Dec 26, 2013

“Ayat 1000 Dinar‎”



Sejarah Dinamakan “Ayat 1000 Dinar‎”

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki di sebuah negara di Timur Tengah yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Ayat tersebut adalah seperti berikut:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya (daripada sumber) yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (dalam segalanya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


Maka beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎ Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir. Kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak dengan kuatnya. Namun pedagang  tidak putus-putus membaca ayat tersebut, sehingga sampai satu ketika kapal itu pun karam dan semua anak kapal mati lemas, kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎ Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar “Ayat ‎‎1000 dinar”.‎

Dec 23, 2013

Sahabat lama... Halim Daud

Ini gambar sahabat saya HALIM DAUD dan isterinya, yang kini "berhijrah" dan menetap di satu kampung di Perlis. Setelah berpencen, dan semua anak telah berkeluarga/mencari kehidupan sendiri, maka mereka kini tingal berdua dengan bertemankan sebidang tanah pertanian yang terletak di tepi sebuah sungai yang kecil.... Sunggguh menarik tempatmu, wahai sahabat. tenang dan menenangkan jiwa...

Saudara Halim, ini saya hadiahkan sebuah lagu, nyanyian Abiet G. Ade, berjodol "BERITA KEPADA KAWAN"..
video

Yang TERSEMBUNYI dan TERSIRAT

Perhatikan gambar berikut: Apakah yang TERSEMBUNYI dan TERSIRAT disebaliknya?



Dec 18, 2013

Sekitar Kenduri Sempena Pernikahan Luqman

Berikut beberapa gambar kenangan kenduri sempena pernikahan anak saya, Luqman Nulhaqem pada 14 Disember 2013, di Jengka 24, Pahang:







Dec 17, 2013

Anugerah "Sijil Dekan"

Berikut gambar-gambar sebahagian pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM yang mendapat Anugerah "Sijil Dekan" atas kecemerlangan akademik (mendapat GPK 3.50 ke atas) pada petang 16 Disember 2013:


TAHNIAH kepada semua mereka. (TAHNIAH juga kepada Kak Lang, Nur Izzatul Asyqem, anak abah tu, yang setakat ni, setiap semester mendapat Anugerah yang serupa, he he he...)
Apapun, seperti nasihat Dekan, Prof Madya Dr Aldrin Abdullah, "...kita juga mesti cemerlang dalam sahsiah diri, kemahiran perhubungan sesama dan antara manusia, dan lain-lain..."
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Dec 16, 2013

Abang Ngah Kahwin...

Pada jumaat, malam sabtu 13 Disember 2013 (10 Safar 1435) berlangsung Majlis Akad Nikah anak lelaki saya (Abang Ngah)(Luqman Nulhaqem) dengan Norhasliza Ramli, di Jengka 24, Pahang. Alhamdulillah akad nikah tu lancar (sekali sebut jer lafaznya..), he he he..

a. Rombongan pengantin lelaki



b. Urusan Akad nikahnya



 c. Ahli keluarga pengantin perempuan












PESAN ABAH:
SETELAH BERGELAR SUAMI-ISTERI TU, KENA BANYAK SABAR, KENA BANYAK BERUNDING, KERAPKAN SOLAT BERJEMAAH (Abang Ngah menjadi imam), SAMA-SAMA BERUSAHA GIGIH DAN TABAH MENCARI REZEKI YANG HALAL. BERDOALAH SETIAP MASA AGAR MENJADI KELUARGA YANG TERBAIK (DUNIA DAN AKHIRAT). Aamiiin....

Dec 13, 2013

Ceramah Anjuran Setiausaha Kerajaan Kelantan: "Kemiskinan Bandar"

Berikut gambar-gambar Seminar Pembangunan Tanah anjuran Pejabat SUK Kelantan dan Persatuan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kelantan yang diadakan pada 9 Disember 2013 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Saya menyampaikan ceramah dan diskusi, 
"KEMISKINAN & PEMBANGUNAN BANDAR: PERSPEKTIF PEMILIKAN HARTA"






Dec 12, 2013

Kenduri Kerana Berkhatan

Gambar ini diambil pada 8 Disember 2013 di sebuah Kampung Bintung, dekat Kangar, Perlis. Musim cuti sekolah ni, ramai la budak lelaki yang kena "sembelih", ops, dikhatankan..he he he.. Mesti "kena" la acara tu seorang sekali (pssst, termasuk saya)... Tapi, ada pula la dibuat kenduri... (walaupun yang makan kenduri tu tak ler termasuk budak yang dikhatankan...)


Tandas VIP?

Berikut adalah gambar menunjukkan satu tandas di satu masjid yang dikunci, yang dikhaskan untuk VIP. Dengan melihat keadaan tandas, VIP mana yang sudi masuk ke tandas dan kemudian menggunakan tandas tersebut? Atau....perkataan "VIP" tu, bermaksud apa?




Dec 3, 2013

Di Sempadan Kelantan-Thailand

Gambar-gambar berikut saya ambil pada 6 November 2013 di beberapa lokasi sempadan Kelantan-Thailand. Gambar-gambar ini menceritakan, mempunyai versi, terdapat  kesan, dan perlukan tindakan, dalam banyak perkara. Tafsirkan sendiri...




 


YANG MANA SATU?



Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga

Bagai Melepaskan Batok Di Tangga

Bagai Melepaskan Betok Di Tangga


“Betuk” adalah nama lain bagi ikan puyu (anabas testudineus).

“Batuk” adalah mengeluarkan nafas dari para-paru dengan keras dan bising bunyinya (Kamus DBP).

“Batok” pula adalah sejenis perkakas penceduk yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Pada dahulu kala, menurut adat orang Melayu, sebelum seseorang naik ke atas rumah, orang berkenaan akan membasuh kaki dulu menggunakan air dari satu bekas bernama tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan tersebut.

Nov 26, 2013

Cuti Hujung Minggu HARI JUMAAT


Mulai 1 Januari 2014, Negeri Johor (untuk pentadbiran awam Negeri dan badan-berkanun Negeri sahaja) akan bercuti hujung minggu pada jumaat dan sabtu.

Berikut beberapa laporan yang relevan:

Cuti mingguan Johor diubah kepada Jumaat dan Sabtu
 Astro Awani | Kemas kini: November 23, 2013
http://www.astroawani.com/news/show/cuti-mingguan-johor-diubah-kepada-jumaat-dan-sabtu-25867

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
Titahnya pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai  agama rasmi.
Titah baginda keputusan muktamad itu dibuat selepas membuat penilaian terhadap beberapa pandangan.
Titahnya, ia bagi memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.
“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.”
Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Hari Keputeraanya kali ke -55 di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.
Jelas baginda hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan umat Islam wajar memperbanyakkan amalan yang dituntut kerana ganjarannya yang besar dan berlipat kali ganda.
Negeri Johor pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu sebelum tahun 1994.
Malah negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terenganu turut mengamalkan cuti Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu di negeri tersebut.
Sementara itu, baginda menyarankan agar Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ) mewujudkan talian secara online bagi menyalurkan maklumat berkaitan agama kepada seluruh umat islam.
Ianya bagi memberikan maklumat yang betul kepada umat Islam melalui satu sumber yang boleh dipercayai.


Swasta tidak terikat cuti Jumaat, Sabtu - MB Johor
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131124/dn_26/Swasta-tidak-terikat-cuti-Jumaat,-Sabtu---MB-Johor
PASIR GUDANG 24 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan.
"Terpulang kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini Ahad.
Beliau berkata, sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.
Mohamed Khaled berkata, sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi pada Ahad.
"Sebelum ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan negeri kerana kesibukan urus niaga tetapi sekarang dengan pertukaran tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada Ahad," katanya.
Sebuah media Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu.
Mohamed Khaled berkata, sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi.
Kerajaan negeri, katanya, akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti hujung minggu itu sebelum 1 Januari tahun depan.
"Ini akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya.
Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar Sabtu. - BERNAMA

Berikut senarai Negara di dunia yang salah satu hari CUTI MINGGUAN adalah Hari Jumaat:

Afghanistan
Algeria
Arab Saudi
Bahrain
Bangladesh
Brunei Darussalam
Emirates Arab Bersatu
Iran
Iraq
Israel
Jordan
Kuwait
Libya
Maldives
Mauritania
Mesir
Oman
Qatar
Sudan (Republik Islam)
Syria
Yemen

Nota:
Austria (Jumaat bekerja separuh hari)

Sila teliti kenyataan berikut tentang justifikasi CUTI HARI JUMAAT di Arab Saudi...


24 June 2013 Last updated at 12:24 GMT
http://www.bbc.co.uk/news/business-23031706
Saudi Arabia switches start of weekend from Thursday to Friday
Saudi Arabia is to change the start of its two-day weekend from Thursday to Friday, official sources say.
The change will bring it into line with other countries in the region and help co-ordinate business and banking days.
A similar proposal in 2007 was rejected, but the Saudi business community has been lobbying for the change so that it can harmonise its activities with regional commercial hubs, such as Dubai. A royal decree takes effect this week.
After Oman switched to a Friday-Saturday weekend last month, Saudi Arabia was the only country left among the six-member Gulf Co-operation Council to persist with the old format.
A statement carried by the the national Saudi news agency SPA said the change, decreed by King Abdullah, was "for the sake of putting an end to the negative effects and the lost economic opportunities consistently associated with variation based on work days between local departments, ministries and institutions and the regional and international counterparts."
It will mean that Saudi businesses will now have four working days overlapping with Western and regional businesses rather than three, making it easier to trade.
Friday remains a holiday in Muslim countries because it is a holy day set aside for communal prayer.

Friday-Saturday weekend to up productivity
Arab News 2013  Tuesday, 26 November 2013 | 22 Muharram 1435 AH
The Shoura Council will soon discuss the issue of changing the country’s weekend to Friday and Saturday instead of Thursday and Friday.
Shoura member Khidr Al-Qurashi said the idea of changing the weekend had been brought up before but not discussed. He said a change would benefit financial institutions, foreign agencies and citizens.
Saud Al-Shammari, a member of the Shoura’s foreign affairs committee, said Saudi Arabia was different from other countries in the world in terms of weekend holidays. Neighboring Middle East countries have their weekend on Friday and Saturday, which means Saudi Arabia has four working days coinciding with them, and only three with other countries.
Shoura member Asia Al-Asheikh supports a change, saying it would increase productivity.
Fuad Halabi, chairman of the foreign investment committee at the Jeddah Chamber of Commerce and Industry (JCCI), said the Thursday and Friday holiday prevents many Saudi companies from communicating and managing their interests with their international counterparts for two days of the week. They are only able to have three days for international dealings because overseas countries have their weekends on Saturday and Sunday. Approving Saturday instead of Thursday would be better for foreign trade, he added.
Yasin Al-Jifri, a financial analyst, said four days are lost currently in communication with foreign companies, which has an impact on traders and banks. “I hope the new weekend holiday is implemented.”
The head of the JCCI’s securities committee, Muhammad Al-Nufaie, said working on Saturday has an impact on important sectors of the local economy.
Having Saturday as a holiday is an economic requirement to connect the Kingdom with the international economy, he said.


Berikut adalah FATWA tentang...
Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pertukaran-cuti-hujung-minggu-dari-hari-jumaat-ke-hari-ahad-0

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Tarikh Keputusan: 11 May, 1988
Keputusan:
Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja. Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis. Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka. Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.

Ini pula versi saya tentang cuti hari Jumaat:
1. Seingatan saya, selain Perlis, negeri Pahang dulu pun bercuti pada hari Jumaat.
2. Bagi saya yang sering berada di syaf hadapan pada waktu sebelum sehingga selepas solat Jumaat, di negeri yang tidak bercuti hari Jumaat, saya dapati "ramai juga" yang datang untuk solat jumaat yang muncul pada bahagian akhir khatib membaca khutbah, atau apabila hampir sahaja solat jumaat akan di dirikan, dan keluar dengan segera sebaik sahaja imam memberi salam siap solat. Jika khutbah Jumaat agak panjang, maka ada yang resah, dan ada yang akan memberikan komen apabila pulang ke pejabat selepas itu. Ada juga orang Islam lelaki, yang saya difahamkan oleh staf wanita, yang mengambil kesempatan rehat jumaat untuk keluar "ke tempat lain, selain ke mesjid". Ramai juga yang datang itu dengan pakaian kerja, seperti berseluar panjang (yang saya bimbang juga ianya sudah tidak bersih bagi tujuan menunaikan solat sebab sudah dipakai separuh hari dan sudah menjelajah ke banyak tempat termasuk tandas)(kecuali bagi mereka yang sudah mengambikira bahawa seluar tersebut akan digunakan untuk bersolat jumaat dan yakin ianya bersih).
3. Di negeri yang hari Jumaatnya adalah hari bercuti, saya dapati ramai juga para ahli jemaah yang mengambil peluang bersua muka dan mengambil masa bertemu sahabat handai bersantai dalam kumpulan kecil di sana sini di dalam kawasan masjid sebaik sahaja selepas solat jumaat. Ini suatu yang baik untuk jalinan kemasyarakatan.
4. Saya lebih suka cuti hujung minggu adalah hari Jumaat dan sabtu.
5. Dalam kes Negeri Johor, adalah elok jika SEMUA perkhidmatan (jabatan dan badan berkanun Negeri DAN Persekutuan) menseragamkan cutinya iaitu JUMAAT DAN SABTU. Ini bagi mengelakkan "kecelaruan" dan "salah faham/mengerti" kepada pelanggan yang mahu berurusan, dangan soalan: "Hari ni hari apa? Sebab saya nak berurusan dengan Jabatan..., yang cuti atau tidak pada hari ni?". Lagipun, kalau diselaraskan diantara Negeri dan Persekutuan, maka ia benar-benar menampakkan "kesepakatan".Jika Negeri, ikut cuti Negeri (jumaat dan sabtu), dan Persekutuan, ikut cuti Persekutuan (sabtu dan ahad), maka makin "bercelaru" dan lebih menyukarkan rakyat termasuk penjawat awam. Contohnya, si suami bekerja sebagai penjawat awam Persekutuan, dan si isteri yang bertugas sebagai penjawat awam Negeri, maka pasangan ini cuma dapat bersama untuk berziarah dan lain-lain cuma pada hari sabtu sahaja. Bagaimana pula jika mereka ada anak yang bersekolah (sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan). Alangkah eloknya jika "diharmonikan" menjadi SEMUA (Jabatan dan badan berkanun Persekutan dan Negeri) CUTI HARI JUMAAT DAN SABTU (seperti diamalkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu).