Aug 12, 2012

"TIDAK SETIA KEPADA DIRI SENDIRI"?

Amat sukar untuk difahami dan diletakkan justifikasi apabila seseorang didapati tidak setia kepada dirinya sendiri. Diri yang “dibina” tuhan dengan ciri terbaik dan lengkap, namun kita sendiri pula mencacatkan, atau memusnahkannya. Diantara sikap dan sifat seseorang yang tidak setia kepada dirinya sendiri, antaranya ialah:
Menyuntik atau menggunakan dadah;
Bermain mercun (sehinggakan terdapat kes putus tangan, jari, buta mata dan lain-lain);
Menghisap rokok (walaupun sudah termaklum rokok mengandungi pelbagai "racun" berbahaya);
Minum minuman yang memabukkan; dan
Memandu/menunggang “seperti orang gila” yang berkemungkinan besar akan hilang nyawa, harta, anggota, atau fikiran (menjadi koma atau tidak siuman).
Ketidaksetiaan sedemikian juga mempunyai implikasinya sendiri daripada perspektif ekonomi, sosial, dan juga undang-undang, terutama undang-undang jenayah.

Q: BOLEHLAH KITA PAKAT-PAKAT PESAN KEPADA DIRI SENDIRI PADA SETIAP MASA:
"AKU BERTEKAD UNTUK TETAP SETIA KEPADA DIRI SENDIRI"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.