Aug 2, 2016

Kursus TRANSFORMASI PENGURUSAN DOKUMEN

Pada 26 Julai 2016, pihak Pusat Transformasi Insan, USM, menjemput saya mengendalikan kursus/bengkel berjodol, "TRANSFORMASI PENGURUSAN DOKUMEN".

Kandungan kursus/bengkel tersebut, antaranya,
a. Apakah "dokumen" dan klasifikasinya;
b.Menyedia dan kewujudan identiti dokumen (termasuk dokumen RAHSIA), menyampaikan/menyerah dokumen;
c. Fakta sesuatu dokumen;
d. Tanggungjawab Ketua;
e. Situasi "makan diri"; dan
f. Kebertanggungjawaban.

Ia dihadiri 43 peserta pelbagai kategori.
Berikut rakaman aktiviti dan aksi para peserta.

video



Jamuan Hari Raya Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM

Pada tengahari 27 Julai 2016 (22 Syawal 1437), Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan Kelab Kakitangannya  mengadakan Jamuan Hari Raya, sambil meraikan 4 pensyarah yang bersara (dan akan bersara tak lama lagi). Berikut dirakamkan kemeriannya: