Jul 31, 2012

Urusetia/Pentadbir Tatatertib Dikenakan Tindakan Tatatertib?


Di atas adalah salah satu komponen kursus/bengkel "PENGURUSAN TATATERTIB: Yang Tertib" yang saya kendalikan.

Gambar di atas adalah daripada buku saya, iaitu, Abdul Aziz Hussin. 2009.  Undang-undang dan Pengurusan Mesyuarat. Pulau Pinang: Penerbit USM, Malaysia, di m.s. 73.

Komponen kursus/bengkel "PENGURUSAN TATATERTIB: Yang Tertib" tersebut adalah seperti berikut:

Hari 1
Taklimat  & Objektif
Konsep hubungan Majikan-Penjawat
Undang-undang berkaitan tatatertib: Senario
Tatakelakuan dan larangan
Asas tindakan tatatertib
Prosedur kes tatatertib                         
Ketua Jabatan/Ketua Terdekat: Peranan & tanggungjawab
Permainan Pengurusan: Ponteng...

Hari 2
Prosedur kes tidak hadir tugas
Prosedur tindakan surcaj
Penamatan perkhidmatan
Jenis-jenis hukuman
Pemurnian dan kewajaran tindakan tatatertib
Perkembangan terkini
Jika kita yang dikenakan tindakan tatatertib
Aspek Keurusetiaan/Pentadbiran


SESIAPA YANG BERMINAT MENJALANKAN KURSUS/BENGKEL INI SECARA DALAMAN ATAU SEBAGAI PESERTA BAGI KURSUS/BENGKEL INI YANG DILAKSANAKAN OLEH USM, BOLEH HUBUNGI
1. PROF. MADYA ABDUL AZIZ HUSSIN 0139273389 abdaziz2002@gmail.com
2. Kamarule Manan
Unit Latihan, Pejabat Transformasi
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang Office (+604-653 2389 Faks 7     +604-656 5429 Email *    kamarole@usm.my Website  http://ulatihan.usm.my/v2/


SESIAPA YANG BERMINAT MENGHADIRI KURSUS/BENGKEL INI SEBAGAI PESERTA, BOLEH JUGA MENGHUBUNGI: 

PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA5-3F, TINGKAT 3, JALAN HENTIAN 1C
PUSAT HENTIAN KAJANG
OFF JALAN REKO
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-87374531 / 87399249
FAX : 03-87399250

Jul 30, 2012

Petai belalang (Leucaena leucocephala)

Petai belalang (nama saintifiknya Leucaena leucocephala). Ia sejenis pokok liar dan banyak terdapat di dalam semak. Jika kita menaiki keretapi pun, kita akan temui banyak pokok ini tumbuh membiak di kiri kanan jalan keretapi.

Daun pokok ini boleh dijadikan makanan haiwan...psst, tapi belalng sendiri pun saya lihat jarang yang memakan daun petang ni, he he... Jadi mungkin ia bukanlah daun kegemaran belalang, walaupun namanya, "petai belalang". Nujum Pak Belalang (salah satu filem lakonan P. Ramlee) pun tak la pula mengetengahkan petai belalang...

Namun buah petai ini, terutama yang belum menjadi tua kehitaman/kekelabuan (?), adalah bermanfaat bagi tujuan berikut:
Pertama, untuk makanan, iaitu dijadikan ulam yang enak/sedap, di cicah ngan sambal, budu, dll.  Buah yang muda tu boleh dimakan terus bersama kepingan kulitnya. Malah pucuk petai belalang ini juga sedap dibuat ulam, atau dimasukkan dalam ramuan kerabu bagi nasi kerabu, atau ulaman tambahan bagi kerabu untuk laksa/laksam Kelantan. Sedap juga. Di setengah-setengah tempat, bijinya diproses untuk dibuat tempe.
Kedua, buah petai belalang itu juga dijadikan penawar penyakit, termasuk kencing manis (itu petua orang tua-tua la). Caranya, buah petang itu dikisar halus dijadikan jus tanpa gula dan diminum pada awal pagi dan malam (sebelum tidor). Apa salahnya berikhtiar, kan? Dan selebihnya Allah yang akan tentukan. Ada juga yang memberi petua untuk penawar kencing manis dengan cara mengisar daun, buah, kulit dan akar petai belalang ini, dan diminum. Cuba la...insyaAllah...

DENGAN ITU, JANGANLAH SENANG-SENANG MEMUSNAHKAN POKOK-POKOK PETAI BELALANG INI, YANG MENJADI SATU LAGI KHAZANAH ALAM YANG ALLAH SEDIAKAN, . ...KERANA BANYAK KHASIAT DAN GUNANYA....



Jul 28, 2012

RELEVAN dan Kaitannya Dengan "Penting"



KERELEVANAN FAKTA/ISU
BERKAITAN FAKTA/ISU
HUBUNGAN ANTARA FAKTA/ISU
IANYA BERDASARKAN PERTIMBANGAN AKAL WARAS & PENGALAMAN
ADA HUBUNGANNYA DENGAN KONSEP “PENTERA”
SUATU FAKTA/ISU YANG KETARA
PERKARA YANG SESUAI & BERGUNA

PENTING DAN RELEVAN?
A         Penting dan relevan
B         Penting tetapi tidak relevan
C         Tidak penting tetapi relevan
D         Tidak penting dan tidak relevan




Infiniti

Ungkapan “infiniti” merujuk kepada sesuatu yang “tanpa batasan”, atau “tanpa had”, atau ”tanpa akhir”. Perkataan Latinnya adalah ”infinitas”, yang bermaksud ”tanpa sempadan”, ”tanpa batasan”.

Dalam matematik (dulu disebut ”ilmu hisab”), simbol yang digunakan adalah angka ”8”.
  8

Dalam aspek kosmologi, pengkajian tentang infiniti dan alam semesta juga turut diketengahkan.

Jika pada lukisan, maka lukisan DUA GARISAN KEMBAR SELARI adalah contoh infiniti, dimana kedua-dua garisan tersebut tidak akan bertemu sampai bila-bila, dan di mana-mana pun.

Namun saya belum pernah terjumpa/terbaca kajian berkaitan hubungan Allah (swt) dengan konsep infiniti(maafkan saya atas kelemahan ini). Cuba kita lihat ”Sifat 20”, yakni 20 sifat-sifat Allah (swt) yang wajib/mesti diketahui dan wajib/mesti diyakini oleh setiap penganut Islam, yang ianya disebutkan di dalam al-Quran:
WUJUD (Ada)
QIDAM (Sedia)
BAQA (Kekal)
MUKHALAFATUHU LILHAWADIS (Tidak sama dengan yang baharu)
QIYAMUHUU BINAFSIH (Berdiri dengan dirinya sendiri)
WAHADAANIYAT (Esa)
QUDRAT (Kuasa)
IRADAT (Menentukan)
ILMU (Mengetahui)
HAYAT (Hidup)
SAMA’ (Mendengar)
BASAR (Melihat)
KALAM (Berkata-kata)
QOODIRUN (Maha Kuasa)
MURIIDUN (Menentukan)
AALIMUN (Maha Mengetahui)
HAYUUN (Hidup)
SAMI'UN (Mendengar)
BASIIRUN (Melihat)
MUTAKALLIMUN (Maha Berkata-kata)

Bukankah sifat-sifat yang ada pada Allah (swt) itu tiada batasnya, tiada tandingannya, tiada taranya, tiada akhirnya, dan tiada sempadannya?

Malah ada pula ciptaanNya yang bersifat infiniti, misalnya, kewujudan akhirat (neraka dan syurga).

MAHA SUCI ALLAH (swt) ATAS SIFAT INFINITINYA YANG SEBEGITU.

Jul 27, 2012

Mengurus Masa Berkualiti Petang Puasa

Pada bulan puasa ini, kebanyakan umat Islam akan cuba seupaya yang boleh untuk meningkat-memaksimakan kualiti: samaada ibadat, atau/dan juga pengisian masa. Namun, masa paling "kalut" dan perlu pula dimaksimakan, dan dengan itu perlu diuruskan dengan sebaik mungkin, adalah waktu diantara jam 7 petang-9 malam, kan?
Saya cadangkan diuruskan begini (berdasarkan apa yang saya lakukan....):

Pertama, pada sekitar jam 7 petang (bagi yang berada di Semenanjung Malaysia), ambil wuduk...dan kemudian mengaji (baca al-Qur'an), atau berselawat, atau berdoa, atau berzikir, atau kombinasi semua yang tersebut...
Kedua, apabila masuk azan maghrib, makan kurma 3 biji dan air suam, atau air zamzam, atau air susu segar tanpa gula... Kemudian berkumur/berus gigi (bagi mempastikan tidak tertelan sisa makanan semasa solat)
Ketiga, cepat-cepat tunaikan solat maghrib (seboleh-bolehnya berjemaah bersama ahli keluarga)...
Keempat, sambung makan sepatutnya...makan nasi..makan roti..makan apa-apa jer la yang sepatutnya... Jangan terlalu banyak, jangan terlalu kepelbagaiannya (sebab takut keracunan makanan, membazir, mendatangkan mudarat, dan sebagainya. Lagipun perut kita ni bukannya tong sampah yang boleh "dicampakkan apa-apa jer ke dalamnya, kan?)
Kelima, rehat sekejap (kejap jer, tau!)...dan,
Keenam, ambil wuduk, dan terus pergi untuk solat isya' berjemaah dan diikuti terawikh (dan witir) di Masjid/surau...

Kalau diuruskan masa macam tu, biasanya tak la jadi "kalut" atau "kelam-kabut"..., atau tertinggal/hampir terlucut solat maghrib (sebab kalu jadi macam tu, macam sia-sia sahaja berpuasa... orang puteh kata, "defeat the purpose", kan?...), dan disamping itu, sempat pula solat terawikh berjemaah di surau/masjid... Jadi, MASA KITA PUN TERURUS, serta DAPAT DIMAKSIMAKAN PENGISIAN DAN KUALITINYA.

SELAMAT MENYAMBUNG IBADAT PUASA. SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH SEMAKSIMANYA, sebab kita tak tau, mungkin ini puasa kita yang terakhir sebelum kita dipanggil pulang menghadapNya...

SALAM KEMAAFAN DARIPADA SAYA

Jul 26, 2012

Ousting the Cat...

Ousting cat in soft way...




CONTRACT DOCUMENTATION (IN CONSTRUCTION PROJECT)

Contract?
   Binding legal agreement that is enforceable in a court of law
Document ?
         Section 2 Interpretation Act 1948 & 1967
Means,
Any matter expressed or described upon any substance by means of letters, figures or marks, or by more than one of those means, intended to be used or which may be used for the purpose of recording that matter
The Importance:
1. For Consultant, such as Architect preparing “contract documentation” is part of his/her professional task, and the Employer shall pay for the work, e.g. 10% of the total fees
-   See Arkitek Tenggara Sdn. Bhd.  v. Mid Valley City Sdn. Bhd.
    [2007] 6 CLJ 93; Govt. of Sarawak v. Sami Mousawi [2000] 7 CLJ 228
2. Contract document as evidence
-          e.g. evidence for employment: Holiday Villages v. Mohd  Zaizam [2006] 2 LNS0812;  Chua Liong v. Lian Soon [2004] 8 CLJ117
3. Contract document may be used to determine the intention of parties: Quality Concrete v. Classic Ceiling [2005] 1 LNS 350; Sanwell v. Trans Resources   [2002] 3 CLJ 213; Ravindran v. TNB [1996] 2 CLJ 1060; Chase Perdana v. Pekeliling Triangle [2001] 1 LNS 18
4. To ascertain…
    Mode of payment, progress payment, etc
    Procorp Realty v. Sumpiles [2001] 8 CLJ 613;     Weduk (s) v. Jid Fu [1998] 1 LNS 290; Yu Mea v. Govt of Terengganu [1997] 4 CLJ Supp. 453
    (to ascertain whether A is an independent contractor or not)
5. The parties in dispute will refer to the contract documents to ascertain their entitlement (rights) Chin Well v. Sampath Kumar [2005] 4 CLJ 394
Who should be bound?
   To include subcontract:
Renofac v. Chase Perdana [2001] 5 CLJ 371
Contract Documents:
Consistencies between Documents
Contract (Terms and Conditions) in
Agreement v. Letter of Award (LA)
Ab. Malik, J. in Renofac v. Chase Perdana [2005] 5 CLJ 371
“Refer to LA (what LA stated)”
I, not only must give the document its ordinary and plain meaning, but construct the contract document as a whole and to determine its nature without be bound, by the labels affixed on them”: Suriyati J. in Dr. Ang v June [1997] 5 CLJ 148
Is Contract Documents must be executed before commencement of works?
Depends to the real intention & practice
Asiatic Dev. v. Kaneson [1998] 1 LNS 294
But,
   If there is not formal contract document was signed by the parties,
it is a trite law that in the absence of a formal document of contract, the nature of the contractual relationship between the parties may be ascertained through the correspondences between the parties and their conducts to see the parties intention to be bound by contract”: Abdul Aziz, J. in Kumpulan Liziz v. Pembinaan Ock [2003]  4 CLJ 709










Civil Engineer...

Civil engineering is the oldest engineering discipline after military engineering [1], and it was defined to distinguish non-military engineering from military engineering [2] It is traditionally broken into several sub-disciplines including environmental engineering, geotechnical engineering, structural engineering, transportation engineering, municipal or urban engineering, water resources engineering, materials engineering, coastal engineering [3] surveying, and construction engineering [4]. Civil engineering takes place on all levels: in the public sector from local governments and statutory bodies through to states and federal levels, and in the private sector from individual homeowners through to international companies or corporations.

Jul 25, 2012

Kegigihan Warga Kota Surabaya: 2

Lihatlah kegigihan penduduk Kota Surabaya mencari pendapatan, demi rezeki yang halal... Kita patut mengkagumi mereka, dan mencontohi mereka yang melakukan apa sahaja yang terdaya demi kelangsungan kehidupan mereka dan keluarga... Yang PENTING, sumbernya HALAL...

1. Budak perempuan ini menaiki bas yang sedang menunggu penumpang di Terminal Bas Bungurasih, Surabaya. Dia mengedarkan sekeping kertas kepada setiap penumpang bas....

Kemudian dia akan bermain gitar sambil bernyanyi...

video

Kemudiannya dia kan mengutip kertas yang diedarkan tadi, sambil mengutip "derma" daripada para penumpang...


Ada juga yang terus menyanyi "ala kadar" jer...

video

2. Ada juga para peniaga lain yang menggunakan bermacam teknik jualan, untuk menjual barangan mereka (terdiri daripada bahan bacaan, makanan, alat kelengkapan diri, dan seumpamanya), sebelum bas bertolak. Ini juga di Terminal Bas Bungurasih, Surabaya.

video


video

video


video

3. Ada juga segelintir yang "menagih simpati" dengan pelbagai aksi, permintaan dan ragam... Yang ini di Terminal Bas...

4. "Bengkel bergerak" ini amat menarik minat saya. Bengkel ini terletak di tepi Jln Manyar Kertoarjo 44, Surabaya. Dia dan 4 pekerjanya (2 orang dalam satu syif), akan memberikan perkhidmatan membaiki motosikal dan kereta (pam angin, menukar tiub, dan membaiki kenderaan)...di tepi jalan...


Saya bertanya Mujib (tuanpunya "bengkel bergerak" ini) dan Yusuf (salah seorang pekerjanya). Mujib memberitahu modal permulaan melengkapkan bengkel ini adalah RP75 juta (sekitar RM25,500), dan menyewa tempat daripada tuanpunya premis berhampiran (?) RP1 juta setahun), dan juga termasuk sekali-sekala membersihkan sekitar premis (sebuah rumah bunglo). Elektrik saya nampak disambung terus daripada talian elektrik di tepi jalan tersebut. Pssst, saya tak berani tanya dia mendapat kebenaran atau tidak, tetapi saya percaya, tentunya ada kebenaran. Yusuf dan Mujib memberitahu mereka boleh mendapat hasil sekitar RP500,000 (sekitar RM170) sehari.


video

4. Ibu ini saya temui sedang menyusun hasil kutipan barang plastik terpakai di tepi jalan, di hadapan sebuah hotel mewah. Dia memberitahu dia menjual bahan plastik tersebut dengan harga RP4000 (sekitar RM1.35) sekilogram. Tapi dalam sehari, dia cuma mendapat purata tak lebih 2 kilogram.... Suaminya juga melakukan kerja yang serupa. Mereka mempunyai seorang anak kecil... Selepas memberikan sedekah sedikit, saya terus berlalu....dengan sedikit airmata tergenang di kelopak mata...sebab terkenang kemiskinan yang serupa yang pernah saya lalui semasa kecil dahulu...


5. Bapak yang berdiri memakai topi itu adalah bapak beca... Yang bersila tu adalah pembuat dan pembekal patung, pakaian dan topeng bagi satu jenis permainan tradisional. Dia juga adalah pemainnya (jika dijemput). "Bengkel" bagi pembuatan topeng tersebut adalah di situ la...







6. Mereka ini pula mengail ikan di sungai berhampiran Stesyen Keretapi Gubeng, Surabaya. Mereka memberitahu saya, mereka mengail untuk dipelihara, dan juga dimakan


video


Kegigihan Warga Kota Surabaya: 1

Lihatlah kegigihan penduduk Kota Surabaya mencari pendapatan, demi rezeki yang halal... Kita patut mengkagumi mereka, dan mencontohi mereka yang melakukan apa sahaja yang terdaya demi kelangsungan kehidupan mereka dan keluarga... Yang PENTING, sumbernya HALAL...

1. Bapak beca ini menyusur kota mencari pelanggan. Saya berkesempatan menaiki beca ini, iaitu dari hotel Everbright, Jln. Raya Manyarkertoarjo 44 ke kampus Universitas Airlangga (Kampus B, Airlangga), dan upah/tambangnya RP15,000 (sekitar RM5)(jaraknya sekitar 4 kilometer)


2. "Sukarelawan" mengawal kenderaan di satu persimpangan dan Pusing-U di Jln. Raya Manyarkertoarjo 44.  Dia menerima upah daripada mana-mana pemandu kenderaan yang sudi menghulurkannya. Saya perhatikan, banyak yang tak menghulurkan, berbanding sedikit sahaja yang menghulurkan. Kebanyakan yang menghulurkan "upah" adalah pemandu kenderaan berjenis "sederhana". Pemandu kereta mewah tak ada yang memberinya (mungkin pemandunya bukan tuanpunya kenderaan tersebut).

video

video

video

Ini adalah dua orang daripada mereka yang bekerja di simpang tersebut secara bergilir-gilir, dengan setiap orang melaksanakan kerja sekitar 2 jam. Mereka memberitahu, dalam sehari mereka memperoleh pendapatan sekitar RP10,00-20,000. Mereka ini bukan bekerja sepenuh masa. Salah seorang adalah "budak pejabat" sebuah firma, dan seorang lagi adalah penjaga rumah pangsa.





3. Menjalankan perniagaan mengambil upah membaiki (menampal, menjahit koyakan dll.) pakaian, di tepi jalan. Terlupa saya untuk bertanya, "Bapak bisa mengambil upah menjahit pakaian baru?", he he he... 

video

4. Tukang membaiki motorsikal di tepi jalan. Jadi, kalau penunggang menghadapi masaalah membaiki motosikal, mereka mudah mendapatkan khidmat membaikinya.


video

4. Menghiburkan penumpang, sebelum bas bergerak (di Terminal Bas Bratang, Surabaya)
video


video

5. Memberikan taklimat berkaitan kapal selam (Muzium Kapal Selam)


video