Jun 28, 2013

Sahabatku Masuk Penjara...

Semenjak di bangku sekolah rendah lagi saya mempunyai seorang sahabat yang amat rapat, dan saling membantu dalam pelajaran, saling berkunjung (walaupun jarak rumah kami lebih 1 kilometer, dan hanya berjalan kaki sahaja). Hubungan kami tidak putus dan sering  kali saling bertanya kabar, walaupun telah tinggal berjauhan (rentas negeri), mempunyai keluarga sendiri dan sibuk kalut dengan tugas. Dia seorang yang baik perangainya, berbudi bahasa walaupun kelakar orangnya.
Beberapa tahun lepas hubungan saya dan beliau (bernama "Halim") terputus, dan nombor telefon rumah dan telefon bimbitnya telah "tiada dalam perkhidmatan". Kebetulan selang beberapa bulan selepas terputus hubungan, saya berkunjung ke kampung berkenaan (di kawasan Kuala Krai, Kelantan), dan saya berkunjung ke rumahnya... Alhamdulillah...dia ada, tetapi telah berpindah ke rumah baru yang terletak berhampiran rumah lamanya (rumah ibubapanya). Lantas saya bertanya:
Aziz: Eh, Halim, lama mu hilang... Aku telefon tak dapat...
Halim: Sebenarnya aku berada di penjara... Nombor telefon aku tukar sebab telefon dulu tu hilang.
Aziz: ????? (Sedikit terperanjat)... (Dalam hati berkata. apa la...kesalahan sahabat aku ni...)(macam mana aku nak tanya ni...)
Aziz: Halim, mu dok dalam perjara mana?
Halim: Penjara Pengkalan Chepa....
Aziz: (Errr...macam mana laaaa aku nak tanya ni...). Halim, mu masuk penjara tu kerana apa?
Halim: Aku dapat kontrak kerja membaiki bangunan di dalam Penjara Pengkalan Chepa. Jadi susah nak berulang-alik, dan aku dok dalam penjara tu di rumah seorang sahabat aku, seorang kakitangan penjara... Banyak masa aku dok dalam penjara tu la...
Aziz: !!!!!! Subhanallah..... Aku ingat mu buat apa...
Halim dan Aziz: ha ha ha ha...

Jun 27, 2013

Munasabah?


Adakah notis di atas MUNASABAH?
Munasabah kepada pengunjung
Munasabah kepada tuanpunya/pemilik tempat tersebut
Munasabah isikandungannya

Apakah aksi yang ditunjukkan dalam video berikut ini MUNASABAH?
video

Jun 21, 2013

Membazir



Sekitar jam 1.28 petang, 24 September 2011, seorang wanita pembaca Berita 1.30 TV3 ada menyebut, antara lain, “Banyak lagi rumah terbuka, tetapi elakkan pembaziran”.

Perkataan “membazir” menurut kamus Dewan bermaksud, “berlebih-lebihan menggunakan (membeli) sesuatu sehingga ada yang terbuang dengan sia-sia”, “membazirkan menggunakan sesuatu dengan berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang”, “pembaziran perbuatan atau hal membazirkan (wang, tenaga dsb)“

Cuba lihat contoh-contoh daripada ungkapan-ungkapan berikut:

Jom la kita pulang, membazir masa jer mendengar ucapan beliau

Eh eh… kenapa kamu ambil makanan berlebih-lebihan. Saya yakin kamu tak akan dapat menghabiskannya. Membazirkan makanan la kamu ni

Kenapa kamu tempah pakaian terlalu banyak, berlebihan? Siapa yang nak pakai? Kamu telah membazirkan pakaian dan wang ringgit

Matikan la enjin kereta tu.. . Membazirkan minyak dan duit jer

Kamu tau tak, kalau tidur berlebihan, membazir faedah umur sahaja

Tak usah la teruskan usaha itu, sebab tiada apa yang bermanfaat yang diperolehi. Membazirkan usaha kita….”

Tutuplah sebahagian lampu-lampu di dalam bilik itu. Membazirkan elektrik dan bil elektrik sahaja

Paip air yang pecah itu masih belum dibaiki. Banyak air yang membazir…”

Kaedah melaksanakan kerja-kerja ini nampaknya banyak membazirkan tenaga kerja, bahan binaan dan kewangan

Banyak juga lagi contoh membazir, misalnya,

Pertama: Katakan sebuah organisasi diperuntukkan RM10,000 untuk satu acara rasmi tahunan bagi 1000 peserta. Dicadangkan kosnya RM10 untuk setiap tetamu (kos purata untuk makanan RM6/orang, tempahan tempat dan aktiviti berkaitan majlis tersebut). Namun pihak yang diamanahkan menyediakan makanan dan yang menempah makanan telah berpakat iaitu mereka menyediakan untuk 900 orang sahaja. Jadi organisasi tersebut “membazirkan” kos kurangan 100 orang akibat sifat “pecah amanah”. Ini juga sejenis pembaziran.

Kedua: Dalam majlis tertentu, makanan yang disediakan amat berlebihan (kuantiti, jenis) sehingga banyak yang dibuang selepas majlis berakhir. Ini merupakan pembaziran yang amat ketara.

Ketiga: Kita kerap bertemu tetamu yang hadir disesuatu jamuan telah mengambil makanan yang berlebihan, tetapi cuma memakannya sebahagian, dan yang lain ditinggalkan. Bukankah ini juga “membazir”?

Menurut Iman As-Shafi’i, boros atau membazir ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.

“Pembaziran” juga dilebarkan pengertiannya oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T.ada berfirman, antaranya,

Tiada lain yang mereka mengatakan kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya" (3:147).

Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung (harta anak yatim) (4:6).

Dia yang menumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buahan mereka apabila mereka berbuah, dan berilah yang patut diberi pada hari memetiknya, dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir (makan, memberi) (6:141)

Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.(perhiasan, makan, minum)(7:31).

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya (17:27)

Yang, apabila mereka menafkahkan (membelanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama (nafkah) (25:67).

Dan janganlah mentaati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan) (26:151), Yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan (26:152)

Jun 16, 2013

dot mai....dok pi la...

Awal pagi ni, ada seseorang minta saya carikan alamat dan sebagainya sebuah organisasi kerajaan, iaitu Biro Bantuan Guaman, Pulau Pinang. Maka pada jam 9.10 pagi 16 Jun 2013, saya melayari


http://www.jbg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=478&Itemid=279&lang=en
dan terjumpa la butiran berikut....

Director
Legal Aid Department
Level 4, Bangunan Gunasama Persekutuan
Jalan Anson
10400 GEORGETOWN
PULAU PINANG
Telephone No : 04-2109100 / 04-2109107 / 04-2109108
Facsimile No : 04-2287966
E-mel : zabidah dot ahmad at jbg dot gov dot my

Jun 13, 2013

Jalan Utama Sesak Kerana Dia Ni...

Gambar ini saya rakam sekitar jam 4.30 petang 6 Jun 2013, di Jalan Utama Machang-Kuala Krai, Kelantan. Hari itu hari khamis, dan masih dalam musim cuti persekolahan. Jalan tersebut agak sibuk dari kedua-dua arah, namun "orang itu" dengan selamba sahaja melintas jalan tanpa terlebih dahulu melihat kiri dan kanan dan tanpa berhenti...dan...yang terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada beliau ialah semua kenderaan (termasuk saya) dari kedua-dua hala. Jadi, jalan tersebut jem sekejap, "kerana dia"..he hehe...




Jun 10, 2013

Ni la baru NASI KERABU STANDARD

Pada khamis 6 Jun 2013, saya dan seorang sepupu dan seorang anak sepupu sempat "menyeberang sempadan" ke Bandar Sungai Golok, Selatan Thailand, dalam perjalanan ke Kampung Banggol Beko ( ke rumah kakak saya). Kami sempat menjamu selera di satu warong. Ini gambar hidangan nasi kerabu yang belum pernah saya makan secara macam ni...ulamannya terasing daripada nasi dan sambal kelapa dan budu... Ni la baru NASI KERABU STANDARD.... he he he...



Dan....masih ada dijual pisang rebus.... Best gak, kan?