Oct 28, 2015

NBOS PILS Langkawi 23-25 Oktober 2015

Berikut rakaman aktiviti National Blue Ocean Strategy (NBOS) Program Inisatif Libat Sama (PILS) yang melibatkan pihak Kementerian Pendidikan, beberapa universiti tempatan dan Politeknik, berkaitan aktiviti membantu pembangunan sekolah. Aktiviti ini berjalan di Langkawi Lagoon Resort pada 23-25 Oktober 2015:









Oct 27, 2015

Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit.

Berikut beberapa maklumat berkaitan buku Abdul Aziz Hussin. 2015. Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka:








 Cabutan daripada manuskrip buku ini, di halaman 11-12:

Apakah yang Dikatakan Lesen Pendudukan Sementara?

Dalam kes Papoo lwn Veeriah,[1] Hakim Good ada menyebut, antara lain: [2]

“Suatu Lesen Pendudukan Sementara adalah tepat tersirat seperti namanya. Ia suatu lesen untuk menduduki dan tidak lebih daripada itu.”

            Nampaknya apa yang ditekankan oleh Hakim Good itu adalah mengenai taraf pendudukan orang atau badan atas sesuatu tanah yang diberikan lesen pendudukannya yang bersifat sementara, dan disebabkan itulah lesen itu digelar Lesen Pendudukan Sementara. Penulis David Wong[3] pula menyebut bahawa disebabkan tempoh sahnya yang singkat dan tidak boleh serahhak itulah mungkin menyebabkan ia dipanggil lesen. Walau apa pun, kedua-dua pemahaman iaitu mengenai ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah betul dan menggambarkan atau menberi takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’.
            Nik Abdul Rashid[4] mentakrif Lesen Pendudukan Sementara (beliau menggunakan istilah ‘Lesen Tumpangan Sementara’) sebagai suatu kebenaran yang diberi oleh pihak berkuasa negeri kepada mana-mana orang atau badan untuk melakukan sesuatu aktiviti di atas tanah; tanpa kebenaran sedemikian itu, pelaku itu akan dianggap sebagai penceroboh.
            Kedua-dua perkataan iaitu ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah penting dalam memberikan takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’. Dalam the Random House Dictionary,[5] perkataan ‘lesen’ bermaksud, antara lain, suatu kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa yang sah untuk melakukan sesuatu perkataan yang khusus; dan perkataan ‘sementara’ pula bermaksud menyediakan atau terpakai atau berkuat kuasa untuk sesuatu tempoh masa sahaja. Jadi, bolehlah disampulkan bahawa Lesen Pendudukan Sementara adalah suatu kebenaran daripada pihak berkuasa negeri yang diberi kepada orang atau melakukan sesuatu perkara khususbagi suatu tempoh masa yang tertentu.
            Hakim Suffian dalam kes Fatimah lwn Moideen Kutty[6] menyebut mengenai status tanah itu dan status orang yang diberi Lesen Pendudukan Sementara. Beliau menekankan, antara lain,

“Sebelum sahaja tanah itu diberi Lesen Pendudukan Sementara …, tanah berkenaan adalah tanah negeri. Selepas diberi Lesen Pendudukan Sementara, tanah itu masih tanah negeri tetapi… (orang itu) … ada suatu lessen untuk mendudukinya secara sementara.”[7]  




[1] [1965] M.L.J. 127 (Mahkamah Tinggi).

[2] Ibid., hlm. 12. Telah dirujuk juga penghakiman oleh hakim Seah dalam kes Cheo Lean  lwn Fock Fong Looi [1985]2 M.L.J.440.

[3] David Wong Tenure and Land Dealings in Malay State, 1975. Singapura: Singapore  University Press.

[4] [1978] J.M.C.L.85.

[5] Jess Stein, 1980. New York: Ballataine Books.

[6] [1969] 1 M.L.J. 72.

[7] Ibid ., hlm. 72.

Oct 7, 2015

Kebakaran Pondok Di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan

Satu kebakaran besar melibatkan 60 pondok di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan, telah berlaku pada kira-kira pukul 8.15 malam, 5 Oktober 2015 (21 ZulHijjah 1436):






 Berikut ini adalah kesan kemusnahan akibat kebakaran tersebut:









Sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah disampaikan ke akaun berikut: