5 biji pisang (seperti pisang berangan separuh masak, pisang nangka, pisang abu, pisang bunga, pisang udang, pisang tanduk, pisang emas, pisang lemak manis, dan lain-lain pisang yang sesuai)
Secawan santan pekat.(boleh juga digantikan dengan santan serbuk)
Sedikit garam
3 sudu besar gula
3 keping gula melaka (gula kabung pun boleh)('nnese" orang Pantai Timor sebut)
Sehelai daun pandan
3 cawan air
Cara membuatnya:
MASUKKAN SEMUA TU KE DALAM PERIUK (senang jer, kan?)
Masak dengan api kecil, sekitar 10 minit, keluarkan daun pandan. Teruskan memasak sehingga MASAK (SEHINGGA KEHARUMANNYA MENUSUK HIDUNG)(dan jiran sebelah berdehemmm ehemm...)
Ada juga orang masukkan sagu (kalau nak masukkan sagu, dinasihatkan sagu tadi dibancuh dengan air dahulu, dan dituang ke dalam bubur semasa awal proses memasak).
Ni la pengat nangka+pisang tu...
(Pisang nangka dan pisang tanduk adalah diantara jenis pisang yang boleh dicampurkan dengan pisang emas, pisang bunga dan pisang berangan untuk dijadikan pengat)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.