Ada pepatah menyebut, "Malang Tak Berbau". Betul ker? Ini kerana daripada pengalaman saya di bawah, ada juga "Malang Yang Berbau":
Kejadian ini berlaku pada suatu hari minggu (sabtu) beberapa bulan lepas. Saya baru pulang dari pejabat (dah digunakan perkataan "ofis"). Jam sekitar 1 tengah hari. Saya bergegas ke dapur memasak nasi (guna periuk letrik) dan memanaskan sup ekor (lauk kegemaran saya)(menggunakan dapur gas) yang saya sediakan pada awal pagi tersebut sebelum ke pejabat. Kemudian saya terus mandi, solat dan....terlena.... Kemudian saya terjaga, dan berbau daging bakar. Dalam hati saya berkata,
"Best nyer kalu dapat makan daging bakar ngan pencicah..."
Aaaaa!!!! daging bakar????
Sup aku!!!
Saya berlari ke dapur... Ruang dapur dipenuhi asap dari periuk sup, dan berbau seperti daging bakar. Saya cepat-cepat memadamkan api dapur. Tengah hari tu saya cuma makan nasi berlaukkan telor goreng dan ulaman sahaja, sebab lauk utama (sup ekor) sudah hilang.....
Jadi, nampaknya, ada juga "Malang yang berbau", kan?
Terdetik juga di hati saya, "Mungkin ada penghuni-penghuni lain di unit-unit pangsapuri tersebut yang terbau juga 'keharuman daging bakar' saya...". Tentu mereka mengidam, dan meleleh air liur... he he he... Tetapi, mereka tak tau yang saya "sedang berduka"....sebab "kehilangan" sup ekor...
Pesan saya, beringat-ingatlah yer jika memasak menggunakan dapur gas. Ini kerana banyak kejadian kemalangan (termasuk kehilangan harta benda, termasuk tempat kediaman, dan nyawa) akibat dapur gas.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.