Jan 23, 2015

KEMALANGAN JALANRAYA DEKAT KUALA KANGSAR AWAL PAGI 22 JANUARI 2015

Sekitar jam 7 pagi, Khamis 22 Januari 2015, selesai sahaja solat subuh di Masjid USM dan menjemput anak angkat di asrama USM, kami meneruskan perjalanan dari USM Pulau Pinang dengan destinasinya, Gua Musang. Sekitar jam 8.30 pagi, kami singgah makan di R&R Bukit Gantang. Lebuhraya Utara-Selatan amat lengang dari kedua-dua hala. Namun bilangan kenderaan berat, terutama lori, agak banyak berbanding lain-lain kenderaan. Setelah melalui beberapa tempat jalan yang rosak akibat banjir dari Kg Raja ke Gua Musang yang sudah dibaiki sementara, dan setelah anak angkat saya turun di rumahnya di Panggung Lalat, saya terus ke Bandar Gua Musang, dan tiba di rumah saya jam 11 pagi. Alhamdulillah..selamat sampai, dan dipermudahkan Allah...
Namun tak lama kemudian saya mendapat kiriman berita berlaku kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta yang dilanggar lori dari arah Ipoh ke arah Pulau Pinang. Kemalangan berlaku sekitar kawasan Kuala Kangsar pada sekitar jam 9 pagi.

video 


NOTA: Bukannya nak melawan takdir Ilahi, tetapi sebagai ikhtiar... ALANGKAH BAIKNYA JIKA SETIAP KENDERAAN DILENGKAPI ALAT PEMADAM API....


Kes meningkat setiap tahun

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di negara ini meningkat setiap tahun.

“Untuk rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula sebanyak 1,811 kes dicatatkan.

“Jika melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun. Walaupun peningkatannya tidak mendadak, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa,” katanya.

Ujarnya lagi, punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak petrol juga menjadi punca.

Menyentuh mengenai lokasi kejadian, Tuan Yahaya tidak dapat memberi penjelasan yang spesifik kerana kemalangan yang melibatkan kebakaran kereta boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan mahupun jalan kampung.

“Tetapi peratusan kes kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan kematian tidak tinggi. Namun saya menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan.

“Bukan mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.

“Situasi mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan jiwa dan juga harta seseorang,” ujarnya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm

Jan 15, 2015

Hargailah Pengorbanan Mereka

Musibat (atau dugaan) banjir besar luar biasa yang menimpa bahagian timor Semenanjung Malaysia dan sebahagian negeri Perak pada akhir Disember 2014, juga mengajar kita untuk menghargai pertolongan (atas sifat simpati, berkongsi derita dan ada juga demi menjalankan tugas) yang diberikan/dihulurkan oleh "sekumpulan insan." Berikut sedikit catatan sejarah yang dikemukakan sebagai menghargai atau mengenangkan jasa mereka....

 Khemah yang agak selesa yang didirikan pihak berkuasa (khemah yang diberikan oleh pihak luar Malaysia) dekat bandar Utama, bandar Gua Musang.

 Sukarelawan dari USM bersama Y.B. Menteri Pendidikan Kedua

 Salah satu konvoi sukarelawan yang mendapat kecelakaan jalanraya semasa dalam perjalanan ke Pantai Timor
 Helikopter PDRM yang jatuh (dan mencederakan 4 anggota polis) semasa operasi membantu mangsa banjir)

KOTA BHARU: Lapan ratus anggota polis telah dikerahkan dalam usaha membantu semua pihak yang terjejas dalam banjir buruk yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka akan membantu badan-badan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan pihak persendirian bagi membersihkan kediaman dan premis termasuk yang dipenuhi lumpur tebal.
"Seramai 800 anggota daripada semua unit termasuk Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan unit udara akan membantu membersihkan Kelantan pada pasca banjir ini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis yang cedera dalam nahas helikopter di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah dua hari lalu, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.
Khalid juga berkata, semua ibu pejabat polis dan balai polis di Kelantan yang terjejas banjir sudah beroperasi seperti biasa.
"Di Kelantan terdapat 19 balai yang terlibat banjir namun tidak ditutup. Anggota tetap bertugas," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, lebih 50 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung aduan kecurian di Kelantan ketika banjir. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 7:38 PM
http://www.hmetro.com.my/node/21052

Salah satu NGO dari luar kawasan Pantai Timor dan dari luar Malaysia yang segera menghulurkan bantuan pasca banjir.


Pada 24 Disember 2014, empat anggota bomba dari balai bomba Al-Muktafi Billah Shah, (AMBS) Dungun, nyaris maut setelah kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung semasa cuba mengelak jalan runtuh ketika dalam perjalanan untuk memindahkan mangsa banjir di Kampung Shukor.


Dicekup pecah masuk pasar raya
Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my
KOTA BHARU – Polis memberkas sejumlah 108 individu selepas mereka mengambil kesempatan mencuri, merompak dan memecah masuk tiga pasar raya di beberapa daerah di sini ketika seluruh masyarakat di negeri ini resah berdepan bencana banjir.
Tiga pasar raya yang terlibat disahkan polis terletak di Tanah Merah iaitu di Pasar Raya Pantai Timur, Pasar Raya Zon Ria dan Pasar Raya Aneka.
Lebih mengejutkan apabila kejadian itu turut melibatkan remaja berusia 14 tahun dan juga golongan dewasa dewasa berumur 40 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perbuatan memecah masuk pasar raya tersebut tetap menjadi satu kesalahan meskipun mereka menggunakan alasan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bencana banjir.
“Kita terima 37 laporan tentang kes kecurian dan tangkapan telah dilakukan di sekitar Tanah Merah selain beberapa tempat lain termasuk Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Pasir Puteh termasuk Bachok.
“Kesemua laporan pecah masuk itu diperoleh bermula sekitar 17 Disember lalu dan 16 kes telah disiasat setakat ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm (1 Januari 2015)

Jumaat, 26 Disember 2014 @ 8:28 AM
KUALA LUMPUR: Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak semalam.
Ini adalah pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesej WhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital.
Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator telah kehabisan diesel.
Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan bahawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri
"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulis Beliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter. Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.
"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.
"Kuala Krai telah bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," beliau dalam catatannya.
Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata helikopter telah tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.
"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.
"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi-bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.
Beliau berkata helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit.
"Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing.
"Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.
Dr Adibah berkata pesakit berasa kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.
Beliau berkata satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu. – BERNAMA

ANTARA kawasan yang dinaiki banjir di sekitar Kuala Krai ketika tinjauan banjir di Kelantan. - Foto BERNAMA
http://www.bharian.com.my/node/25291