Jul 24, 2012

Haiwan-haiwan di Kota Surabaya

Mungkin ramai yang perasan bahawa di merata tempat di Indonesia, ramai yang menaiki "Kijang". Ini tak menghairankan, sebab di Malaysia pun ramai yang menaiki "Rusa, Kancil, Kelisa...", kan? he he he... Di bawah ini saya tunjukkan beberapa lagi haiwan yang saya sempat temui di Kota Surabaya, Indonesia, semasa saya berada di sana pada 10-14 Julai 2012:
1. Melepaskan burung merpati... Saya bertanyakan lelaki tersebut, "Kenapa dilakukan sedemikian, pak?". Dia menjawab bahawa ini sebenarnya aktiviti melatih burung berkenaan agar dia terbang dan kembali semula kepadanya. "Tetapi pak, ada yang ngak mau pulang...dan hilang...". Saya hanya tersenyum tersengih jer, dan tak mau mengulas cakapnya tu...
2. Banyak juga haiwan ni yang saya temui, tetapi tak terjumpa pula yang mati dilenyek kenderaan
3. Ini beberapa ekor lagi "haiwan yang dah dikeraskan", he he he...
4. Monyet kecil ini saya temui di Stasion/Terminal Bis (Stesyen bas) Bratang, Surabaya

Ops, sempat dia melakukan adegan solat (monyet bersolat???)
5. Ini sejenis ikan di sungai...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.