Apakah semua kita tahu apa maksud sebenar ungkapan, "Maaf zahir dan batin" ("Forgive my physical and emotional (wrongdoings)"? Secara ringkas, ia bermaksud, "Maafkan saya atas apa-apa kesalahan atau perbuatan saya yang dilakukan secara fizikal (yang memberi kesan fizikal) atau ungkapan saya yang berlaku secara emosi (yang menyentuh perasaan)"
Dengan demikian, terdapat 2 kategori memohon kemaafan, iaitu, pertama,
memohon maaf perkara-perkara zahir (misalnya terambil barang/harta orang yang
dipohon kemaafan, terhutang harta dan wang yang mungkin terlupa dilunasi, dan lain-lain
salah silap) bersifat zahiriah. Kedua, memohon maaf berkaitan batin pula berkaitan dengan sentimen, perasaan dan
nurani seperti terguris hati sanubari, membangkit kemarahan, dendam,
mendukacitakan di pihak yang dipohon kemaafan (akibat ungkapan atau perbuatan
orang yang memohon kemaafan).
Saya berpandangan, apabila seseorang mengungkapkan sedemikian, dia cuma memohon maaf daripada pihak yang satu lagi, TETAPI DIA SENDIRI SEOLAH-OLAH TIDAK PULA MEMAAFKAN PIHAK YANG SATU LAGI. Jadi tiada "timbal balas, tidak tulus, tidak selesai, dan tidak adil dan saksama". Aneh, kan? Jika sedemikian, alangkah eloknya jika kita berkata atau menulis seperti di bawah ini:"Maaf zahir batin kepada saya, dan halalkan saya, dan saya juga memaafkan dan menghalalkan saudara/i"
Imam As-Syafi'i pernah menukilkan:
“Ketahuilah
sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang
lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya
di sisi manusia.”
Cuba hayati kisah ini:
Nabi Yusuf a.s. adalah anak kesayangan Nabi Ya’kub a.s.
Adik-beradik Nabi Yusof a.s. amat mencemburui hal tersebut, lantas kemuncaknya,
mereka telah mengikat Nabi Yusof a.s. dan mencampakknya ke dalam sebuah telaga.
Ditakdirkan Allah s.w.t., Nabi Yusof telah diselamatkan oleh sekumpulan pedagang
Mesir yang singgah di telaga tersebut. Mereka menyelamatkan Nabi Yusof a.s.
dan membawa pulang ke Mesir. Ditakdirkan pula selanjutnya, Nabi Yusof a.s. dilantik menjadi Bendahari (Menteri Kewangan
Mesir). Ditakdirkan lagi selanjutnya, adik-beradik Nabi Yusof a.s. yang
merempat telah datang ke Mesir, dan ditemukan dengan Nabi Yusof a.s. Berikut
sedikit sedutan perbualan mereka (yang disebutkan di dalam Al-Qur’an)(Lihat
Surah Yusof):
Mereka bertanya (dengan hairan): “Engkau ini
Yusufkah?”
Ia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku
(Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat-Nya kepada
kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah
tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya Allah
telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan
kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”.
Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan
ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu),
semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani
daripada segala yang lain yang mengasihani. (Surah Yusuf 12: Ayat 90-92).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.