Di atas adalah versi asal dan versi lama. Di bawah ini pula versi baru:
Ada satu keluarga (ibu bapa) kepada seorang perempuan (gadis), dimana gadis ini amat meminati (tergila-gilakan) seorang pemuda yang hensem. Oleh kerana kesihankan anak gadisnya, ibu bapa gadis tadi bertemu dengan ibu bapa pemuda tersebut. Ibu bapa pemuda tersebut agak keberatan menerima gadis tersebut sebagai menantunya, dan berkata,
"Anak lelaki kami ini tak pandai segalanya....buta, bisu. Dia tak pandai berjudi, tak pandai minum arak..."
Setahu ibu bapa gadis tersebut, pemuda tersebut tidak buta dan tidak bisu. Lalu mereka teringat cerita keluarga Sheikh Abdul Kadir Jailani (seperti cerita di atas). Mereka berkata, "Pemuda seperti itulah yang kami cari". Lalu pasangan gadis dan pemuda tadi pun dijodohkan.
Kemudiannya, ibu bapa gadis tersebut mendapati pemuda tersebut kerap pulang lewat malam, dan kadangkala dalam keadaan mabuk, wang yang habis, dalam keadaan membisu dan kerap terlena di hadapan rumah.
Lantas ibu bapa gadis tadi segera bertemu semula dengan besan mereka (ibu bapa pemuda tersebut). Besan mereka pun berkata,
"Itu la yang kami sebut. Anak kami tak pandai berjudi, sebab memang dia akan kalah jika berjudi. Jadi dia tak pandai berjudi la tu. Kalu dia minum arak, walaupun sedikit, dia akan mabuk. Jadi dia tak pandai minum arak. Dia buta, kerana apabila pulang, belum pun sempat masuk ke dalam rumah, dia dah terlena di luar rumah, jadi dia buta tak nampak pintu rumah. Dia juga tak menjawab apa-apa bila kami memarahinya, menasihati dan bertanya dia. Jadi, dia macam orang bisu".
Elok juga mendengar rintihan Ahmad Jais, KE MANA DI MANA, agar kita dapat mempastikan tidak kehilangan juita yang sudah berada disamping...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.