Jan 11, 2017

Fatimah Azzahra: Ahli Keluarga Baru

Pada sekitar jam 4.38 petang 8 Januari 2016 (9 Rabiul Akhir 1438) (Ahad), telah wujud di alam dunia ini seorang lagi ahli keluarga baru saya, iaitu cucu. Namanya FATIMAH AZZAHRA (bin Mustaqem, dan ibunya Nur Afiqah), seberat 2.94kg setinggi 47 sm. Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan yang terbaik kepadanya sebagai seorang Muslimah sejati. InsyaAllah...





Berikut, rakaman kunjungan atok (saya la tuuu) untuk bertemu Azzahra di Semenyih pada 14 Januari 2017:





Jan 5, 2017

Jual Pisang SE TANDAN

Kalau masa saya di peringkat sekolah menengah dulu dula la, orang yang menjual pisang, biasanya se sisir pisang yang dijual rupanyan seperti ini:
Namun begitu, pada hari ini, amat sukar untuk ditemui pisang yang dijual se sisir seperti di atas itu, kerana ia kini dijual seperti berikut:

 Nampak tak, seketul keratan tandan pisang yang turut dijual (yang kita tak dapat makan pun)


 Ketulan tandan pisang itu seberat hampir = dua biji pisang!!!


Apakah hukumnya dan undang-undangnya terhadap orang yang menjual pisang seperti itu?


Pasukan Petugas Khas Perkhidmatan Pembersihan Kampus USM

Suatu Jawatankuasa Petugas Khas bagi mengkaji aspek kontrak pembersihan di kampus-kampus USM telah ditubuhkan yang berkuatkuasa mulai pertengahan Ogos sehingga 31 Disember 2016. Saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Petugas tersebut, Berikut gambar-gambar ahlinya:




Bincang Kursus Untuk SPAD Academy

Pada 22 Disember 2016, telah diadakan perbincangan di antara 2 pegawai kanan SPAD Academy dengan beberapa pensyarah HBP, USM. Tujuannya untuk merangka kursus untuk SPAD Academy tersebut dalam bentuk kolaborasi dengan USM



Kad Pengenalan Pemimpin-pemimpin Malaysia

Seseorang telah mengirimkan saya gambar kad-kad penegelan 5 pemimpin Malaysia yang lalu. Saya kongsikan untuk KENANGAN SEJARAH MALAYSIA