Feb 24, 2015

Pulangnya seorang Sahabat: Dr Abdul Hamid



Pada jam 11.02 malam, rabu 18 Februari 2015, saya mendapat makluman bahawa seorang sahabat saya Dr. Abd. Hamid Kadir Pakir telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Jenazah beliau dikembumikan di perkuburan Permatang Damar Laut, Pulau Pinang pada jam 3 petang, khamis 19 Februari 2015. Beliau telah bertahun-tanhun menghidap kencing manis, dan akhir-akhir ini ditambahi pula dengan komplikasi lain.  Dia seorang sahabat yang rapat dengan saya dan suka berjenaka, tapi tegas dalam tugas.
Apapun, itu giliran dia... Giliran kita juga akan mesti menyusul.  Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan selawat kepada beliau dan sama-sama memaafkan dan menghalalkan beliau atas segalanya.

HAMID

Sebahagian daripada sahabat yabng mengunjungi rumah allahyarham pada 19 Februari 2015:



Feb 22, 2015

Membantu Perpustakaan Maahad Muhammadi, Gua Musang

Pada 22 Februari dan 5 Mac 2015, saya menunaikan amanah pihak Kedai Buku Koperasi USM, Penerbit USM, dan beberapa sahabat, untuk menyampaikan bahan-bahan bacaan dan lain-lain kepada Perpustakaan Maahad Muhammadi Gua Musang:





Nota: Maahad Muhammadi, Gua Musang terletak di pinggiran bandar lama Gua Musang, dan merupakan salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir besar pada akhir tahun 2014.

Feb 9, 2015

Sokongan Dan Bantuan Selepas Banjir

Walaupun banjir telah hampir sebulan setengah berlalu, namun sokongan dan bantuan kepada mangsa banjir dan tempat awam (surau, masjid, dewan, sekolah, dll) masih diperlukan, dan perlu diteruskan, demi kelangsungan kehidupan masyarakat. Berikut rakaman sepasukan sukarelawan terdiri daripada penduduk Vila Seri Kenanga (VSK), Batu Uban, Pulau Pinang, melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan pasca banjir di Guchil, Dabong, Kemubu dan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Semoga usaha mereka diberkati Allah taala. Aamiin...











Atas: Khairul, Hisham, Syed Adli, Zulhilmi