Beberapa hari dalam bulan Ramadhan dan Syawal 1432 Hijrah, terdapat satu "iklan nasihat" yang diterbitkan oleh sebuah organisasi keselamatan jalan raya, dan ditayangkan kerap kali dalam beberapa saluran televisyen. Iklan menunjukkan 3 pemuda kacak dan ceria berdiri di sisi motosikal masing-masing. Selepas itu ditunjukkan seorang gadis yang ceria tetapi tegas memerintahkan seorang pemuda menyalakan lampu belakang salah satu motosikal, dan ternyata lampu belakang berfungsi. Kemudian gadis tersebut mengarahkan pemuda kedua menyalakan lampu depan motosikal yang satu lagi, dan ternyata menyala. Bagus. Bagus. Kemudian gadis tersebut menanyakan jaket/baju keselamatan lantun cahaya berwarna hijau pucuk pisang. Ketiga-tiga pemuda tersebut terus memakainya. Maknanya, semua ada memakai jaket/baju tersebut. Bagus. Bagus. Dan iklan tersebut tamat disitu.
Persoalan:
Bagi motosikal pertama, adakah memadai dengan nyalanya lampu belakang? Lampu depan pula tidak diuji!!!
Bagi motosikal kedua, adakah sudah memadai dengan nyalanya lampu hadapan? Lampu belakang tidak pula diuji!!!
Bagi motosikal ketiga, tak diuji pun nyala atau tidak lampu depan dan belakangnya...!!!!
Mungkin secara tersirat, jika kita menunggang motosikal tiga buah berkonvoi, memadai jika motosikal kedua berada dihadapan (sebab lampu depannya menyala, motosikal ketiga berada di tengah sebab lampu depan dan belakangnya tidak bernyala, dan motosikal pertama berada di belakang kerana lampu belakangnya menyala???
He he he...hi hi hi... Ops...jangan lupa pakai jaket/baju keselamatan walaupun pada siang hari, sebab kita mempunyai jaket/baju keselematan, kan?
NOTA:
Alangkah baiknya jika iklan di atas menunjukkan gadis tersebut mengarahkan ketiga-tiga pemuda tersebut menyalakan lampu depan dan lampu belakang (termasuk lampu brek) motosikal masing-masing (ketiga-tiga motosikal), dan menayakan mengenai pemakaian jake/baju keselamatan...dan "bagus, bagus, bagus" kerana semua lampu bernya dan semua memakai jaket/baju keselamatan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.