Pada 16-17 Julai 2012, saya menjalankan kursus/bengkel PSIKOLOGI KERJA untuk staf USM di Kampus Cawangan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang (Kampus Kejuruteraan). Peserta terdiri daripada staf USM pelbagai gred dan kategori. Nampaknya sambutan amat menggalakkan, terutama pada sesi soal-jawab dan "permainan pengurusan". Semoga ilmu yang dikembangkan di dalam "Majlis ilmu" tersebut bermanfaat untuk diri, kerja dan keluarga serta masyarakat, insyaAllah...
KURSUS/BENGKEL PSIKOLOGI KERJA
Tema: Penjawat Bagus, Hasil Bagus
Pengenalan
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan juga kelemahan dalam diri masing-masing, yang mana kelebihan itu berbeza antara satu sama lain. Kelebihan-kelebihan ini merupakan potensi yang dikurniakan Tuhan demi kebaikan manusia. Namun terdapat juga peluang dan halangan dalan pembangunan (diri, kerjaya, keluarga, ekonomi dll.). Ini memerlukan kita memotivasikan diri dan membentuk/menanam sikap positif pada diri dan kerja. Kerja berpasukan dan semangat berpasukan banyak membantu dalam merebut peluang dan mengatasi halangan. Namun nilai amanah, integriti dan akauntabiliti juga perlulah seiring. Kerja dan diri juga perlu menyahut cabaran semasa dan mendatang, dan salah satu cara menyahut cabaran itu adalah melalui pengaplikasian konsep inovasi dan kreativiti yang positif.
Objektif
- Mengenalpasti kelemahan, kekuatan, peluang, ancaman, dan potensi setiap peserta.
- Menjadikan peserta lebih berupaya menjelajah kemampuan diri sendiri.
- Menjadikan peserta sebagai pekerja bersedia menghadapi cabaran dan perubahan.
- Membolehkan peserta memberikan sumbangan yang bermakna, beramanah, berintegriti dan berakauntabiliti terhadap diri dan organisasi mereka.
Kandungan kursus/bengkel adalah, antaranya,
HARI PERTAMA
Pendaftaran
Taklimat Objektif dan skop kursus/bengkel
Manusia, keunikan dan potensi
Aplikasi ISHIKAWA dan Muhasabah
Kerja Berpasukan dan konsep "sahabat"
Eksplorasi Kemungkinan
HARI KEDUA
Pekerja Berpengetahuan
Konsep dan aplikasi PENTERA
Aplikasi Masa & Tempat
Konsep “Munasabah”
Transformasi
Tanggapan, Halangan, Daya Kreatif dan Cerapan Fikiran
SESIAPA YANG BERMINAT MENJALANKAN KURSUS/BENGKEL INI SECARA DALAMAN ATAU SEBAGAI PESERTA BAGI KURSUS/BENGKEL INI YANG DILAKSANAKAN OLEH USM, BOLEH HUBUNGI
1. PROF. MADYA ABDUL AZIZ HUSSIN 0139273389 abdaziz2002@gmail.com
2. Kamarule Manan
Unit Latihan, Pejabat Transformasi
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang Office (+604-653 2389 Faks 7 +604-656 5429 Email * kamarole@usm.my Website http://ulatihan.usm.my/v2/
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang Office (+604-653 2389 Faks 7 +604-656 5429 Email * kamarole@usm.my Website http://ulatihan.usm.my/v2/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.