Jan 26, 2016

Air pasang besar di utara Kelantan 25 & 26 Januari 2016



Oleh Betty Subaryati   am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seramai 14 penduduk Kampung Pulau Kundur, Pantai Cahaya Bulan, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundur malam tadi kerana rumah mereka dilanda banjir berikutan air pasang besar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin berkata, lima anggotanya membantu memindahkan mangsa selepas menerima panggilan kira-kira 9 malam.
"Dua lori digerakkan ke sana turut memantau keadaan. Setakat ini keadaan masih terkawal.
"Bagaimanapun, 14 mangsa yang menghuni empat rumah berdekatan pantai diminta berpindah atas faktor keselamatan dan rumah mereka turut dimasuki air hampir setengah meter.
"Mereka dipindahkan ke SK Kundur malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Pulau Kundur Nik Aziz Nik Musa berkata, penduduk tinggal berdekatan pantai sudah biasa berhadapan fenomena itu.
"Tapi biasanya air surut cepat, namun kali ini surut lambat kerana angin kencang dan ombak tinggi.
"Atas faktor keselamatan maka 14 penduduk berpindah," katanya yang memberitahu rumahnya turut dimasuki air.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 1:26 AM
http://www.hmetro.com.my/node/110058

Berikut kiriman gambar dari beberapa sahabat organisasi Al-Falah Kuala Krai, saudara Saufi Daud, dan lain-lain, yang menggambarkan air laut pasang sekitar PCB, dan Tumpat, Kelantan:















Air pasang besar: 72 penduduk dipindahkan
27 Januari 2016
KOTA BHARU - Jumlah mangsa fenomena air pasang besar yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur, Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini meningkat kepada 72 orang berbanding 45 orang, semalam.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Zainuddin Hussin berkata, jumlah itu membabitkan 17 keluarga dari Kampung Pulau Kundur yang rumah mereka rosak akibat dilanda ombak besar.
"Ini berikutan kesedaran penduduk kampung itu untuk mengambil langkah awal bagi mengelak terdedah kepada risiko dilanda ombak besar seperti malam semalam," katanya kepada kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Zainuddin berkata, tindakan yang diambil penduduk itu amat dialu-alukan pihak berkuasa memandangkan fenomena air pasang besar belum berakhir.
"Selain bantuan makanan dan keperluan asas seperti selimut, mangsa turut mendapat khidmat pengurusan trauma daripada beberapa pegawai perubatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini," katanya.
Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak dua hari lalu menyebabkan kira-kira lapan rumah rosak teruk manakala sebahagian besar lagi kediaman digenangi air laut. - Bernama





  
Berikut adalah langit di sekitar PCB seminggu sebelum itu,


Jan 25, 2016

Kemalangan Di Kawasan Bukit Sejuk, Gua Musang Pada 23 Januari 2016

Enam sekeluarga terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak, dan seorang parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori dalam kejadian di Km 25 (dikenali sebagai kawasan Bukit Sejuk) Jalan Gua Musang-Kota Bharu, yang berlaku sekitar jam 10 pagi 23 Januari 2016. 
Semua tujuh mangsa tersebut menaiki Proton Persona dari arah Gua Musang ke Kuala Krai. Kereta tersebut telah cuba memotong lori treler sebelum bertembung dengan sebuah lori teh yang datang dari arah bertentangan dengannya.
Berikut gambar-gamabt dari pelbagai sumber. (Kredit kepada pemunya gambar asal):










Jan 4, 2016

Pengubatan Berkesan Melalui Kaedah BEKAM

Berikut adalah berbekam yang saya lakukan pada 27 Disember 2015 (8 Rabiul Awal 1437H) di Surau Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang:






Berikut adalah bebrbekam yang saya jalani pada 6 Ogos 2016. Cuba lihat tompokan-tompokan air yang keluar...



Jan 3, 2016

Kursus MEMBANGUNKAN BUKU

Pada 29 dan 30 Disember 2015, pihak PASUKAN KEARIFAN TEMPATAN, Universiti Sains Malaysia kampus Induk telah menjemput saya berkongsi ilmu berkaitan penulisan buku (MEMBANGUNKAN BUKU). Alhamdulillah aktiviti berjalan lancar. Di antara yang di ketengahkan adalah:
Apakah 'Buku"
Kenapa perlu menulis buku
Persediaan menulis buku
Fakta berkaitan Penerbit dan penulisan
Hakcipta dan plagiat
Penulis ISLAM
Aspek praktikal penerbitan
Pantang larang penulisan

BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR KERKAITAN: