Jul 15, 2012

Makan-makan di Surabaya & Malang

Pada 10-14 Julai 2012, saya berkesempatan berada di Surabaya dan Malang, Indonesia, bagi lawatan kerja, seminar, dan penyelidikan. Seperti biasa, diantara agenda selitannya yang tak dapat dipisahkan adalah MAKAN...
1. Pada petang 11 Julai 2012, saya singah makan di sebuah warung tepi jalan di Jalan Manyar Kertoarjo No. 44, Surabaya. Ia diusahakan oleh satu pasangan suami-isteri (Islam) dan ditemani anaknya yang berusia 7 tahun. Makanan ini namanya, "Nasi Satey". Lauknya sate ayam. Harganya cuma 5000 rupiah (sekitar RM1.50)

 2. Selepas makan, dan berbual dengan pengusaha kedai tadi, saya melangkah bersiar-siar menuju pulang ke hotel penginapan, dan terjumpa kueh pau pelbagai jenis. Saya nak juga merasa kueh pau panas ni, tetapi.... (cuba perhatikan betul-betul...)

3. Pada pagi 12 Julai 2012, seperti kelazimannya, saya suka makan pagi pada awal-awal pagi. Saya turun makan jam 6.15 pagi (bersamaan jam 7.15 pagi di Malaysia)(cuma matahari sudah tinggi, kerana masuk waktu subuh adalah sekitar jam 4.35 pagi)(saya kena kunci jam 4.30 pagi untuk bangun solat subuh, he he he..). Seperti biasa, saya adalah pelanggan yang pertama makan pagi di restoran Everbright Hotel, Surabaya ini...



4. Namun pada awal pagi 13 Julai 2012, saya (yang juga pelanggan pertama makan pagi), ditemani oleh pengurus besar Everbright Hotel, iaitu bapak Sulistoyo. Orangnya peramah dan sudah berkhidmat di pelbagai hotel di Indonesia. Dia juga mengajarkan saya membuat minuman "Laksamana Mengamuk", he he...


5. Semasa lawatan kerja/sambil belajar para peserta seminar, kami melawat beberapa tempat bersejarah di sekitar Surabaya. Semasa makan tengahari, saya ditemani seorang siswa Universitas Airlangga, Surabaya, bernama Septian Yuwandis. Dia belajar ilmu pengajian Ingeris. Orangya baik, lemah lembut tutr kata, dan "mengekalkan solat". Alhamdulillah... Kami makan "sup bontot goreng", di Restoran Gedung Sempoerna


6. Semasa di malang, pada tengahari 13 Julai 2012, saya makan soto sapi di sebuah kedai makan di Perhentian Bas (disebut "Terminal Bis"), Arjosari, Kota Malang


7. Tak lupa saya membeli "epal Malang". Saiznya kecil, rangup, manis, dan harum, walaupun sedikit keras. Harga bagi 8 biji = 7,000 rupiah (sekitar RM2), Murah, kan?



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.