May 22, 2013

Mereka Juga Lapar...

Pagi 21 Mei 2013, sekitar jam 7.40, saya tiba di perkarangan pejabat saya. Hari ni agak lewat sedikit saya tiba kerana sebelum itu singgah makan di sebuah cafe di USM dan sempat "bermuhasabah" dengan seorang sahabat saya, Dr Zahry.

Sebaik tiba, saya terpandang beberapa ekor burung "gembala kerbau" (nama saintifiknya Acridotheses tristis) sedang berada di hadapan tempat letak kerata yang lazim saya meletakkan kenderaan saya. Rasa hairan juga dihati, kerana rasanya belum pernah sebanyak itu burung-burung berkenaan seperti "menunggu" saya, sambil riuh berkicau...

Barulah saya teringat, burung-burung itu pernah diberikan makanan (roti) setiap pagi, oleh seorang "aci", namun aci itu telah berhenti kerja kerana sakit tua. Jadi, mungkinkah mereka (burung-burung) itu lapar????

Lalu saya teringat di dalam pejabat saya masih berbaki beberapa keping roti. Saya segera naik ke pejabat saya, dan mengambil roti, dan segera turun, dan mencubit-cubit roti tersebut menjadi beberapa bahagian kecil agar burung-burung tersebut senang memakannya. Setelah saya "taburkan" roti tersebut, maka banyak pula burung yang datang berebut makanan itu.. Oooo.. mereka lapar....

video 

Bersyukur kita kerana ada makanan yang dapat kita makan. Namun, insaflah bahawa banyak/ramai lagi yang memerlukan makanan...kerana "mereka lapar"...

Jadi, 
JANGAN MEMBAZIRKAN MAKANAN
SEDEKAHKANLAH REZEKI KITA KEPADA ORANG/MAKHLUK LAIN JUGA
JANGAN TAMAK UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA
TANAMKAN RASA SYUKUR, BAHAWA "AKU ADA MAKANAN"...

2 comments:

  1. Assalamualaikum Prof. Lama tak jenguk sini.

    Aci yang Prof maksudkan tu yang India Muslim perempuan atau yang Hindu? Ada seorang India Muslim perempuan, waktu saya dulu, 2006-2010,yang peramah. Ada panggil Auntie ada panggil Mami.Rendah rendah agak bongkok sikit dan selalu pakai anak tudung.

    Hak itu ka orangnya?

    ReplyDelete
  2. Salam
    Aci ni yang bukan Islam... Aci ni,akan kerja juga pada setiap sabtu (pasukan mereka memang bekerja 6 hari seminggu). Kerap juga pada hari sabtu saya akan pejabat agak lewat iaitu sekitar 8.30 atau 9 pagi (maklum la hari sabtu, tapi saya suka kerja setiap sesi pagi sabtu dan ahad kerana tak ada "gangguan" kerja rasmi,dan dapat la saya menulis buku,jurnal atau slides ceramah luar). Maka apabila saya tiba jam 8.30 atau 9 pagi sabtu,maka aci ni akan kerap kata kepada saya,"Oooo cikgu lewat mai kerja hari ini ya", he he.. Saya pun selamba menjawab,"Yer...saya lewat.." sambil tersenyum kepada dia (dalam hati saya berkata,"Hari sabtu la wey...aci")

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.