Dec 31, 2014

Kesan Banjir 2014 Di Dabong, Kelantan

Berikut adalah beberapa gambar (kredit kepada pemunya asal) yang menerangkan dengan sendiri kedahsyatan kesan banjir akhir Disember 2014, di Pekan Kecil Dabong, Kelantan...







Dec 30, 2014

Ribut Di Pulau Pinang

Tup tup, semasa kebanyakan tempat lain di Malaysia mengalami banjir, di sebahagian tempat di Pulau Pinang pula mengalami ribut yang agak teruk:

Dec 29, 2014

Kesan Banjir 2014 Di Gua Musang, Kelantan

Gambar-gambar berikut, yang diambil sekitar Gua Musang, Kelantan, yang saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014, dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan dan iktibar kepada kita...
(NOTA: Banyak lagi gambar terdapat di laman azizlaw2.blogspot.com)














(ATAS) Jambatan Setelu, Kg Setar (laluan utama dan satu-satunya jalan penghubung Jeli-Gua Musang) runtuh sepenuhnya. Anggaran awal kos membina semula adalah sekitar RM80 juta.

Jalan utama, dan satu-satunya jalan penghubung Gua Musang-Cameron Highlands/Simpang Pulai juga runtuh sepenuhnya.


Gambar yang diambil pada 1 Januari 2015, oleh sepasukan konvoi bantuan kemanusiaan dari Perak, menuju ke Gua Musang, sedang melalui jalan yang terputus (yang sedang dibina sementara)

Dec 25, 2014

Banjir Terburuk Di Bandar Lama Gua Musang Dan Sekitar

Diantara tempoh jumaat 20 Dis sehingga khamis 25 Disember 2014, sebahagian besar kawasan pekan lama dan sekitarnya, dan di sebahagian bandar baru Gua Musang, Kelantan telah ditenggelamai air banjir yang amat serius (bersama kelodak pekat airnya dan deras arusnya). Ini gambar-gambar saya dirakamkan oleh ahli keluarga saya dan rakan-rakan. Seingatan saya, ini adalah diantara banjir terburuk yang melanda bandar Gua Musang










video
video




Cucu ku...

Pada jam 5.50 pagi, 18 Disember 2014 (bersamaan 25 Safar 1436), lahirlah seorang insan lelaki, merangkap cucu saya, yang dinamakan Firas Ammar. Dia anak kepada pasangan anak lelaki saya, Mustaqem, dan menantu saya, Nur Afiqah. Alhamdulillah, cucu saya ni sihat dan cukup sifat. Saya doakan semoga dia menjadi anak yang soleh, bagus sifat dan sikapnya dan berjaya cemerlang dalam kehidupannya. Aamiin...


CATATAN: 
Pada jam 5.15 pagi, rabu 24 Disember 2014, saya bertolak dari rumah di VSK, Batu Uban, Pulau Pinang, menuju ke arah Kuala Lumpur. Singgah solat di R&R Gunong Semanggol, dan meneruskan perjalanan dan makan pagi di Tapah. Seterusnya ke UKM Bangi untuk urusan rasmi. Kemudian bertolak ke Semenyih untuk menziarah cucu saya ini... Sekitar jam 4.15 petang, saya bertolak balik ke Pulau Pinang, dan sampai ke destinasi jam 11.10 malam. Alhamdulillah saya beupaya, dan selamat dalam perjalanan harian ini, yang hitungannya pergi-balik adalah 808 kilometer....

 Gambar diambil pada 31 Disember 2014

Gambar diambil pada 11 Januari 2015

Gambar di bawah, dirakam pada 1 Februari 2015


video

Dec 15, 2014

Majlis Kenduri Perkahwinan Di Perlis

Pada 13 Disember 2014, saya menghadiri majlis kenduri perkahwinan bekas pelajar saya di HBP, USM, iaitu Nur Ahmad Jazlan Mohamad, dengan pasanganya, Nabila, di Batu 1, Jalan Ngulang, Kangar, Perlis. Ramai sungguh saudara mara yang datang...walaupun masa saya sampai dah pun jam 4.30 petang...