May 22, 2013

Mereka Juga Lapar...

Pagi 21 Mei 2013, sekitar jam 7.40, saya tiba di perkarangan pejabat saya. Hari ni agak lewat sedikit saya tiba kerana sebelum itu singgah makan di sebuah cafe di USM dan sempat "bermuhasabah" dengan seorang sahabat saya, Dr Zahry.

Sebaik tiba, saya terpandang beberapa ekor burung "gembala kerbau" (nama saintifiknya Acridotheses tristis) sedang berada di hadapan tempat letak kerata yang lazim saya meletakkan kenderaan saya. Rasa hairan juga dihati, kerana rasanya belum pernah sebanyak itu burung-burung berkenaan seperti "menunggu" saya, sambil riuh berkicau...

Barulah saya teringat, burung-burung itu pernah diberikan makanan (roti) setiap pagi, oleh seorang "aci", namun aci itu telah berhenti kerja kerana sakit tua. Jadi, mungkinkah mereka (burung-burung) itu lapar????

Lalu saya teringat di dalam pejabat saya masih berbaki beberapa keping roti. Saya segera naik ke pejabat saya, dan mengambil roti, dan segera turun, dan mencubit-cubit roti tersebut menjadi beberapa bahagian kecil agar burung-burung tersebut senang memakannya. Setelah saya "taburkan" roti tersebut, maka banyak pula burung yang datang berebut makanan itu.. Oooo.. mereka lapar....

video 

Bersyukur kita kerana ada makanan yang dapat kita makan. Namun, insaflah bahawa banyak/ramai lagi yang memerlukan makanan...kerana "mereka lapar"...

Jadi, 
JANGAN MEMBAZIRKAN MAKANAN
SEDEKAHKANLAH REZEKI KITA KEPADA ORANG/MAKHLUK LAIN JUGA
JANGAN TAMAK UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA
TANAMKAN RASA SYUKUR, BAHAWA "AKU ADA MAKANAN"...

May 20, 2013

Menyusur Sumatera Utara

Dari 21 April-27 April 2013, saya dan beberapa sahabat dari Malaysia dan Indonesia telah menyusur beberapa tempat di Sumut (Sumatera Utara). Berikut rakaman penyusuran tersebut:









May 10, 2013

Sahabat Di Sumatera Utara

Ini adalah sebahagian sahabat saya di Indonesia, yang asal pertemuannya melalui "Majlis Ilmu".... Itulah salah satu daripada kelebihan/kebaikan "Majlis Ilmu", iaitu menjalin silaturrahim. Suhanalllah....




Dan,...tak lupa juga, "sahabat" saya kalau ke Indonesia (di mana-mana bahagian Indonesia pun) adalah kerana kebanyakan masakan/makanan amat menyelerakan@sedap dimakan...he he he...


May 7, 2013

Saya mengundi...

pada sekitar jam 8.50 pagi, 5 Mei 2013, saya dan ahli keluarga telah melaksanakan hak mengundi. Alhamdulillah berjalan lancar, tanpa "gangguan" dan alhamdulillah dapat bertemu ramai sahabat lama.






Ini pula adalah "tiket" untuk membolehkan saya masuk mengambil Kertas Undi...


May 1, 2013

Taman Burung? Atau... Taman Sangkar Burung?

Salah satu destinasi pelancongan yang dipaparkan di laman sesawang Majlis Daerah Kuala Krai, Kelantan, adalah TAMAN BURUNG.
Berikut adalah "Taman Burung" berkenaan yang saya rakam pada tengah hari 11 April 2013:

Pintu Gerbang yang cantik, tetapi pintu besat tertutup. Tiada penjaga.

 Ooo...rupa-rupanya masuk percuma...


Inilah sangkar-sangkar burung.. Tetapi mungkin semasa saya berada di sini, SEMUA burung tu keluar mencari makan...he he he

Yang ada, cuma gasing gergasi yang telah pun tergolek ke tepi pagar. Mungkin setahun dua lagi, kalau ada kesempatan, kita akan melihat gasing ini berada tergolek di dalam lurah berhampiran..ha ha ha...
 Ha..ada jambatan gantung..best nyer!!!
 Di tepi jambatan gantung tu ada beberapa kandang rusa dan beberapa belas ekor rusa...
 Oiit??? jambatan gantung ini cuma boleh dilalui maksima 5 orang dalam satu-satu masa... Tapi saya lihat, seorang pun tak boleh lalu, sebab lantainya telah banyak yang reput dan runtuh!!!
 Ada tangga untuk mendaki..Bagus gak...
 Ini la para pengunjung yang saya jumpa...

3 ABDUL...

Ditakdirkan Allah, semasa kunjungan akademik ke Sumatera Utara dari 21-27 April 2013, secara tidak sengaja kami bertemu 3 ABDUL (3 ABDUL AZIZ sebenarnya), iaitu ABDUL AZIZ HUSSIN (saya la tuu..), ABDUL AZIZ TAHAR (Perangkawan ISDEV USM), dan ABDUL AZIZ YUSOF (Prof. Madya)(Universiti Utara Malaysia). Kebetulan pula lagi, kami bertiga berasal dari satu Negeri, he he he.. Dan kebetulan lagi, kami sama umur (sebaya), dan...sama-sama "tidak tinggi" (rendah la tuuuuu..), semua berkacamata, sama warna kulit (tak cerah), dan bentuk perut pun sama..... SubhanaALLAH...


Dari kiri: ABDUL AZIZ TAHAR, ABDUL AZIZ HUSSIN, ABDUL AZIZ YUSOF 

Nota: Sahabatku Hj Abdul Aziz Tahar telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Oktober 2015 kerana komplikasi jantung. Inna lillah hiwainna ilaihirooji'uun....