Sep 8, 2011

LOGIK tapi tak boleh diterima

Cerita ini berlaku banyak tahun dahulu, dimana saya diminta menyelesaikannya. Kejadian (terbaru digunakan perkataan "insiden" la pulak...) ini berlaku di sebuah kampung di bahagian Utara sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Seorang orang tua di kampung tersebut yang disegani (bukan penyegan) dan dihormati penduduk kampung tersebut (dikenali dengan nama "Pak Ngah") telah menalipon saya meminta saya datang ke kampung tersebut, dan "kalau boleh, dengan kadar segera". Saya  pun bertanya latarbelakang (background)(mungkin tak lama lagi akan ada la perkataan ini di Bahasamelayukan menjadi "bekgraun", he he...). Pak Ngah pun bercerita...

"Tok Mek (nama seorang orang tua di kampung tersebut) tak beri TNB pasang wayar (talian voltan atas bagi bekalan elektrik) melalui tanahnya ke tanah Pak Soh (nama seorang lagi penduduk kampung tersebut) selagi Pak Soh tak beri sebahagian bayaran pampasan yang TNB akan beri kepada Pak Soh, sebab Tok Mek kata Pak Soh dapat duit tu kerana wayar TNB lalu ikut tanah dia (tanah Tok Mek) terlebih dahulu, sebelum wayar tu lalu ikut tanah Pak Soh. Kalau Pak Soh dapat 2000 ringgit, maka 1000 ringgit kena beri kepada Tok Mek. Tu yang Tok Mek nak".

Emm..., logik la juga, sebab, katakan Tok Mek tu A, dan Pak Soh tu B. Maka talian TNB mesti melalui tanah A sebelum dapat melalui tanah B (dan B dapat pampasan). Sebab itulah A menyatakan A juga mahukan sebanyak 50% nilai pampasan yang B terima!

Tak berapa lama kemudian, atas dasar "khidmat masyarakat" dan juga menghormati Pak Ngah, saya pun bertandang ke kampung tersebut. Satu pertemuan pun diatur diantara saya (yang menjadi orang tengah) dengan Tok Mek, Pak Soh, dan dihadiri juga oleh beberapa orang lain termasuk Pak Ngah. Saya pun berkata,

"Sebelum wayar TNB lalu ikut tanah Tok Mek, wayar tu lalui ikut tanah Ayah Mat, kan?"
"Betul".
"Sebelum wayar tu melalui tanah Ayah Mat, ia lalui ikut tanah Pak Pin, Abang Ali, dan sebelum tu lalui ikut tanah Mek Kelsum, Kak Joh, Mamat Buntal...dan...dan...dan...dan... barulah tiba di Stesyen TNB (pencawang utama TNB), kan?"
"Betul".
"Jadi, duit pampasan yang Tok Mek terima daripada TNB tu pun Tok Mek kena kongsi dengan Ayah Mat, Pak Pin, Abang Ali, Mek Kelsum, Kak Joh, Mamat Buntal...dan...dan...dan...dan... Jadi, macam mana Tok Mek?"
"Emmmm...ooo, ggitu ko..... "
"Kalu macam tu, masing-masing terima la bahagian masing-masing dan tak usah la berebut bahagian orang lain... Betul?"
"Baik la Paksu Aziz loyar. Tok Mek setuju...."

Lepas tu kami semua ramai-ramai makan tapai ubi kayu ngan teh "o". Sedap juga.

Macam tu la berurusan dengan masyarakat. Kita kena pakai cara praktikal dan boleh diterima. Tak kan la saya nak merujuk seksyen/peruntukan Akta itu dan ini, undang-undang itu dan ini, untuk menjelaskan kepada mereka. Silap haribulan, dilayangkan anak lesung batu (bukan dilayankan kad merah), ke arah kita,.. naya! he he he....

Cuba dengan lagu berikut, DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU,  emmmm... logik juga, kan?
Tapi, boleh diterima?



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.