Di Malaysia juga telah ada undang-undang bertulis (statut) yang mengenakan hukuman bagi kesalahan menzalami haiwan tanpa alasan yang sah atau munasabah, iaitu di bawah Ordinan (Akta) Haiwan-haiwan 1953.
Apakah perbuatan yang dianggap “penyeksaan” atau “kezaliman” terhadap haiwan?
Helen Hemingway (1978) mentakrif “kezaliman” atau “penyeksaan” terhadap haiwan sebagai pengenaaan kesakitan, penderitaan atau kematian ke atas haiwan yang dilakukan dengan sengaja dan dengan kemahuannya sewenang-wenang, atau sesuatu pembiaran ke atas haiwan yang dibuat dengan niat jahat atau secara sengaja.
John B. Saunders (1977) mendefinisikan “penyeksaan terhadap haiwan” sebagai menjadikan haiwan menanggung penderitaan sakit.
Kesalahan “penyesaan terhadap haiwan” di bawah seksyen 44 Ordinan (Akta) Haiwan-haiwan, 1953, merujuk kepada jenis-jenis perbuatan yang berikut:
- Memukul atau menendang secara kejam
- Memberi layanan buruk
- Dipandu berlebihan
- Dimuatkan berlebihan
- Memarahkan berlebihan
- Menakut-nakutkan
- Tidak memberi cukup makan atau minum semasa haiwan dikurung atau diangkut
- Melakukan sewenang-wenang apa-apa perbuatan yang menyebabkan haiwan itu mendapat seksa atau kesakitan
- Mengangkut haiwan dengan cara atau kedudukan menyebabkan menanggung derita
- Menggunakan haiwan yang cedera atau sakit dalam melakukan apa-apa kerja
- Melagakan atau melakukan perlawanan gigit antara haiwan (kesalahan termasuk orang yang menguruskan tempat perlagaan itu)
Nota:
Perbuatan yang menjadi kesalahan yang disenaraikan seperti di atas, terutama bagi tujuan seksyen 44 (1)(b), (d), (e) dan (f), juga termasuk kesalahan yang dilakukan oleh “tuan punya” kerana ia “membenarkan” haiwannya diperlakukan sedemikian.
Di atas adalah sedutan daripada buku, Abdul Aziz Hussin. 1990. Tanggungjawab Manusia Terhadap Haiwan Di Sisi Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.21 dan 23.
Menurut peruntukan seksyen 44(1) Akta yang sama, orang/pihak yang didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan menyeksa haiwan, boleh didenda sehingga RM200 atau dipenjarakan sehinggan 6 bulan, atau kedua-duanya.
NOTA:
Peruntukan tentang hukuman inilah yang dicadangkan dipinda, kerana dikatakan terlalu rendah (amaun penaltinya). Ia tercetus hasil daripada beberapa kejadian penyeksaan haiwan (terutama kucing) di pusat penjagaan haiwan yang menjadi salah satu berita utama dalam media pada awal bulan September 2011.
Bagaimana pula dengan yang berikut?
Bagaimana pula dengan yang berikut?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.