Aug 15, 2018

Dunia Semakin Hampir Menuju Kiamat: Apakah Persediaan Kita?

Artikel berikut sepatutnya menginsafkan kita dan berikhtiar segera dalam melipatgandakan usaha mengumpul bekal untul AKHIRAT

FASA 1 TELAH LENGKAP
Alaska Utara digegar gempa bumi sekuat 6.4 skala Richter, dilaporkan sebagai yang terkuat sejak tahun 1995 (5.4 SR). Gempa bumi tersebut berlaku lebih kurang 16 jam yang lalu.
Pakar Seismologi Amerika (saintis gempa bumi) mengatakan bahawa gempa bumi tersebut telah menyebabkan plate bumi di Rangkaian Api Pasifik mengalami perubahan. Perubahan apakah? Plate bumi di Asia Tenggara telah mengalami penstrukturan baru di mana Malaysia kini berpotensi besar untuk berada di  dalam Rangkaian Api Pasifik berikutan anjakan plate tetronik tersebut.

#pecahnyabentengfatihah



*Ya Allah, sesungguhnya suatu yang berlaku adalah atas ketentuanMu. Selamatkan kami daripada musibah dan malapetaka... Aamiiiiin ya Rabbul 'Aalamiiin*

LINK BERKAITAN:

Aug 13, 2018

Ribut Di Tawang, Bachok, Kelantan 12 Ogos 2018

Berikut gambar-gambar kesan ribut kuat yang melabda sekitar pekan Tawang, Bachok Kelantan pada 12 Ogos 2018












BERITA  | MALAYSIA
Tiga lelaki nyaris maut, ribut landa Bachok
Vivi SumantiAstro Awani | Diterbitkan pada Ogos 12, 2018 23:01 MYT
BACHOK: Tiga lelaki nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu mereka dihempap pokok dalam kejadian ribut di dua lokasi berasingan di sini, petang tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mohd Rohni berkata, ketiga-tiga pemandu berusia antara 20 ke 30an yang sedang memandu kenderaan masing-masing ketika ribut melanda.
Katanya, lokasi pertama membabitkan dua kereta di jambatan pekan Jelawat dan lokasi kedua membabitkan sebuah kereta di Tangok sekitar jam 5 petang tadi.
"Dalam kejadian ribut petang tadi, kenderaan di sekitar Jelawat bergerak perlahan namun dua kereta jenis Proton Wira dan Proton Satria dihempap pokok yang tumbang merintangi jalan di Pekan Jelawat," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, satu lagi kereta jenis Perodua Kancil dihempap pokok di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tangok.
Katanya, ketiga-tiga mangsa yang memandu seorang diri sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong pokok yang tumbang membabitkan sembila anggota dan satu jentera, manakala di Tangok hanya beberapa minit bagi membolehkan kesemua pemandu meneruskan perjalanan," katanya.
Ibrahim berkata, ini kejadian ribut kali kedua berlaku di Bachok membabitkan pokok tumbang.
Sementara itu, kejadian ribut dipercayai mengganas di Jelawat jam 5 petang tadi turut mengakibatkan kerosakan beberapa kedai dan menakutkan penduduk.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-lelaki-nyaris-maut-ribut-landa-bachok-182838