Sekitar jam 1.28
petang, 24 September 2011, seorang wanita pembaca Berita 1.30 TV3 ada menyebut,
antara lain, “Banyak lagi rumah terbuka,
tetapi elakkan pembaziran”.
Perkataan
“membazir” menurut kamus Dewan bermaksud, “berlebih-lebihan
menggunakan (membeli) sesuatu sehingga ada yang terbuang dengan sia-sia”,
“membazirkan menggunakan sesuatu dengan berlebih-lebihan sehingga terbuang,
memboroskan, membuang-buang”, “pembaziran perbuatan atau hal membazirkan (wang,
tenaga dsb)“
Cuba lihat contoh-contoh daripada ungkapan-ungkapan berikut:
“Jom la kita pulang, membazir masa jer
mendengar ucapan beliau”
“Eh eh… kenapa kamu ambil makanan
berlebih-lebihan. Saya yakin kamu tak akan dapat
menghabiskannya. Membazirkan makanan la kamu ni”
”Kenapa kamu tempah pakaian terlalu
banyak, berlebihan? Siapa yang nak pakai? Kamu telah membazirkan pakaian dan
wang ringgit”
”Matikan la enjin kereta tu.. . Membazirkan
minyak dan duit jer”
”Kamu tau tak, kalau tidur
berlebihan, membazir faedah umur sahaja”
”Tak usah
la teruskan usaha itu, sebab tiada apa yang bermanfaat yang diperolehi.
Membazirkan usaha kita….”
“Tutuplah
sebahagian lampu-lampu di dalam bilik itu. Membazirkan elektrik dan bil
elektrik sahaja”
“Paip air
yang pecah itu masih belum dibaiki. Banyak air yang membazir…”
“Kaedah
melaksanakan kerja-kerja ini nampaknya banyak membazirkan tenaga kerja, bahan
binaan dan kewangan”
Banyak juga lagi contoh membazir, misalnya,
Pertama: Katakan sebuah organisasi diperuntukkan RM10,000 untuk satu acara
rasmi tahunan bagi 1000 peserta. Dicadangkan kosnya RM10 untuk setiap tetamu (kos purata untuk makanan
RM6/orang, tempahan tempat dan aktiviti berkaitan majlis tersebut). Namun pihak
yang diamanahkan menyediakan makanan dan yang menempah makanan telah berpakat
iaitu mereka menyediakan untuk 900 orang sahaja. Jadi organisasi tersebut
“membazirkan” kos kurangan 100 orang akibat sifat “pecah amanah”. Ini juga
sejenis pembaziran.
Kedua: Dalam majlis tertentu, makanan yang
disediakan amat berlebihan (kuantiti, jenis) sehingga banyak yang dibuang
selepas majlis berakhir. Ini merupakan pembaziran yang amat ketara.
Ketiga: Kita kerap bertemu tetamu yang hadir
disesuatu jamuan telah mengambil makanan yang berlebihan, tetapi cuma
memakannya sebahagian, dan yang lain ditinggalkan. Bukankah ini juga
“membazir”?
Menurut Iman As-Shafi’i, boros atau membazir ialah
mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik
pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang
benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang
diredai oleh Allah.
“Pembaziran”
juga dilebarkan pengertiannya oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T.ada berfirman,
antaranya,
Tiada lain yang mereka mengatakan
kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas
kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir
(berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap
kaum yang tidak percaya" (3:147).
Ujilah anak-anak yatim sehingga
mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran
waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya
dengan membazir, dan
tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa
kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan
baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah
saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung (harta anak
yatim) (4:6).
Dia yang menumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak
berjunjung, dan pohon-pohon palma,
dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang
mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah
buah-buahan mereka apabila mereka berbuah, dan berilah yang patut diberi pada
hari memetiknya, dan janganlah membazir;
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir (makan, memberi) (6:141)
Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan
dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir;
Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.(perhiasan,
makan, minum)(7:31).
Sesungguhnya
pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah
sangat ingkar kepada Tuhannya (17:27)
Yang, apabila mereka menafkahkan (membelanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi
di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama (nafkah) (25:67).
Dan janganlah mentaati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan) (26:151), Yang
membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan (26:152)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.