Jun 18, 2015

Bantuan Mangsa Banjir Dan Miskin Pusingan Ke-2

Pada 13-15 Jun 2015, saya dan isteri menyusur beberapa petempatan sekitar Bandar Lama Gua Musang, Kelantan, bagi menyampaikan wang zakat dan derma serta buah kurma yang merupakan amanah daripada beberapa pensyarah USM Pulau Pinang. Petempatan yang dikunjungi adalah Kampung Baru Kundur, Batu Papan, RPT Sungai Terah, Jalan Kesedar Inn, Kampung Kerinting, Taman Wangi dan Kampung Melayu. Sasarannya adalah keluarga yang masih daif yang merupakan mangsa banjir akhir tahun 2014 dan juga keluarga daif miskin. Diharapkan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit dan menceriakan mereka dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya nanti. Ini merupakan pusingan kedua oleh saya dalam melaksanakan aktiviti yang serupa pada tahun ini.