 50% nilai pampasan yang B terima!

Tak berapa lama kemudian, atas dasar "khidmat masyarakat" dan juga menghormati Pak Ngah, saya pun bertandang ke kampung tersebut. Satu pertemuan pun diatur diantara saya (yang menjadi orang tengah) dengan Tok Mek, Pak Soh, dan dihadiri juga oleh beberapa orang lain termasuk Pak Ngah. Saya pun berkata,

"Sebelum wayar TNB lalu ikut tanah Tok Mek, wayar tu lalui ikut tanah Ayah Mat, kan?"
"Betul".
"Sebelum wayar tu melalui tanah Ayah Mat, ia lalui ikut tanah Pak Pin, Abang Ali, dan sebelum tu lalui ikut tanah Mek Kelsum, Kak Joh, Mamat Buntal...dan...dan...dan...dan... barulah tiba di Stesyen TNB (pencawang utama TNB), kan?"
"Betul".
"Jadi, duit pampasan yang Tok Mek terima daripada TNB tu pun Tok Mek kena kongsi dengan Ayah Mat, Pak Pin, Abang Ali, Mek Kelsum, Kak Joh, Mamat Buntal...dan...dan...dan...dan... Jadi, macam mana Tok Mek?"
"Emmmm...ooo, ggitu ko..... "
"Kalu macam tu, masing-masing terima la bahagian masing-masing dan tak usah la berebut bahagian orang lain... Betul?"
"Baik la Paksu Aziz loyar. Tok Mek setuju...."

Lepas tu kami semua ramai-ramai makan tapai ubi kayu ngan teh "o". Sedap juga.

Macam tu la berurusan dengan masyarakat. Kita kena pakai cara praktikal dan boleh diterima. Tak kan la saya nak merujuk seksyen/peruntukan Akta itu dan ini, undang-undang itu dan ini, untuk menjelaskan kepada mereka. Silap haribulan, dilayangkan anak lesung batu (bukan dilayankan kad merah), ke arah kita,.. naya! he he he....

Cuba dengan lagu berikut, DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU,  emmmm... logik juga, kan?
Tapi, boleh diterima?



Sep 7, 2011

Somtam

Bahan-bahan
Secawan kacang tanah (digoreng rangup dan ditumbuk kasar)
Setengah cawan udang kering (dibersihkan dan digoreng sehingga bangkit bau harumnya, dan ditumbuk kasar)
2 sudu besar budu (sos bilis)
5 ulas bawang putih (dibersihkan dan ditumbuk separuh hancur)
10 biji cili padi hijau (dibersihkan dan ditumbuk separuh hancur)
5 sudu besar gula
Seketul gula melaka (ditumbuk hancur)
1 sudu besar cuka

Caranya
Gaul sebati semua bahan tadi.
Kemudian, sediakan campuran buah betik tua (bukan masak) yang diracik/sagat, mempelam muda yang juga diracik/sagat, timun yang juga didiracik/sagat, potongan nenas, sengkuang disagat/racik. Gaulkan semuanya, dan sedia untuk dihidangkan.

Bubur Kacang Spesial

Bahan-bahan
Secawan kacang hijau (dibersihkan dan direndam dalam air selama sekitar satu jam)
Secawan santan
Secawan gula
5 tongkol gula melaka
Sesudu kecil garam
2 helai daun pandan


Setengah cawan sagu
Setengah cawan kacang tanah (digoreng rangup dan dikisar separuh hancur)
4 cawan air

Caranya
Rebus kacang dengan air sebanyak 4 cawan dan biarkan mendidih sehingga kacang betul-betul empuk dan separuh hancur. Masukkan daun pandan (apabila daun pandan sudah bertukar warna menjadi hampir-hampir kelabu, keluarkan daun pandan tersebut). Masukkan gula melaka, santan, gula, garam, sagu dan kacang tanah. Biarkan semua bahan hancur sebati (tetapi bukan sehingga amat hancur seperti macam bubur gandum). Angkat, dan hidangkan (sejuk atau panas)

Dari tandas ke tandas

Takrif "tandas" (toilet) tidak perlu diberikan, kerana semua kita tahu apa dia dan kegunaannya. Emm, itu cuma tanggapan umum. Namun setiap rumah akan ada tandas, kecuali rumah tradisional yang berada di pedalaman yang masih menggunakan "tandas otomatik" (iaitu kawasan di dalam kebun, di keliling pokok, dan lain-lain, dimana "pelakunya" secara otomatik akan bersembunyi jika ada orang datang.
Rumah yang mahal harganya dan paling canggih akan "hilang" harganya dan kecanggihannya jika tiada tandas. Dengan kata lain, rumah berkenaan tidak akan dibeli/disewa jika tiada tandas. Ini juga tanggapan umum tentang kegunaan asal tandas. Namun, daripada penelitian, semakan, pengalaman, cerita yang saya tahu, tandas juga digunakan untuk perkara-perkara lain:
Pertama, tandas dijadikan tempat melakukan kejahatan-- merompak, menghisap/menyuntik dadah, merogol, mengurung mangsa culik, dan seumpamanya.
Kedua, tandas dijadikan tempat meluahkan perasaan. Contohnya, suatu masa dahulu, di sebuah masjid lama di Johor, saya terbaca pantun berikut:
           Egg is telor
           Wood is kayu
           Pabila saya tidor
           Saya selalu teringat kat you.
Ketiga, tandas juga digunakan sebagai tempat pengiklanan: Iklan ah long, iklan perkhidmatan seks dan homoseks, iklan mengurut batin, dan lain-lain.





Dicadangkan pengurusan mesjid, pihak berkuasa tempatan dan seumpamanya boleh menggiatkan lagi kepelbagai kegunaan tandas secara baik, berguna/bermanfaat, bernilai komersil/positif, dan sebagainya.

Disamping itu, banyak juga tandas menjadi kotor akibat perbuatan perotor (perokok pengotor)



Boleh anda melihat sesuai yang ganjil pada gambar di bawah?