Aug 22, 2012

Hari Raya 1433/2012: Hari Ke-4

Ni gambar-gambar sebahagian tetamu, termasuk para tetamu cilik pada hari ke-4 raya, rabu, 4 Shawal 1433/22 Ogos 2012...





Ini lagu raya  oleh Oslan Husein, "Lebaran", sebuah lagu lama yang amat saya minati semenjak kecil lagi...


Aug 21, 2012

Hari Raya 1433/2012: Hari Ke-3 (sambungan)

Pada petang, selepas asar hari raya ke-3, selasa 3 Shawal 1433/21 Ogos 2012, saya mendapat dua kumpulan tetamu saudara mara berkunjung ke rumah... Alhamdulillah kerana mereka masih ingat kepada kami...

Ahli keluarga Pakdeh Ya (Zakaria), Kampung Jerek






Hari Raya 1433/2012: Hari ke-3

Hari Ketiga Lebaran, Selasa, 3 Shawal 1433 (21 Ogos 2012). Pada hari ke-3 ni, giliran kami sekeluarga pula keluar menziarah ahli keluarga jauh dan dekat...

Bersama ahli keluarga anak saudara dan keluarganya serta ibu saya di FELDA Chiku 5


 


Bersama ahli keluarga Kak Fatimah di Paloh 1

 


Bersama ahli keluarga Wan Sulaiman, Renok Baru

 
 




Kemalangan Jalan Raya Di Bukit Sejuk, Gua Musang, Kelantan

Pada sekitar jam 10 pagi, 21 Ogos 2012, semasa saya sekeluarga dalam perjalanan dari arah bandar Gua Musang ke arah Kuala Krai, Kelantan, saya sempat merakamkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton Saga, sebuah van Toyota Avanza, sebuah proton wira dan sebuah motosikal di sekitar km 23 (dari arah Gua Musang)(di suatu kawasan yang terkenal dengan banyaknya kemalangan maut yang berlaku, iaitu "Bukit Sejuk" atau dikenali juga sebagai "Bukit Botak"). Kemalangan baru sahaja berlaku sekitar 10 minit sebelum kami tiba, dan mangsa-mangsa cuba dibantu pengguna jalan raya yang lain. Pihak berkenaan (polis, ambulans dan lain-lain) belum lagi tiba....

 


Nota: Saya difahamkan oleh pihak yang berkenaan bahawa kemalangan ini tidak melibatkan "kemalangan maut",dan  cuma beberapa orang dirawat di Hospital Gua Musang.


Aug 20, 2012

Hari Raya 1433/2012: Hari Ke-2

Hari Kedua Lebaran, Isnin, 2 Shawal 1433 (19 Ogos 2012). Bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai...
















Graffiti... Kaki Conteng

Kalu dah kaki conteng (graffiti) tu, apa jer, dia akan conteng...conteng...conteng....

Raya 1433/2012: Hari Pertama



Hari Pertama Lebaran, ahad, 1 Shawal 1433 (18 Ogos 2012). Bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai...




 











Aug 15, 2012

Mengembara Ke Malang, Indonesia: Cerita 1

Pada 13 Julai 2012, saya berpeluang mengembara dengan menaiki bas dari Surabaya ke Malang, Indonesia. Berikut adalah gambar-gambar dan video yang boleh saya kongsikan dengan saudara semua. Gambar-gambar ini adalah catatan perjalanan pergi ke Malang, dan pulang dari pulang ke Surabaya. Ia menceritakan banyak perkara...


 



Apapun, mengembara sebegini, terasa sangat sepinya...seperti di tanah gersang rasanya, bak ungkap Al-Jawaher, "Kembara Di Tanah Gersang"... Terasa indahnya dan rinduku pada tanah air sendiri..


Aug 14, 2012

Ayah dan Ibu: Kenangan di Lebaran

Awal pagi ini, 14 Ogos 2012 (25 Ramadhan 1433), saya menyapa seorang staf,

"Assalamualaikum, apa kabar? Selamat meneruskan puasa yang dah sampai penghujungnya.. Emmm, macam mana persiapan raya?"

"Alaikummussalam...Kian hari semakin berlalu ramadhan...Cuma beberapa hari jer la kita akan menyambut Lebaran... Kian hati saya meruntun rindu teramat sangat pada bonda dan ayahanda yang dah tiada.. Serasa mahu diputar kembali waktu nan lalu untuk bersama mereka..."

"Itu la kehidupan...Lunakkan la hati kita dengan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Kita pun akan menyusuri mereka, dan moga kita akan dapat kekal bersama mereka di sana kelak...". Itu ungkap saya kepada dia.

Cuba hayati lagu, "IBU", oleh penyanyi Sulis ini...


Ini pula nukilan Ebiet G Ade dalam lagu "TITIP RINDU BUAT AYAH"...

Apapun, itu adalah secebis gambaran hati seorang anak apabila menjelangnya HARI LEBARAN. Namun, jika kita benar-benar sayangkasih kepada mereka yang bergelar IBU (atau mak, mama, mami, ummi, dan lain-lain gelaran) dan AYAH (abah, pak, ayah, dedi, dan lain-lain gelaran), maka kekalkanlah berdoa agar mereka dilindungi Allah (swt) di dunia dan di akhirat, dan kita yang masih bernyawa ini, kekal menjadi ANAK YANG BAIK (atas pelbagai konotasinya, terutama sebagai "anak yang soleh/solehah"), yang senantiasa membuat kebaikan.



Aug 12, 2012

Cenerai

Ini adalah pokok dan buah cenerai (Grewia tomentosa)

Semasa saya budak-budak dahulu, saya mencari buah cenerai ini untuk tujuan berikut:
Pertama, untuk dimakan (terutama yang dah masak, yang rasanya masam-masam manis);
Kedua, mengintai burung yang datang memakan buah cenerai, dan jika ada, saya akan memukul burung tersebut (biasanya burung cap padi, burung kunyit, atau burung kelicap) dengan batang buluh kecil atau batang ubi, dan bila burung terjatuh, saya segera menyembelihnya (untuk dibuat lauk), atau saya meletakkan getah perangkap, dan apabila burung terpijak getah tersebut, saya akan menangkapnya;
Ketiga, buah cenerai yang masih hijau, dibuat peluru bagi permainan pistol buluh. Buluh yang digunakan dipanggil "buluh peleting", dan dimasukkan buah cenerai tersebut ke dalamnya, dan kemudiannya akan dimasukkan kain basah atau gabus daripada pokok ubi kayu, dan dijoloknya dengan batang/lidi besar buluh, dan lepas tu ditala (dihalakan) la ke arah "musuh" dan...peng...!!! Kalau kena, pedih la juga, dan kadangkala orang yang terkena peluru tersebut meluru kepada saya nak bagi penampar, dan saya la yang kena meluru lari jauh-jauh...ha ha ha... Maklum la, budak....

Tu cerita nostalgia masa dulu-dulu...

Sekarang ni, nak dijadikan cerita, pokok cenerai ni terdapat tumbuh berhampiran pejabat saya di kampus induk USM, Pulau Pinang. Maka sekali sekala semasa saya merenung melihat burung hinggap, saya pun terkenang kisah-kisah di atas: Walaupun saya tidak lagi la turun memukul/menangkap burung tersebut untuk dibuat lauk, atau memakan buah cenerai masak, atau mengambilnya untuk dibuat peluru pistol buluh.... Bukan apa, takut Dekan ternampak, dan dia pun, "Ehemmm, eheemmm....", he he he... Masa dah berlalu, tetapi mungkin suatu hari akan ada kajian saintifik dan lain-lain yang akan dilaksanakan secara intensif untuk memanfaatkan buah cenerai, daun cenerai, pokok cenerai (dimana semasa saya berjalan untuk pergi dan pulang ke sekolah dahulu, pokok cenerai adalah diantara pokok yang saya singgah sekejap untuk berteduh dan menghilangkan penat....). Itulah diantara rahmat Allah (swt) terhadap pokok yang bernama "cenerai" yang sempat saya nikmati. Alhamdulillah...

"TIDAK SETIA KEPADA DIRI SENDIRI"?

Amat sukar untuk difahami dan diletakkan justifikasi apabila seseorang didapati tidak setia kepada dirinya sendiri. Diri yang “dibina” tuhan dengan ciri terbaik dan lengkap, namun kita sendiri pula mencacatkan, atau memusnahkannya. Diantara sikap dan sifat seseorang yang tidak setia kepada dirinya sendiri, antaranya ialah:
Menyuntik atau menggunakan dadah;
Bermain mercun (sehinggakan terdapat kes putus tangan, jari, buta mata dan lain-lain);
Menghisap rokok (walaupun sudah termaklum rokok mengandungi pelbagai "racun" berbahaya);
Minum minuman yang memabukkan; dan
Memandu/menunggang “seperti orang gila” yang berkemungkinan besar akan hilang nyawa, harta, anggota, atau fikiran (menjadi koma atau tidak siuman).
Ketidaksetiaan sedemikian juga mempunyai implikasinya sendiri daripada perspektif ekonomi, sosial, dan juga undang-undang, terutama undang-undang jenayah.

Q: BOLEHLAH KITA PAKAT-PAKAT PESAN KEPADA DIRI SENDIRI PADA SETIAP MASA:
"AKU BERTEKAD UNTUK TETAP SETIA KEPADA DIRI SENDIRI"

Aug 11, 2012

Mengira “Masa” dan “Tempoh”: Aplikasi Islam

PENGENALAN



Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar


PERSOALAN DAN ISU:

Daripada Perspektif Islam, Bagaimana Mengaplikasi Masa/Tempoh Di Malaysia?

Lihat contoh-contoh berikut:
1.      Jika menghukum pesalah, misalnya menghina Agama Islam, dan pesalah dihukum penjara, maka akan dihukum, misalnya, “Dipenjarakan satu tahun”

Misalnya:

ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992 (NEGERI PERAK)
Seksyen 14. Mencela, menghina dsb., Agama Islam.

Sesiapa yang dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan, atau selainnya dengan apa cara jua pun-
(i) mencela atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencela atau menghina Agama Islam; atau
(ii) mempersenda, mengajuk atau mengejek-ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan dengan Agama Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

PERSOALAN: Dalam aplikasinya, apa maksud, “... dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun ...”?

Jika kita bertanya, orang berkenaan memberikan jawapan bahawa, ”Jika Si A mula menjalani hukuman penjara 2 tahunnya pada 1 Januari 2009, maka tempoh maksima dia akan menjalani hukuman, dan dibebaskan ialah pada 31 Disember 2010” (iaitu 365 hari x 2 tahun Masehi = 730 hari). Betulkah? Atau, sepatutnya jawapannya, ”Jika Si A mula menjalani hukuman penjara pada 1 Januari 2009, yang bersamaan pada 4 Muharam 1430 Hijrah, maka tempoh maksima dia akan menjalani hukuman, dan akan dibebaskan ialah pada 7 Disember 2010, yang bersamaan dengan 29 Zulhijjah 1431 Hijrah (iaitu 354 hari x 2 tahun Hijrah = 708 hari)”.

2. Tempoh Eddah

Lama eddah bagi suami yang meninggal dunia, tempoh iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu eddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
(Surah al-Talaq: 4)


Bagi isteri yang kematian suami, 'iddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suaminya.

"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari”.
(Surah al-Baqarah: 234)

PERSOALAN: Dalam aplikasinya, apa maksud, misalnya, “…'iddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suaminya...”?

Katakan Puan M kematian suami pada 3 Mac 2010 (yang biasanya digunakan tarikh tahun Masehi dalam Sijil Kematian suaminya), maka adakah ’iddah 4 bulan 10 hari itu akan tamat pada 14 Julai 2010? Atau sebenarnya adalah: Jika Puan M kematian suami pada 3 Mac 2010 (dicatatkan sedemikian di dalam Sijil Kematian suaminya, YANG MESTI JUGA MENCATATKAN TARIKH MENGIKUT TAHUN HIJRAH, iaitu “bersamaaan 17 Rabiul Awal 1431 Hijrah”), maka ‘iddah 4 bulan 10 hari itu akan tamat pada 28 Rejab 1431 (11 Julai 2010). Ini bermakna maksud 4 bulan 10 hari = 112 hari (menurut hari dalam tahun Hijrah)

3. Mengira tempoh umur

Contohnya Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah, iaitu bersamaan dengan 20 April 571 Masehi. Baginda wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, iaitu bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi, dimana umur Baginda adalah 63 tahun. Sebenarnya umur baginda yang dicatatkan “63 tahun (lebihkurang itu) adalah menurut tahun Hijrah. Jika menurut tahun Masehi, baginda wafat ketika umurnya sekitar 61 tahun sahaja. Jadi tidak benar jika kita bandingkan sesorang orang Islam yang dah berumur 63 tahun (yang sebenarnya itu adalah pengiraan mengikut tahun Masehi), lantas kita berkata, “Wah, orang itu sudah sama umurnya dengan Rasulullah, dan umur selepas ini umur bonus jer la sebab melebihi umur Rasulullah..”. Itu tidak tepat kerana selepas umurnya 61, memang umurnya sudah umur bonus, kan?

4. Mengira zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat harta dan lain-lain

Banyak yang ditemui menggunakan ”kaedah mudah” dengan meletakkan angka 2.5% daripada amaun yang boleh dikenakan zakat.

Contohnya jika kita melawat laman sesawang Majlis-majlis Agama Negeri, misalnya:

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Pusat Urus Zakat)(Kalkulatornya di

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan di
mencatatkan pengiraannya ”...x 2.5%”

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di
http://www.e-maik.my/public_new/index.php?option=com_content&view=article&id=259&Itemid=790#
Mencatatkan, ” Kadarnya ialah 2.5% daripada harta yang layak di zakatkan”.

Aneh juga bahawa Kaedah Pengiraan yang dimasukkan adalah dengan menggunakan PENDAPATAN MENGIKUT TAHUN MASEHI, 12 BULAN, walhal hukum asal menurut Islam adalah BERASASKAN BULAN QAMARIAH (bulan Islam).

Memetik yang berikut:

Al-maal al-mustafaad adalah pendapat jumhur ulama iaitu harta tersebut tidak wajib untuk dikeluarkan zakatnya sehinggalah memenuhi syarat berlalunya haul (dimiliki atau disimpan selama 12 bulan qamariyah). Inilah pendapat sahabat Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali radiallahuanhum. Ini juga adalah pendapat Imam mazhab yang empat [Rujuk: Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal.19; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/866]

Dalam mengira tahun mengikut bulan Islam, ianya adalah  355 hari setahun. Ini berbeza dengan Tahun Masehi, iaitu 365 hari. Ini belum mengambilkira ”Tahun Lompat” yang menjadikan Tahun Masehi adalah 366 hari. DENGAN MENGIRA PENDAPATAN YANG DIKUMPUL MENGIKUT TAHUN MASEHI, DAN MENGIRA KADAR ZAKAT MENURUT TAHUN HIJRAH, IANYA ADALAH TIDAK TEPAT (SALAH).
DENGAN DEMIKIAN, JIKA PENDAPATAN KITA DIKIRA MENURUT TAHUN MASEHI (memang pun begitu di Malaysia, yang dibayar gaji/upah menurut Kalendar Masehi: Akta Kerja 1955 dan Pekeliling yang terpakai dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan), MAKA KADAR YANG TEPAT DALAM MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN (misalnya), IALAH 2.577%.

BETULKANLAH!!!
Jika pandangan saya di atas adalah betul, maka nampaknya banyak perkara berkaitan pengurusan Islam kita masih bercampur aduk diantara TAHUN MASEHI dan TAHUN HIJRAH
Ini menimbulkan banyak kekeliruan iaitu: Kita membincangkan, atau, memutuskan perkara berkaitan masa dan tempoh di bawah hukum/undang-undang Islam, namun dalam masa yang sama kita tersasar dengan mengaplikasikan tahun Masehi (Gregorian)

Kenapa ini berlaku?

Diantara sebabnya ialah:

Pertama:
Mungkinkah kita terkeliru (?), atau, Kita terlepas pandang (?), atau Kita tak ambil kisah (?)

dan/atau,

Kedua:
Seksyen 3 Akta Tafsiran 1956 & 1967 menyebut bahawa ”hari”, ”bulan”, ”tahun” hendaklah dikira menurut tahun kalender Gregorian (Masehi). Seksyen 53 Akta yang sama juga menyatakan bahawa dalam mengira umur, hendaklah dikira mengikut kalender Gregorian.

Bagi pengurusan Islam berkaitan masa/tempoh, ia suatu yang aneh, bukan? Bukan sahaja aneh, tetapi tidak selaras, dan tidak betul (salah). Ini terutamanya dengan mengambikira bahawa:

Pertama, mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan:
 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan...

Kedua, Senarai 2 kepada JADUAL KESEMBILAN Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa segala perkara berikut adalah terletah di bawah bidangkuasa Negeri (disebut, ”Senarai Negeri”)
1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

CADANGAN

Saya mencadangkan seksyen 3 Akta Tafsiran 1956 & 1967 dipinda, dengan memasukkan tambahan, iaitu:

Bagi pengurusan hal ehwal berkaitan Islam, ”hari’, ”bulan”, dan ”tahun”, hendaklah dikira berasaskan tahun Hijrah (tahun Islam)”.

Seksyen 53 Akta Tafsiran 1956 & 1967 dipinda, dengan memasukkan tambahan, iaitu: ”Bagi pengurusan hal ehwal berkaitan Islam, dalam mengira umur, hendaklah dikira mengikut kalender tahun Hijrah (tahun Islam)”.

Seksyen 3 Akta Tafsiran 1956 & 1967 dipinda, dengan memasukkan takrif ”tahun Hijrah”, iaitu, ”tahun yang berasaskan pengiraaan 12 bulan dengan bermula bulan Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Saaban, dan Ramadan”, dan berasaskan takwim mengikut Mazhab Sunnah Waljamaah” . (Maaf, harap betulkan saya tentang  cadangan tafsiran ini)

RENUNGAN

Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an, Surah al-Baqarah: ayat 208 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata"

Aug 10, 2012

MATERIAL DELIVERY TO CONSTRUCTION SITE: ISSUES, PROBLEMS AND THE WAY OUT

The aim of construction site management is to coordinate and control several important things to achieve the successful project in construction. The construction project management was divided into five elements which are money, manpower, machine, material and method. Those elements need to manage effectively and systematically to produce the higher quality of the product. In project management it include of the material management that important resources need to manage effectively in construction project. The management of the material can be divided into two process which material delivery and obtain material. When the problem of material management arises, it can gives impact on the material management and thus it will affect the overall project management. For example, if the delivery of the material is late so the project will delay and thus it can increase the cost of the project because the time period of the project is lengthen. The material is one of the elements that contribute in a large amount of the project cost. So, minimizing the material cost will reduce the project cost. To minimize the project cost, the facilities can used to manage the materials such as infrastructure, communication, technology and transportation and connection. To produce the high quality and effectively management, the project management can be done through the 5M which means: Man, Money, Material, Method, and Machine.

.
The above article is the introduction of a paper, Abdelnaser Omran, Abdul Aziz Hussin, MATERIAL DELIVERY TO CONSTRUCTION SITE: ISSUES, PROBLEMS AND THE WAY OUT, The Proceedings of THE INTERNATIONAL CONFERENCE IN ECONOMICS AND ADMINISTRATION, ICEA–FAA 2012, June 8-9th, 2012. The Faculty of Business and Administration, University of Bucharest, Romania, pp. 365-376.

Aug 9, 2012

Orang Asli Kita...

Diantara jalan raya yang biasanya kita akan temui etnik Orang Asli adalah jalan Gua Musang-Kampung Raja, Cameron Highlands-Simpang Pulai, Ipoh. Kita akan temui, antaranya, penempatan dan penempatan semula, sekolah, dan pusat komuniti yang disediakan untuk mereka.

Mereka juga mencuba nasib mencari rezeki dengan mendirikan gerai-gerai di tepi jalan raya untuk menjual buahan (rambutan, durian, petai, pisang, dan lain-lain), dan juga lain-lain hasil hutan seperti madu (madu lebah, kelulut), rebung, buluh, dan lain-lain...




Pernah juga saya singgah membeli madu (madu kelulut), yang apabila saya tanya, "Berapa harga sebotol?", Mereka menjawab, "30 ringgit", dan bila saya kata, "oit..mahalnya...", mereka pun menurunkan harga kepada RM25. Setelah membayar harganya, saya meminta izin untuk mengambil gambar mereka...

Saya juga pernah membeli rebung, petai, dan lain-lain

Saya berpandangan, usaha gigih mereka untuk mencari rezeki secara berdikari perlulah disokong sepenuhnya terutama oleh agensi-agensi berkaitan, seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)(dahulunya dikenali "Jabatan Hal Ehwal Orang Asli")(JHEOA)(dan sebelum tu pula dikenali "Jabatan Orang Asli")(JOA), Jabatan Perhutanan Negeri-negeri  berkaitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majils-majlis Ugama Islam Negeri-negeri berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan, Pejabat Tanah dan Derah berkaitan, dan seumpamanya, dan pengguna jalan raya sendiri (ini yang utama, sebab itulah mereka mendirikan pondok di tepi jalan, kan?).  Contohnya, dalam menyediakan tempat (pondok yang unik, menarik, dan sesuai dengan fungsinya, selamat dan selesa untuk penguna/pelanggan berhenti (sebab saya dapati kebanyakannya kini didirikan di kawasan garisan berkembar: yang maksudnya di kawasan jalan yang merbahaya seperti selekoh, bukit dan seumpamanya (Lihat gambar-gambar di atas)), mengawal mutu produk/hasil jualan (dan harga? serta keaslian?), pemasaran, menjadi produk pelancongan, dan lain-lain lagi.

Saya mencadangkan diwujudkan PUSAT TRANSFORMASI  & INTEGRASI ORANG ASLI (bagi mengabungkan usaha pelbagai organisasi/institusi/jabatan/agensi, mengambil langkah dalam bentuk inisiatif-proaktif, berkesinambungan, berhubung-rangkai-rantai, bersifat menyokong-mendokong, memudahcara, dan seumpamanya), yang MERANGKUMI SEMUA BIDANG YANG RELEVAN.

APAPUN, YANG PENTING DAN UTAMA ADALAH: BANTULAH MEREKA, WALAUPUN MUNGKIN MEREKA BELUM (ATAU TAK MAMPU) MEMBERITAHU, "BANTULAH KAMI".


TORTS RELATING TO CONSTRUCTION INDUSTRY: NUISANCE

The plaintiff must prove that he has suffered damage in order to succeed in his claim. The tort protects a person from two types of damage or interference which are:
a. Interference with the use, comfort, or enjoyment of land
It is known as amenity nuisance as they result in the feeling of discomfort whereby one is unable to live peacefully and comfortably on one’s own land arising from the defendant’s activity. What constitutes substantial interference depends on the facts and circumstances of the case. A trivial interference does not give rise to nuisance. The complaint made by the plaintiff must be reasonably justified in the context of the surrounding circumstances.
In the case Woon Tan Kan (Deceased) & 7 Ors v. Asian Rare Earth Sdn Bhd [1992] 4 CLJ 2299, the plaintiffs are residents of Bukit Merah Village sued the defendants, principally for an injunction to restrain defendant’s company from operating and continuing to operate its factory. The plaintiff alleged that the activities produces dangerous radioactive gases and harmful to the residents. Therefore, the High Court granted a quia timet injunction and held that the tort of private nuisance was established.
b. Material or physical damage to land or property
Where actual damage to land occurs, the general principle is that it amounts to substantial interference. However, it is not automatic that actual physical damage is substantial. It must be established that the physical damage is substantial in nature. For example, in the case Goh Chat Ngee & 3 Ors v. Toh Yan & Anor [1991] CLJ 1163, the defendant who held a mining license on mining works on his land. Plaintiff whose land adjacent to the defendant’s land alleged that through their mining activities, the defendant committed negligence and nuisance. The mining activities constituted an unnatural use of land as water escaped and flooded plaintiff’s land causing it collapsed and sink, subsequently causing flooding, erosion, and settlement. The Court held that the defendant was liable in nuisance for unreasonableness, unlawful, and substantial interference with the use and enjoyment of his neighbour’s land.

The above article is part of a paper, Abdul Aziz Hussin, Abdel Wahab O. Gebril & Abdelnaser Omran, TORTS RELATING TO CONSTRUCTION INDUSTRY: NUISANCE, Proceedings of THE INTERNATIONAL CONFERENCE IN ECONOMICS AND ADMINISTRATION,  ICEA–FAA 2012, June 8-9th, 2012. The Faculty of Business and Administration, University of Bucharest
, Romania, pp. 256-264.

Aug 8, 2012

SOME EMPLOYMENT LAWS ISSUES IN CHINA CONSTRUCTION PROJECTS

Most of countries have enacted their own labour laws and regulations which are according to their national characteristics. The scope of labour law application is expanding and the labour law has been a complete and systematic legal system. To protect workers’ basic rights, the national labour law generally provides the minimum standards of working conditions. Limited by our group members’ knowledge and information, we mainly research the Chinese labour law in construction industry (Stephen, 2009). The Labour Law of the People’s Republic of China was enacted on 5/7/1994. The law involved 13 chapters, 107 items. The content includes general principles, employment promotion, labour contract and collective contract, work time and rest time, wage, labour safety and health, special protection to women and children workers, professional training, social insurance and welfare, labour dispute, supervision and inspection, legal liability, supplementary articles. The labour law is the fundamental law of China; it laid the foundation for the labour legislation. According to Stephen (2009), the guiding ideology of the labour law is:
1) To reflect the constitutional principles and protect labour’s rights;
2) To improve the development of productivity;
3) To provide an uniform basic criterion and standard;
4) Insist on the national conditions and act on international practice as far as possible.

The above article is the introduction of a paper, Reza Esmaeilifar, Cao Jinke, Abdelnaser Omran, Abdul Aziz Hussin, EMPLOYMENT LAWS IN CONSTRUCTION PROJECTS: SOME EMPLOYMENT LAWS ISSUES IN CHINA CONSTRUCTION PROJECTS, Proceedings of THE INTERNATIONAL CONFERENCE IN ECONOMICS AND ADMINISTRATION,  ICEA–FAA 2012, June 8-9th, 2012. The Faculty of Business and Administration, University of Bucharest, Romania, pp. 206-218.

Tanda Kiamat? AMARAN KEPADA KITA...


(Sumber: ABC News)

Berikut ini saya terjemahkan sebahagian daripada satu rencana yang tersiar dalam Yahoo News[1]

Letusan Gunung Vesuvius berhampiran Naples, Italy, pada tahun 79 Masehi yang mengorbankan beribu-ribu nyawa penduduk Pompeii masih kekal menjadi salah satu sejarah letusan gunung berapi yang terkenal. Namun ahli sains menyatakan bahawa satu “gunung berapi raksaksa” yang tersembunyi di tempat yang sama akan berkemungkinan mengorbankan jutaan manusia….. kata De Natale, dari Pusat Kajian Vesuvius, Institut Kebangsaan bagi Geofizik dan Gunung Berapi Italy….Tahap awal pergerakannya telah pun bermula...



Apakah itu satu daripada "tanda-tanda kiamat"?
Rujuk, antaranya beberapa hadis, dimana ada juga dikemukakan oleh Syeikh Othman Jalaluddin (kitab Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah)

Aug 7, 2012

ISSUES OF INDEMNITY IN ISSUING PERFORMANCE BOND

As our further remarks, it is useful to cite the case of Ulico Casualty Co. v. Atlantic Contracting & Material Co.[1] Atlantic Contracting & Material Co., v. Ulico Casualty Co.[2]. In this case, the Court examines the scope of the good faith clause in an indemnity agreement, and a principal’s ob ligation to indemnify a surety for payment of a claim that may not be covered by a surety bond. The Court concludes, on the facts of this case, that the surety’s payment of the obligee’s claim was a reasonable, good faith settlement based on the information made available to it at the time. Finally the court holds that the good faith standard allows the surety a discretion limited by the bounds of reasonableness, rather than by the bounds of fraud. It was further hold that the principal is bound by a reciprocal obligation of good faith and fair dealing, embedded within which is a duty to cooperate, and may not ignore, without peril, the surety’s pre-payment requests for information. Although a surety’s payment may not be included entirely in ‘labor and materials’ as covered by a payment bond where the repairs made by the obligee to the principal’s equipment add materially to the value o f that particular equipment, in this case the principal failed to inform the surety of the bond coverage issue and, after a diligent investigation and a considerable amount of time had passed, the surety reasonably and in good faith paid the obligee based on information in a Proof of Claim form indicating liability.


[1] 822 A.2d 1267 (Md. App. 2003) (Special Court of Appeal Maryland, USA).
[2] No. 51 , Sept. Term, 2003 (US)


The above is part of an article...

ISSUES OF INDEMNITY IN ISSUING PERFORMANCE BOND:

Aziz Abdul Hussin, Universiti Sains Malaysia, Penang

Abstract

The exixtence of peformance bond in the construction contact is a must. But, before issuing the said bond, the issuing party (the bank or insurance company) need to be indemnified. There are several issues on this type of indemnity that needs to be highlighted, clarified and resolved. This article discusses the said matters in Malaysian legal perspective and practises.

Suggested Citation

Aziz Abdul Hussin. 2009. "ISSUES OF INDEMNITY IN ISSUING PERFORMANCE BOND:" ExpressO
Available at: http://works.bepress.com/aziz_hussin/1