Lanjutan daripada perkara tersebut, pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah perlu diberikan tanggungjawab dalam hal ini, iaitu bagi memberikan latihan yang secukupnya kepada pekerja yang akan bekerja di tapak bina ini. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam akhbar Utusan Malaysia 
Selain itu, dalam mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penggunaan peralatan keselamatan oleh pekerja di tapak bina ini, maka adalah juga perlu bagi pihak majikan ini mengambil tindakan serta melaporkan pekerja– pekerja yang tidak memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak bina. Di sini, majikan seharusnya tidak perlu berasa simpati terhadap pekerja yang diambil tindakan itu. Hal ini penting bertujuan utamanya semata–mata untuk melindungi pekerja terbabit daripada risiko bahaya yang tidak disedari di tapak bina.
Dalam pada itu, majikan yang cuba 
Apa yang penting disini ialah seharusnya pihak kontraktor (majikan) mematuhi segala peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. Hal ini adalah penting bagi tujuan menjamin aspek keselamatan ini dipatuhi secara menyeluruh oleh pihak lain dan pekerja. Sekiranya didapati kontraktor ini melanggar peraturan atau mengabaikan keselamatan pekerja di tapak bina ini, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan memberikan amaran dan mengambil tindakan yang tegas menggantung atau membatalkan lesen mereka dengan serta-merta iaitu dengan tujuan memberikan contoh teladan kepada kontraktor lain yang terlibat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Seharusnya pihak pengurusan majikan bertanggungjawab dalam menyediakan peralatan keselamatan yang baik dan mencukupi kepada pekerja agar potensi berlakunya kemalangan dapat dielakkan. Pengurusan keselamatan yang cekap dipihak majikan dalam memberikan latihan dan cara penggunaan peralatan keselamatan yang betul serta kepentingan pemakaian peralatan keselamatan ini juga adalah perlu diadakan dan ditekankan secara berterusan. Akibat daripada tidak memakai peralatan keselamatan semasa menjalankan kerja di tapak bina ini juga adalah perlu diberitahu kepada pekerja. Ini penting untuk menyuntik rasa tanggungjawab terhadap penggunaan peralatan keselamatan ini di kalangan pekerja seterusnya merangsang diri agar menghargai nyawa mereka sekiranya tidak memakai peralatan keselamatan ini. 
Majikan yang tidak melaksanakan tanggungjawab menyediakan peralatan keselamatan yang perlu dan latihan kepada pekerja di tapak bina ini juga seharusnya diambil tindakan tegas dari segi undang–undang. Hal ini perlu supaya mereka dapat menyedari akan pentingnya penyediaan peralatan keselamatan dan latihan bagi penggunaan peralatan keselamatan yang betul diberikan kepada pekerja iaitu bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka semasa bekerja di tapak bina. 
Selain daripada kursus, latihan, peraturan dan tindakan wajib yang dikenakan ke atas pekerja dan majikan, maka pihak majikan juga seharusnya menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi iaitu bagi melaksanakan segala program yang berkaitan dengan kesedaran keselamatan pekerjaan ini. 
Bagi mencapai matlamat kemalangan sifar seperti yang telah diwarwarkan, maka program–program berbentuk ke arah kesedaran terhadap keselamatan diri pekerja di tapak bina ini adalah perlu sentiasa diadakan secara berterusan. Perkara ini penting semata–mata demi memupuk rasa kesedaran di dalam jiwa masing–masing tentang pentingnya memakai peralatan keselamatan ini semasa bekerja di tapak bina iaitu bagi melindungi diri mereka daripada tercedera. Justeru itu, dengan adanya kesedaran dan sikap berhati–hati di kalangan pekerja ini, maka adalah diharapkan agar matlamat kemalangan sifar dapat dicapai. 
Selain itu juga, kempen–kempen yang diadakan seperti “Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan” juga adalah perlu diteruskan dan dikekalkan. Ini adalah kerana kempen yang diadakan ini adalah berguna kepada pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat“. Justeru itu, segala aktiviti dan rancangan yang telah diatur ini adalah perlu disokong oleh semua pihak iaitu bagi memastikan semua peringkat masyarakat terutamanya majikan dan pekerja dapat memperolehi maklumat dan pengetahuan yang boleh diamalkan iaitu bagi meninggikan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini. 
NOTA:
Di atas adalah sedutan manuskrip buku, Nurul Azita Salleh & Abdul Aziz Hussin. 2007. Penggunaan Alat Keselamatan Di Tapak Bina.

 
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.